“I’ve learned that people will forget what you said, people will forget what you did, but people will never forget how you made them feel.” —Maya Angelou
Hari ini selama 2 hari berturut-turut, cuaca sangat cantik dan panas. Alhamdulillah.
Kali ini, kepala saya ligat merancang bilamana, rakan-rakan bertanya “hari ni nak pegi mana?”
Kalau dilihat keadaan cuaca yang sangat bagus, saya sarankan kami menuju ke bawah bahagian pulau iaitu di Seogwipo. Seogwipo mempunyai banyak kawasan yang menarik dan banyak tempat pelancongan. Bagi yang ini ke Pulau Jeju dan tidak menyewa kereta, anda boleh menginap di kawasan Seogwipo. Ada tempat-tempat menarik yang boleh dilawat dengan berjalan kaki sahaja dan ada juga yang berdekatan antara satu dengan yang lain.
Destinasi 1 - Yeomiji Botanical Garden - Entrance fee 10 ribu won.
Terasa rugi pula bila masa yang singkat ini kami habiskan dengan melawat taman-taman di dalam Yeomiji ini, sedangkan terdapat banyak lagi lokasi lain yang mempunyai yuran masuk yang berpatutan.
Kami hanya berfoto di luar pintu masuk sahaja. Itu pun dah cantik dah dan mengambil masa hamper sejam jugak untuk berfoto
Destinasi 2 – Air terjun Cheongjeyeon and air terjun ke-2.
Kos masuk 2 ribu won. Kawasan air terjun ini dipercayai tempat bersiram 7 pari-pari dari kayangan. Macam cerita Jula Juli Bintang 7.
Memasuki kawasan sekitarnya sangat cantik dan agak sedikit suram. Suasana agak redup di sekitar kawasan air terjun. Air terjun pertama hanya dapat dilihat bila hujan lebat dan air jatuh ke dalam kolamnya.
Air terjun ke-2 sangatlah cantik.
Namun, pelawat tidak boleh mandi di air terjun ini. Kawasan sekitarnya sangat bersih dan disediakan juga pili air untuk pelawat membasahkan tekak.
Dalam suasana sejuk ni, siapalah yang nak minum kan? Leka di dalam menikmati keindahan alam dan disekelilingnya yang diliputi salji, saya mengambil masa agak lama jugak di sini lebih kurang sejam.
Kami habiskan masa di sini hampir 2 jam. Kelihatan juga rakyat Malaysia yang datang melawat air terjun Cheongjeyeon ini. Kami menyapa mereka, seronok bila melihat rakan senegara melawat di tempat yang sama. Solat zohor di sini dan seterusnya makan tengahari dengan bekalan yang dibawa.
Permulaan perancangan nya adalah untuk ke Teddy Bear Museum, Chocolate Land, Ripley's Believe it or not Museum, namun disebabkan separuh hari telah dihabiskan di 2 tempat, kami ambil keputusan untuk ke Yongmeori Beach. Lagipun entrance fee berpatutan dan parking percuma.
Destinasi 3 - Singgah di kebun limau di tepi jalan untuk berfoto. Limau jeju ini sangatlah sedap dan manis. Akan tetapi sedikit mahal. :))
Destinasi 4 - Yongmeori Coast - Entrance fee 2 ribu won.
Bagi yang berhajat untuk mendaki Sangbansan, tiket bagi kedua-dua lokasi adalah 2400 won.
Pemandangan sekitar Yongmeori coast, MasyaAllah sangatlah cantik. Kelihatan ada yang memancing dan ahjumma yang menjual makanan laut mentah seperti sotong dan siput sedut.
Yong bermaksud naga dan Meori pula bermaksud kepala. Keseluruhan maksudnya adalah Pantai Kepala Naga. Tang mana naganya, tak Nampak pulak.:D
Berjalan menyelusuri Yongmeori sangat-sangat menyegarkan dan sangat cantik dengan pemandangan di sepanjang sebelah kirinya adalah formasi batu-batu ribuan tahun yang sangat rare dan di sebelah kanan pula adalah laut yang terbentang luas.
Agak lama juga kami di sini lebih kurang 2 jam perjalanan menyelusuri kostal tersebut. Laluan Yongmeori ini bersambung dengan trek Gunung Sanbang.
Cuma kami tidak sempat untuk ke Sanbangsan memandangkan hari semakin gelap.
Keluar dari Yongmeori Coast, kami solat maghrib dahulu sebelum meneruskan perjalanan balik ke hotel.
Destinasi 4 - Balik dari Yongmeori beach, kami singgah di Daiso sekejap. Sekejap pun…berlama jugak di Daiso. Ada je benda yang nak dibeli. :D
Destinasi 5 – Destinasi akhir kami hari ini adalah makan malam Shrimp Burger di Lotteria. Kos 7000 won.
Berakhirlah hari ke-6 kami. Tidaklah terasa terkilan sangat kerna kami dapat ke Seogwipo dan melawat beberapa tempat di sekitarnya. Alhamdulillah. Sanbangsan dan Songaksan, InsyaAllah ada rezeki, akan ku daki jua.
If you look at what you have in life, you’ll always have more. If you look at what you don’t have in life, you’ll never have enough. —Oprah Winfrey
Kembali ke hotel dan mengemas beg, kerna esok kami akan terbang pulang ke Malaysia. Alhamdulillah, tiada insiden yang tidak diingini, walaupun hampir-hampir jua menjadi tragedi. Alhamdulillah thumma Alhamdulillah @ Yongmeori Coast
No comments:
Post a Comment