18 January 2018

Travellingbie: Salju di Jeju Hari 1

”Spontaneity is the best kind of adventure”

Hari pertama adalah hari penerbangan dan keberangkatan. Penerbangan kami pada jam 640 pagi dan tiba di Jeju pada jam lebih kurang 130pm. Penerbangan seawal pagi memaksa kami menaiki tren terakhir pada jam 1230am dan menunggu di KLIA2. Sementara itu, sabahat-sahabat saya dari Kuching telah tiba dengan menaiki penerbangan terakhir Kuching-KL.

Menu dalam kapal - Nasi Kimchi Daging
Setibanya di lapangan terbang, seperti biasa kami melalui proses imigresen. Kebetulan pula ada yang membawa serunding daging – kene tahan pulak dengan pegawai imigresen. Kami kurang bernasib baik bila serunding daging tidak boleh dibawa masuk, begitu juga dengan buah dabai. :D

”Fill your life with adventures, not things. Have stories to tell not stuff to show.”

Selesai urusan imigresen, kami keluar dari balai berlepas. Cuaca sangat sejuk di luar. Berhadapan dengan balai berlepas, adalah Gate 5. 
Keluar dari Gate 5, kami ke tempat stesen perhentian untuk mengambil kereta sewa.

Dari Gate 5, terdapat pedestrian traffic light – keluar menuju ke kawasan perhentian kereta sewa (Rent-A-Car-Building) – Platform No. 5 bus parking box no.12 – Sekiranya mengalami masalah, boleh hubungi Rainbow Rental Car 064-745-5200. Shuttle bus membawa kami terus ke pejabat kereta sewa.

Setibanya di pejabat kereta sewa, angin semakin kuat dan cuaca semakin sejuk. Kami menunggu no giliran dan seterusnya melihat kereta dan membuat pemeriksaan kereta dengan teliti bagi memastikan kereta dihantar semula dalam keadaan seperti mana kami mengambilnya.
Masalah di sini adalah, GPS nya adalah di dalam Bahasa Korea. 
Kereta sewa kami - 7 seater
Permulaan, terpaksa menggunakan Google Maps dan Waze dari hp. Nasib baik roaming free dengan uMobile. Dari pejabat kereta sewa ke hotel mengambil masa lebih kurang setengah jam dengan kelajuan 60km/h. 

Setibanya di Woorim Hotel, kami check in. Kami bernasib baik bila bilik untuk 4 orang telah dinaiktaraf kepada bilik apartment. Alhamdulillah ruang sangat luas untuk kami 4 orang tanpa caj tambahan.
Rezeki kami, bilik double room with sea view untuk 4 orang telah dinaiktaraf kepada Apartment 1 bilik tanpa caj tambahan. Barangkali melihat kami berempat semuanya besar-besar dan bilik yang ditempah mungkin tidak muat untuk 3 orang...hihihiii



Rehat dan mengemas dulu, selepas maghrib kami keluar untuk melihat-lihat keadaan sekeliling di bandar Jeju. Musim sejuk ni, malamnya cepat dan panjang. Agak rugi sedikit kerana aktiviti agak terhad dan kedai ditutup awal sepanjang musim sejuk ini kecuali kedai makan.
Pemandangan dari tingkat bilik. Di luar laut terbentang luas :)
Hari pertama, kami rehat awal untuk persediaan hari esoknya. Jangkaan hujan salji yang lebat untuk sepanjang 3 hari agak merisaukan saya. Mudah-mudahan Allah SWT pelihara perjalanan kami sehingga akhirnya.
Peta Jeju dalam bahasa Korea :(
"With the new day, comes new strength and new hope."

No comments: