27 December 2017

Travellingbie : Siguniang Day 8

Day 8: Chengdu to Kuala Lumpur
"Of all the books in the world, the best stories are found between the pages of a passport."

Hari akhir kami di Chengdu dan seterusnya menutup tirai pengembaraan yang sangat menarik ini, seawal pagi masing-masing sibuk packing. Saya antara yang paling lambat sekali siap. Packing macam kura-kura. :)) Sekitar jam 10 pagi, van telah sedia di hadapan hostel untuk menghantar kami ke lapangan terbang antarabangsa Chengdu. 2 orang dari kami akan balik ke Malaysia 2 hari kemudiannya. 4 orang akan menaiki penerbangan terus ke Kuala Lumpur, 1 orang akan transit ke Singapore dan 3 orang lagi akan transit ke Bangkok dan menginap di sana semalam.

Selamat tinggal Chengdu, sehingga berjumpa lagi InsyaAllah.


Selamat tiba di Malaysia. Alhamdulillah. Keseluruhannya, pengalaman mendaki sangat priceless, ahli teammates sangat sporting dan supportive. Pengalaman berharga yang tidak akan dapat dibeli dengan wang ringgit. Apa yang terjadi sepanjang perjalanan, tidak mungkin akan dapat dizahirkan dan diceritakan sepenuhnya di dalam bentuk penulisan.

Sekiranya anda ingin mengalami pengalaman mendaki Siguniang, bersedia lebih awal secara fizikal dan mental. Gunung ini bukan gunung biasa-biasa yang anda rasa anda mampu mendakinya seperti gunung-gunung di Malaysia. 

Terima kasih teammates atas pengalaman luar biasa ini, dengan pemandangan yang luar biasa indah sehingga mengatasi segala kesakitan yang dialami. 

“You’ll miss the best things if you keep your eyes shut.” – Dr. Seuss

Total damage = 8 days package Rm2300.00
Return flight ticket with meal and luggage 20kg = < RM1000

No comments: