18 January 2018

Travellingbie: Salju di Jeju Hari 2

”Then one day, when you least expect it, the great adventure finds you.” – Ewan Mcgregor

Destinasi 1 - Hallasan...dengan harapan yang tinggi untuk mendaki Halla.
Perancangan Allah jualah yang secantik cantiknya. Perjalanan ke Halla mengikut GPS mengambil masa lebih kurang setengah jam. Ketika mana kami tiba di persimpangan Mysterious Road, Love Land Museum, salji turun dan semakin kami mendaki ke atas, salji semakin lebat. Terlupa pulak nak menyewa snow chain. Jalan semakin diliputi salji, kereta semakin susah untuk dikawal. Sesekali terasa kereta lari dari landasan, yang memandu lagi suspen, stereng tidak dapat dikawal walaupun kereta dipandu sangat perlahan. Kebanyakan kereta berhenti di bahu jalan untuk memasang snow chain. 
Kami berhenti dan membuat keputusan untuk turun semula. Jantung masing-masing terasa seperti hendak gugur dan tercabut bila kereta bergerak di dalam cuaca salji yang lebat. Bahaya sangat-sangat. Ketika kami turun, dan disebelah persimpangan adalah jalan Mysterious Road. Jalan tersebut pun kami tak berani nak lalui di dalam hujan salji. 
Akhirnya kami mengambil keputusan untuk menggunakan jalan biasa dengan kelajuan yang sangat perlahan. Bila tiba di kawasan yang kurang salji dan berasa agak selamat, kami berhenti di tepian jalan untuk rehat sekejap dan menghentikan degupan jantung yang sangat laju ketika berada di dalam keadaan suspen sebelumnya. 
Kami berhenti di persimpangan sebuah resort dan merakamkan momen-momen bermain salji. Dekat tepi jalan pun jadilah, asalkan dapat merasai pengalaman memegang dan bermain salji dalam keadaan sejuk.

Alhamdulillah...tak apalah tak dapat memandu sehingga ke taman negara Halla, dan tidak dapat mendaki Halla asalkan semuanya selamat, walaupun ada sedikit kekecewaan di dalam hati. Yang penting semuanya selamat.

Destinasi 2 - ke Mujigae Car Rental untuk menyewa snow chain dengan kos 10 ribu Won. Hujan salji semakin lebat dan angin semakin kuat. Kami teruskan perjalanan dengan berhati-hati menuju ke destinasi seterusnya.

Destinasi 3 - Manjanggul Cave. 
Gua Manjanggul terletak di sebelah utara Pulau Jeju. Gua ini terbentang sepanjang 13,442 meter (13,442km), namun yang terbuka untuk umum hanya 1 km (1000 m) sahaja. Gua ini merupakan terowongan lava yang sangat-sangat menakjubkan hasil dari aktiviti magma di daerah tersebut pada masa yang lampau. Di beberapa tempat di gua ini, tinggi langit-langitnya mencapai sehingga 23 meter. Kos tiket masuk = 2 ribu Won seorang.
Usah khuatir apabila memasuki gua ini kerana di dalamnya dipenuhi dengan lampu yang cukup terang sepanjang perjalanan anda di dalam gua tersebut. 




Suasananya cukup nyaman dengan suhu sekitar 11'c hingga 21'c, tidak terlalu sejuk dan tidak panas. Suhu di dalam gua tetap sama tidak kira musim apa pun.

Destinasi 4 - Dari Manjanggul Cave kami ke Bijarim Nutmeg Forest yang mengambil masa lebih kurang dalam 20minit. Berhenti makan tengahari dan solat. Angin semakin kuat, dan cuaca semakin sejuk. Singgah di stesen petrol untuk mengisi diesel = won 64 ribu, sebelum ke destinasi seterusnya.
Destinasi 5 - Pantai Woljeong. Parking free. Foto session
Pantai Woljeong merupakan antara salah satu pantai yang berpasir putih bersih. Ketika kami sampai di sana, angin bertiup sangat kencang dan warna air laut yang menarik. 


Di sepanjang jalan pesisir pantai ini juga terdapat banyak cafe dan dari pantai ini kelihatan kincir angin dan pemandangan sekitarnya yang sangat menarik. Angin mula bertiup kencang dan kami hampir-hampir terbang ditiup angin.
Kami singgah di salah satu kedai serupa 7 Eleven - Belanja - air pisang 1500 Won x 2, americano 1200 Won. 
Selepas maghrib, angin semakin kuat, suhu semakin sejuk, kami keluar dari pantai tersebut.

Salji masih belum lagi turun di kawasan sekitar pantai ini. Keesokan harinya, kami mendapat khabar, pantai tersebut dipenuhi salji.
 
Destinasi 6 - Dongmun market dan sekitarnya. Kami tiba di Dongmun market ketika pasar tersebut hampir tutup. 
Jalan-jalan di sekitarnya dengan dihujani salji, beli bekalan makanan, singgah di Daiso dan jalan-jalan di sekitarnya. 
Kos parking - won 2600. Hujan salji semakin lebat ketika kami balik ke tempat meletak kereta.
Kami tiba semula di hotel pada jam 10 malam dengan selamatnya.

Berakhir hari ke-2 yang penuh debar. Alhamdulillah, Allah pelihara kami...Alhamdulillah thumma Alhamdulillah.

“To travel is to discover that everyone is wrong about other countries.”-Aldous Hux

No comments: