Tiket 2 hala ke Jakarta sebenarnya dah lama beli semasa promosi Airasia. Semasa promosi, tiket akan menjadi lebih murah. Bagi yang ingin menjimatkan kos travel, anda boleh membeli tiket dahulu dan bagasi balik ke Malaysia. Sekiranya anda ke Indonesia, jangan percayakan kata hati bahawa anda tidak akan berbelanja / shopping sakan. :))
Pagi 30 Jun 2018, sebenarnya saya dah terlambat bangun. Terkejut dari tidur jam 440am. Bergerak keluar rumah sekitar jam 5am. Tak sempat nak mengejar tren jam 520am
Tunggu tren jam 540am, berdebar-debar sampai di KLIA2 memandangkan masa boarding jam 615am dan saya sampai di KLIA2 jam 610am.
Terus ke balai pelepasan, melepasi imigresen dan terus menuju ke P13, nasib baik pintu gate belum ditutup lagi :)). Dengan penerbangan Airasia AK380 jam 705am, penerbangan dari KL ke Jakarta mengambil masa lebih kurang 2 jam. Kapal mendarat pada jam lebih kurang 810 am dan tiba di Terminal 3. Waktu Jakarta lambat 1 jam dari Kuala Lumpur.
Tunggu tren jam 540am, berdebar-debar sampai di KLIA2 memandangkan masa boarding jam 615am dan saya sampai di KLIA2 jam 610am.
Terus ke balai pelepasan, melepasi imigresen dan terus menuju ke P13, nasib baik pintu gate belum ditutup lagi :)). Dengan penerbangan Airasia AK380 jam 705am, penerbangan dari KL ke Jakarta mengambil masa lebih kurang 2 jam. Kapal mendarat pada jam lebih kurang 810 am dan tiba di Terminal 3. Waktu Jakarta lambat 1 jam dari Kuala Lumpur.
Nota: Sekiranya anda mendarat di Terminal 3, pastikan anda tidak terpinga-pinga. Terminal 3 Soekarno Hatta sangat besar dan panjang. Untuk sampai ke tempat pemeriksaan imigresen mengambil masa lebih kurang 15 ke 20 minit. Selepas melepasi kastam dan imigresen, saya teruskan perjalanan ke tempat menunggu bas untuk ke Stesen Gambir.
Tempat menunggu bas terletak di sebelah kiri hujung di luar terminal. Anda boleh bertanya kepada Kaunter Khidmat Pelanggan untuk bertanyakan panduan.
Untuk ke Stesen Gambir, anda boleh membeli tiket bas Damri dengan harga RP40k. Sekiranya anda ingin ke Bandung atau Bogor, tiket bus boleh dibeli di kaunter bas di Terminal 3. Sangat senang untuk bergerak dari satu tempat ke satu tempat sekarang ini.
Tiket Damri ke Stesen Gambir = RP40k |
Untuk ke Stesen Gambir, anda boleh membeli tiket bas Damri dengan harga RP40k. Sekiranya anda ingin ke Bandung atau Bogor, tiket bus boleh dibeli di kaunter bas di Terminal 3. Sangat senang untuk bergerak dari satu tempat ke satu tempat sekarang ini.
Sebelum itu, ke Family Mart dulu untuk membeli roti = RP6k
Bas adalah mengikut jadual masing-masing dan setiap bas mempunyai destinasinya tersendiri. Pastikan anda tidak terlepas bas dan sentiasa peka dengan pengumuman yang dibuat.
Perjalanan menaiki bas dari Bandara ke Stesen Gambir mengambil masa lebih kurang 45 minit sekiranya tiada kesesakan lalu lintas yang teruk. Memandangkan ianya hari Sabtu, ramai penduduk di Jakarta keluar berliburan sehinggalah hari Ahad.
Saya turun di Stesen Gambir, teringat kenangan backpacking di sini sekitar tahun 2011. Stesen Gambir sedikit berubah dan teratur berbanding dulu. Stesen ini merupakan stesen yang terdekat dengan Monas, Masjid Istiqlal dan Gereja. Lebih senang anda turun di sini dan seterusnya menaiki busway atau tren ke destinasi seterusnya.
Saya berjalan-jalan dulu di Monas sebelum ke Masjid Istiqlal. Cuaca panas menyebabkan saya tidak boleh berlama-lama di Monas. Boleh bertukar warna kulit nanti :))
Masjid Istiqlal merupakan masjid terbesar di Asia Tenggara dan sentiasa dikunjungi pengunjung dalam dan luar negara termasuklah saya. :))
Perjalanan menaiki bas dari Bandara ke Stesen Gambir mengambil masa lebih kurang 45 minit sekiranya tiada kesesakan lalu lintas yang teruk. Memandangkan ianya hari Sabtu, ramai penduduk di Jakarta keluar berliburan sehinggalah hari Ahad.
Monas |
Monas dari jauh - foto diambil dari Masjid Istiqlal |
Gereja berhadapan Masjid Istiqlal |
Reka bentuk dalaman Masjid Istiqlal |
Selesai solat zohor, kelihatan ada yang menjual aiskerim kon. Apalagi...beli la memandangkan kehausan dan panas. Kos RP5k
Diluar masjid pula berdekat dengan pintu pagar masuk, kelihatan banyak gerai-gerai yang menjual makanan, cenderahati dan sebagainya untuk pengunjung yang datang.
Mee Ayam + Bakso + Bakso Urat :)) |
Selepas selesai makan, misi ke Kota Tua diteruskan. Sekiranya anda ingin menjimatkan uang anda, anda boleh menaiki bas pelancong yang disediakan untuk setiap destinasi wisata. Saya pula menaiki bus pelancong ke Kota Tua. Nasib baik datang beratur awal selepas solat. Lebih kurang 20 minit menunggu, bas ke Kota Tua pun tiba. Bas pelancong ini mempunyai 2 tingkat. Setiap penumpang akan mendapat tempat duduk memandangkan tidak dibenarkan penumpang yang berdiri di dalam bas kecuali gadis penerangan pelancongan di dalam bas. Sebelum bas bergerak, penerangan dan garis panduan tata tertib di dalam bas diberikan dahulu kepada semua penumpang.
Keadaan jalan raya sudah mulai macet (sesak). Tiba di Kota Tua sekitar lebih jam 2 pm. Kota Tua mulai dipenuhi dengan pengunjung seawal pagi dan menjadi semakin penuh dan sesak apabila menjelang sore dan malam.
Disitu anda boleh bermain basikal, bergambar dengan orang-orangan dengan upah yang ikhlas. Cenderamata juga boleh dibeli di sekitar kawasan tersebut. Kota Tua terdiri daripada bangunan-bangunan lama zaman penjajahan Belanda dan masih kukuh sehingga kini. Disekitarnya terdapat beberapa muzium yang boleh dikunjungi. Misi ke museum melihat sejarah penjajahan Belanda dan mengunjungi Kota Tua sudah tercapai. Tiket muzium sekitar RP25k. Belanja minum teh botol dan mineral water RP15k.
Selepas puas berjalan-jalan disekitarnya, singgah ke musollah untuk solat asar terlebih dahulu sebelum ke destinasi seterusnya.
Dari Kota Tua, menaiki busway ke Blok M. Sekiranya anda ingin menaiki busway ke mana-mana sahaja, pastikan anda mengetahui jalur perjalanan bus tersebut. Kalau dari Kota Tua ke Blok M, anda boleh terus menaiki busway ke Blok M memandangkan keduanya berada di dalam 1 lajur perjalanan.
Tiket busway RP3500 untuk ke mana-mana destinasi. Saya beruntung kerana Kota Tua berada di hujung sekali dan Blok M berada di hujung sebelah sananya. Namun, bersedialah dengan perjalanan yang panjang selepas itu. Nasib baik dapat tempat duduk.
Kos bus RP3500. Air mineral dan teh botol = RP18k
Di sekitar Blok M merupakan kawasan plaza shopping. Kebetulan pada masa tiba di situ, Pesta Jepun (Japan Fair) dan Cosplay sedang berlangsung. Berpeluanglah melihat gelagat cosplay dengan pakaian masing-masing dan dengan rambut yang berwarna warni.
Apa sebenarnya tujuan ke Blok M ini?.....tak taupun ada event di sini, ingatkan tenang-tenang aja.
By accident, tempat ini merupakan tempat shopping. Namun tujuan utama ke sini adalah untuk mencari Filosofi Kopi Cafe dan akhirnya ketemu jua. Yeayyy....
Bagi yang tidak mengetahui Filosofi Kopi, ianya adalah sebuah filem mengenai Ben dan Jody. Ben merupakan seorang barista yang handal dalam meramu kopi. Bersama Jody, dia mendirikan suatu kedai kopi yang disebut "Filosofi Kopi Temukan Diri Anda Di Sini." Ben memberikan sebuah deskripsi singkat mengenai filosofi kopi dari setiap ramuan kopi yang disuguhkannya di kedai tersebut. Kedai tersebut menjadi sangat ramai dan penuh pengunjung. Suatu hari, seorang pria kaya menantang Ben untuk membuat sebuah ramuan kopi yang apabila diminum akan membuat kita menahan napas saking takjubnya, dan cuma bisa berkata: hidup ini sempurna, dan Ben berhasil membuatnya. Ramuan kopi yang disebut Ben's Perfecto tersebut menjadi yang minuman terenak hingga El (Julie Estelle) yang sudah berkeliling Asia karena kecintaannya terhadap kopi datang dan mengatakan bahwa rasa kopi tersebut hanya "lumayan enak" dibandingkan kopi yang pernah dicicipinya di suatu lokasi di Jawa Tengah. - Sumber: Wikipedia
Berjumpa dengan cafe tersebut, dan berjumpa juga dengan Rio dan watak-watak lain yang berlakon di dalam Filosofi Kopi. Rio...nyatanya tidak sombong dan peramah, walau kesibukan masih sudi meluangkan masa untuk berswafoto atau berfoto dengan pengunjung yang datang di situ.
The Coffee taste? - ternyata kopinya sangat sedap dan penuh rasa. Walaupun tidak memilih untuk merasai Ben's Perfecto, kopi lattenya sangat sedap, penuh rasa walau tanpa gula. Bagi peminat tegar kopi, jangan lupa masukkan di dalam wishlist anda Filosofi Kopi Cafe ini. Kos black coffee dan caffe latte = RP65k
Ternyata, "setiap hal yang punyai rasa, pasti punyai nyawa..".
The Coffee taste? - ternyata kopinya sangat sedap dan penuh rasa. Walaupun tidak memilih untuk merasai Ben's Perfecto, kopi lattenya sangat sedap, penuh rasa walau tanpa gula. Bagi peminat tegar kopi, jangan lupa masukkan di dalam wishlist anda Filosofi Kopi Cafe ini. Kos black coffee dan caffe latte = RP65k
Ternyata, "setiap hal yang punyai rasa, pasti punyai nyawa..".
Selesai santai-santai di dalam menikmati secawan kopi di Filosofi Kopi, seusai maghrib, solat di Mushola Blok M Square yang berada di tingkat paling atas sekali. Di ruangan tengah kawasan luar mushola, terdapat replika Kaabah diletakkan di situ. Seharusnya begitu, musolla merupakan tempat solat, perlu diletakkan di tempat yang tinggi dan bukannya ditempatkan di basement bangunan dengan bau yang kurang menyenangkan.
Selepas solat, teringat pula belum makan malam lagi. Sepanjang usaha untuk ke tempat makan malam, ada sahaja cabaran yang dihadapi - kedai kain batek, cantik-cantik bateknya...singgah dulu dan akhirnya terjebak membeli. Nampak Outlet Eiger, singgah lagi dan berkenan pulak. Nasib baik teringatkan bahawa bagasi tidak dibeli dan berat tidak boleh melebihi 7kg. Terus tak jadi nak membeli. Kalau ada bagasi, memang dah lama memborong. Lain kali ke Jakarta, menginap sahaja di sekitar Blok M Square dan tidak perlu membawa beg apa2. Beli sahaja di sana. :))
Blouse pula cantik cantik....tapiiiii....
Kos hangus membeli belah = "RAHSIA" :))
Makan malam dibiayai oleh teman di Jakarta. Alhamdulillah :D
Uniknya makan malam kali ini adalah di luar kawasan shopping complex dan makan duduk bersila.
Uniknya makan malam kali ini adalah di luar kawasan shopping complex dan makan duduk bersila.
Selepas makan, kami terus ke busway menaiki bas dari Blok M ke Olimo, stesen yang paling dekat dengan Mangga Dua untuk ke hotel. Kadar tambang busway RP3500 sehala. Kos Grabcar pula sekitar RP25k untuk ke hotel.
Setibanya di hotel, saya bernasib baik kerana hotel masih menerima check in walaupun sangat lewat. Deposit RP200k, dan akan dikembalikan sekiranya tiada caj tambahan. Kos penginapan semalam RM91.30 tempahan secara atas talian - Hotel Neo Mangga Dua. Saya bernasib baik, diberikan breakfast percuma untuk keesokan harinya. Hotel ini sebenarnya agak jauh dari bandar walaupun terdapat beberapa shopping complex yang agak besar di sekitarnya. Di belakang hotel pula adalah landasan keretapi dan seawal paginya agak bising dengan bunyi gerabak keretapi melalui kawasan tersebut. Walaubagaimanapun, hotelnya sangat bagus dan lengkap semua kemudahan - selipar diberikan, air mineral, berus gigi, minuman dan lain-lain.
Alhamdulillah. Selesai sudah misi perjalanan untuk hari pertama di Jakarta. Rehat dulu untuk malam ini. Berhasil juga melancong ala lokal di Jakarta pada hari ini.
No comments:
Post a Comment