Review buku Filosofi Mak Singa
Ada hikmahnya perlawanan bola di awal pagi tadi, sampaikan tak boleh tido. Sudahnya, saya berjaya habiskan bacaan buku ini di dalam sekali baring sahaja.
Buku ini, bila dilihat dari luarnya, bagi saya sudah menarik hati. Ini bukanlah buku cintan cintun lemah longlai, lembik dan banyak konflik yang selalu dijadikan melodrama di tv tv, memberikan makanan jiwa yang tidak sihat kepada penonton, malahan menjadikan penonton atau masyarakat secara umumnya menjadi masyarakat yang sakit dan beremosi tidak bertempat. (tengok sahaja melodrama "isteri untuk diiktiraf" yang ditayangkan di tv1 yang tidak kena pada masanya dan tidak sesuai ditonton, sebelum iftar dan sebelum subuh. Macamla tiada program bacaan Al-Quran yang sesuai sebelum menunggu iftar dan sahur untuk umat Islam seMalaysia)
Buku ini, pengalaman seorang ibu di dalam parentinghood, keupayaan menjadi mak singa dan bukannya mak harimau (nak tahu definisi dan kajian mengenai sifat mak harimau dan mak singa? Silalah baca buku ini).
Disclaimer : Saya tidak mendapat apa-apa bayaran untuk review buku ini, malahan tiada bayaran pun. Saya akan hanya review buku yang saya beli dan baca serta menarik untuk dikongsi bersama.
Filosofi Mak Singa mempunyai 7 topik yang menarik dan mempunyai 56 sub-topik cerita yang menarik, kelakar, mengesan jiwa dan dekat dengan kita terutamanya apabila penulis menceritakan pengalaman beliau dengan maknya yang dikira mak old fashioned @ kolot, juga pengalaman penulis menjadi mak old fashioned kepada anak-anaknya.
Penulis, seawalnya mengingatkan pembaca bahawa yang mempunyai anak tantrum, didiagnosis mengidap autisme dan ADHD tidak perlu defensif apabila membaca buku ini kerna nota2 dan pengalaman penulis di dalam buku ini bukanlah untuk kalian.
Banyak yang dipelajari dari pembacaan ini. Bagaimana perangai mak moden vs mak lama @ mak kolot, mak educated vs mak sekolah rendah atau old fashioned dsb.
Budaya "anak kau, anak kau" semakin merebak dan diterima sebagai amalan. Kau jaga anak kau, aku jaga anak aku yg selalu diamalkan oleh mak modern dan educated sangat menjengkelkan. Bukankah kita hidup bermasyarakat. Sikap seperti enau, melepaskan keperluan diri semakin menjadi-jadi. Anak orang tergolek mati jatuh dalam longkang, tengok sahaja sebabnya budaya "itu bukan anak aku."
Dalam sub topik "food, make it simple" - kalau mak kita dulu, apa yang dihidangkan, itula yang kita makan dan jangan sekali kali merungut tak sedap di hadapan makanan. Anak-anak sekarang dengan mak educated, selamba badak cakap tak sedap depan makanan. Di mana hormatnya seorang anak bila berhadapan dengan makanan yang dihidangkan oleh seorang mak. Nabi SAW pun kalau tak suka makanan tersebut, baginda diam sahaja. Anak-anak sekarang banyak disogokkan dengan pilihan yang pelbagai sehinggakan kalau tak suka, boleh pilih yang lain.
Kalau boleh jangan ditanya apa yang mereka mahu makan. Mak mak sediakan makanan dan ajak makan. Kalau anak suka, dia akan makan banyak, kalau tak suka, makan sikit. Penulis menyatakan, mak mak sekarang banyak ilmu menjadi hamba sepertimana ibu melahirkan seorang tuan. Sepatutnya "You choose the food, they choose the quantity."
Kalau seorang yang belum berkeluarga merasakan bahawa buku ini tidak relevan - anda harus beli buju ini, kerna terkandung juga nasihat dari Mak Singa kepada gadis-gadis yang masih belum berkahwin sebab tiada calon lagi, yang gatal nak kawin sebab dah malas nak belajar, yang bercadang nak kahwin sebab dah ada calon dan pelbagai alasan lagi. Contoh: saya petik dari "Suami berakal vs Suami lurus bendul" = bagi yang sedang mencari calon, jangan cari suami yang lurus bendul ala-ala Pak Pandir atau suami yang seperti sotong tidak bertulang.
Dan yang perempuannya, jangan la memandai nak menjadi Superwoman, sebab itulah perangai suami yang sotong tidak bertulang menjadi-jadi.
Dunia hari ini dipenuhi dengan lelaki yang menghabiskan beras mak ayah sahaja. Harta pusaka mereka bolot, tetapi adik2 perempuan yang mengambil tugas menjaga mak ayah. Di manakah anak lelaki? Ramai lelaki yang takut bini. Ramai juga lelaki yang memperhambakan bini. Jangan marah ye kaum lelaki. Nak tahu keseluruhan ceritanya, bacalah buku ini.
Banyak lagi sebenarnya yang boleh saya ulaskan. Tetapi nanti, tiadalah "excitements" nya. Mak-mak, bapak-bapak, anak-anak, silalah beli dan hadam sendiri. Bagi mak-mak yang bersikap educated, fashionable, modern, superwoman, supermum, terasa diri sendiri je yang betul....masih belum terlambat untuk kembali kepada asas "parenting" dan kongsi tanggungjawab mengasuh serta mendidik anak dengan suami, bagi bapak-bapak pula jangan jadi ala-ala pak pandir atau sotong tidak bertulang atau bersikap seperti raja. Dan bagi anak-anak, jangan jadi anak yang "spoil brat", yang manja gedik tidak bertempat, yang tidak hormat orang tua dan macam-macam lagi perangai yang dilakukan oleh anak2 moden.
Buku ini wajib dibaca oleh semua mak-mak yang keletihan terutamanya mak yang suka sangat menjadi supermum @ superwoman. Yang selalu mengatakan "siapa lagi yg nak buat kalau bukan mak?" Kongsi tanggungjawab tersebut dengan suami. Afterall, apa gunanya kawin kalau semua beban dibahu isteri atau mak sahaja. Yg bapaknya atau suaminya..tau tau balik kerja, makanan dah disedia, rumah kemas, baju dah basuh, tersidai dan di seterika, anak2 terurus...sedangkan yang isterinya pun bekerja juga. Bukankah perkahwinan itu satu kebertanggungjawaban bersama? Kalau tak faham jugak, baik toksah kawin la✌️ #peace
Ya... Panjang pulak ulasan saya. Bacalah sendiri nanti. Buku terbitan Komrad Buku boleh dibeli di www.galleryonline.com.my dengan harga RM25.00 sahaja.
Yang malas nak beli online, (ada orang macam ni, perangai malas nak susahkan diri beli online, login ke akaun bank dan buat bayaran) - jangan marah naaa, nanti kene jual. Boleh PM saya segera untuk group order dan self pickup di Putrajaya. Kalau yang ni pun malas jugak atau takde masa atau tidak mengadakan masa, tak boleh nak tolong dah la#peacenowar
To conclude - This is one of the best books i read this year. It's a must read book for all.
No comments:
Post a Comment