"People don’t notice whether it’s winter or summer when they’re happy."- Anton Chekhov
Hari ke-4, Salji masih turun dengan lebat.
Laporan cuaca menyatakan 3 hari berturut-turut dari hari Rabu sehinggalah Jumaat, ribut salji dijangka berterusan.
"You don't have to be perfect to be amazing. Amaze others with your imperfection."~uark
Kami mengambil langkah berhati-hati dengan tidak meneruskan itinerari hari ke-4. Walaubagamanapun, terasa rugi jika tidak ke mana-mana. Tengahari, kami bermain-main dengan salji di luar hotel walaupun sejuk
Saya cadangkan kepada team untuk menaiki bas ke bandar. Masing-masing setuju untuk menaiki bas memandangkan pemandu kami cedera dan tidak sihat.
Selepas zohor, kami keluar berjalan di dalam hujan salji menuju stesen bas. Dari hotel ke stesen bus terdekat mengambil masa lebih kurang 14minit. Plan kami ke Shilla Duty Free untuk mencuci mata dan membeli belah.
Sejuk-sejuk pun nak keluar berhujan salji :)) |
Dengan menaiki bus no. 315, perjalanan mengambil masa lebih kurang 1 jam di dalam cuaca hujan salji. Di kiri kanan, kelihatan pemandangan yang memutihkan mata. Salji di mana-mana sahaja.
Kadar tambang bas Won 1200 seorang.
Setibanya di Shilla Duty Free, kelihatan ramai pelancong dari China sedang memenuhi kedai-kedai berjenama di Shilla. Produk luar negara Korea bukan menjadi pilihan kami. Boleh sahaja mendapatkannya di Malaysia :)). Kami hanya melihat-lihat barangan berjenama yang dijual di sana, tiba-tiba di satu aras mata kami terlihat produk Korea -- Skin Food, Nature Republic, The Saem, Missha, Etude House dan sebagainya. Kebetulan ada yang mencari produk tertentu, saya sampaikan hajat mereka dahulu untuk membeli belah. Berlama-lama kami disitu, macam-macam yang dibeli dan berbaloi-baloi dengan diskaun yang diberi dan sampel produk free yang banyak diberi. Yang penting mulut kene ringan meminta sampel produk dari salegirls.
Won damages = hmmmm...yang shopping sakan, sediakan je kad kredit :))
Mana-mana yang tidak ada keinginan membeli pun akan terpengaruh apabila berlakunya pembelian secara berkumpulan. Secara teori dan praktikalnya memang sebegitu....seperti collateral damage. Yang ini kemusnahannya adalah dalam bentuk wang ringgit :D
Sementara menunggu yang lain memilih produk masing-masing, saya disapa oleh ahjumma dari kaunter sebelah, bertanyakan kenapa saya memakai hijab. Adakah disebabkan sejuk. Saya respon dengan mengatakan, "because we are Muslim." Sembang panjang jugak dengan ahjumma tersebut sambil dia bertanyakan dari negara mana dan sebagainya. Sambil itu juga dia menyapu losyen tangan di tangan saya. saya memuji kulit muka mereka, sangat polos. Tersipu-sipu ahjumma tersebut. Memang tidak dinafikan kulit muka Korean sangat polos. Mereka seawal remaja lagi sudah menjaga kulit muka dengan sebaik-baiknya.:D
Selain Shilla Duty Free, bermacam-macam lagi kedai dan butik berjenama di sekitarnya dan barangan produk kecantikan korea ada di mana-mana dan lebih murah. Daiso pun ada. Produk kecantikan korea memang terkenal dan kebanyakannya menggunakan natural ingredients seperti buah-buahan, ginseng dan sebagainya.
Kos cenderamata Jeju = depends pada masing-masing. Ada yang sehingga 50k Won. :))
penuh dengan salji |
Sambil jalan-jalan sekitarnya di dalam suasana bersalji, singgah di Emart, tapi malangnya Mall tersebut tutup. Sempat juga kami membeli cenderahati untuk dibawa balik ke Malaysia. Cenderahati dan produk-produk tempatan untuk pelancong sedikit mahal di sini. Tak boleh nak beli dan memborong banyak-banyak😂
Sungai pun beku bersalji |
Bersiar-siar di dalam keadaan sejuk dan bersalji merupakan pengalaman yang mahal. Setiap langkah diatur dengan berhati-hati. Namun ada juga yang terjatuh disebabkan keadaan yang licin. Lupa pulak kami nak pasang crampon pada tapak kasut. Bila ada yang terjatuh, memang suspen, sebab jatuh nya di atas salji yang keras dan sejuk serta basah.
Kami balik semula ke kawasan hotel dengan menaiki bas yang berlainan, bas no 320 dan tempat menunggu bas nya juga agak jauh dari kawasan membeli belah. Tambang bas won 1200.
Setibanya di perhentian bas, balik semula ke hotel dengan berjalan kaki. Masing-masing dah penat dan ada juga yang cedera. Namun kebanyakannya berpuas hati kerana mendapat hasil yang lumayan. Stok mask muka mungkin boleh bertahan selama setahun. :))
Kos makanan street food = 3000 won.
Alhamdulillah, semuanya selamat dan berpuas hati dapat shopping walaupun senarai barang yang dibeli masih ada yang belum dijumpai.
"Happiness is making others happy."~uark
No comments:
Post a Comment