19 January 2018

Travellingbie: Salju di Jeju Hari 3

"By doing what you love, you awaken and inspires the heart of others."

Hari di mana salji menangis lebat turun ke bumi.
"There is no winter without snow, no spring without sunshine, and no happiness without companions."- Korean Proverb
Seawal pagi lagi ribut salji dan angin kencang menderu-deru dari jendela bilik kami. Kami pula bersikap positif dengan harapan, paginya salji akan berhenti. Kalau menurut laporan kaji cuaca, salji akan turun dengan lebat sepanjang 3 hari.

Selepas minum pagi, gigih juga kami hendak keluar dari hotel. Rugi sebenarnya bila tidak ke mana-mana.

Snow chain telah disewa. Maka, kami mempunyai sedikit keberanian untuk berjalan di dalam salji.

Diluar hotel, salji turun dengan agak lebat. Gigih juga nak keluar
Gigih juga nak pasang snow chain walaupun terkial-kial. Hampir setengah jam juga lah kami nak pasang snow chain dalam suhu sejuk yang melampau sampaikan tangan kebas.

Apabila snow chain berjaya di pasang walaupun hanya sebelah tayar, pemandu kami mencuba untuk membawa kereta yang telah dipasang snow chain. Tidak lama selepas itu, dia kembali ke hotel dan memaklumkan brek kurang berkesan apabila snow chain dipasang. Ke....kami yang tidak pandai disebabkan pengalaman kali pertama. :))

Makanya, snow chain dibuka dan kami teruskan perjalanan tanpa snow chain dengan harapan salji akan berhenti sekejap lagi. Setibanya di persimpangan di atas bukit, banyak kereta yang berhenti kerana terdapat kereta yang tidak berjaya menaiki bukit tersebut. Kami menunggu agak lama di dalam kereta, namun kereta yang terperangkap tersebut masih belum dapat bergerak. Banyak kereta di belakang kami telah mula u-turn dan menggunakan jalan lain (coastal road). Kami juga berpatah balik ke hotel dan mengambil keputusan untuk berjalan-jalan di sekitar hotel sahaja sehingga salji betul-betul berhenti. Itinerari hari ke-3 juga tergendala.

Destinasi 1 – Jalan-jalan sekitar hotel, bermain hujan salji dan menikmati angin kencang di tepi laut
Kami ambil keputusan untuk menikmati hujan salji di luar dengan berjalan-jalan di persisir laut di belakang hotel. Gigih berjalan dalam cuaca sejuk dan angin kuat serta hujan salji. Namun, pemandangan yang sangat-sangat indah mengatasi segala. MasyaAllah.
Dalam gambar, ombak nampak tenang, tapi sebenarnya ganas betol ombak pada momen tersebut

cuaca memang nampak terang, tapi sebenarnya angin kuat dah hampir nak melayang-layang

Destinasi 2 – 100% CafĂ© Kelapa

Singgah di cafe 100% coconut berhampiran hotel. Menu semuanya berasaskan kelapa. Menu kelapa + kopi tak sangka pulak sedap, ditambah lagi dengan aiskerim kelapa. Kos Won7000.


Sambil berbincang pelan seterusnya, kami mengambil keputusan untuk keluar ke kawasan berhampiran selepas zohor, selepas salji berhenti sedikit.

Destinasi 3 – Innisfree Tea House > Detour ke Love Land Museum > Mysterious Road

Petangnya selepas Zohor, kami mengambil keputusan untuk ke Innisfree Tea House, untuk menikmati juadah minum petang dan makan malam,  tetapi terpaksa berpatah balik memandangkan  separuh jalan membukit salji mula turun dengan lebat. Jalan sangat licin dan bahaya. Berdebar-debar hati kami semua ketikamana mencari alternatif untuk berpatah balik dengan keadaan salji yang semakin lebat dan mula menutupi jalan. Sebagai travel planner, minda kene bergerak dengan cepat dan mencari alternatif ke tempat lain yang kurang merbahaya. Setelah berjaya keluar dari highway tersebut, akhirnya, kami mengambil keputusan untuk ke Mysterious road, loveland museum dan sekitarnya. Kecewa tu memang ada, tetapi Allah lebih mengetahui.

Setibanya kami di Love Land Museum, 3 orang rakan saya masuk ke dalam, 3 orang lagi “wandering around” di sekitarnya bergambar dalam hujan salji dan bermain salji di sekitar jalan Mysterious road lebih kurang 1 jam 30 minit. memang sejuk bekulah di luar memandangkan tiada tempat berteduh kecuali tempat menunggu bas. Itupun penuh dengan salji.

Kos masuk ke Love Land Museum = 12 ribu Won
Kos Mysterious Road = FREE :))

Mysterious Road - atau Dokkaebi terletak di sebuah bukit di kaki gunung Halla dan menghubungkan dua jalan raya utama di Jeju. Kenapa ianya dinamakan sebagai Mysterious Road? - kerana adanya kandungan magnet yang membuatkan kereta atau benda apapun yang berjalan di atas jalan tersebut boleh bergerak sendiri ke atas. Tidak sempat kami membuat eksperimen di jalan tersebut kerana ribut salji dan angin kencang.

Sambil menunggu 3 rakan lagi selesai penjelajahan di dalam Love Land Museum, kami bermain salji di luar dan saya hanya mampu merenung Hallasan dari jauh sahaja. Sedih pun ada kerana apa yang dirancang untuk 2 hari tidak dapat dilaksanakan sepenuhnya. InsyaAllah, Hallasan...akan aku daki jua pada musim yang lain.
Selesailah perjalanan untuk hari ke-3 kami.

"To appreciate the beauty of a snowflake it is necessary to stand out in the cold."- Aristotle

2 comments:

Unknown said...

Bila tarikh cik pergi ke jeju yang turun salji tu ya?

Travellingbie said...

Biasanya Januari Februari memang ada salji