27 December 2017

Travellingbie : Siguniang Day 7

Day 7: Chengdu Tour dan nasi Arab Kambing

Hari ni semua orang bersemangat nak jalan-jalan sekitar Chengdu. Seawal pagi kami sarapan pagi dahulu di kedai Muslim. Sarapan pagi kami hari ini ditaja oleh salah seorang ahli grup. Alhamdulillah. :) Kami menaiki MRT yang berada berhampiran dengan hostel dan lokasi pertama kami pagi ini adalah Decathlon Chengdu, macamla dekat Malaysia takde Decathlon :)). nak tengok jugak apa perbezaan membeli belah di sini berbanding di Malaysia kan. :)) Lebih kurang sejam jugak kami berada di sana. 



Destinasi seterusnya adalah di sekitar kawasan Masjid Chengdu. Makanan halal...Alhamdulillah. Setibanya di sana, masing-masing dah kelaparan dan kami makan apa sahaja yang dihidangkan. Nasi Arab kambing memang sedap, satay kebab kambing lagi la sedap dan sup kambing pun sedap. Semua nya sedap-sedap belaka. Harga makanan di sini, masih boleh dianggap berpatutan. Gerai-gerai makanan ini kesemuanya berada di hadapan Masjid dan akan ditutup sekitar petang sebelum maghrib. Pastikan anda tiba di sini sebelum maghrib untuk menikmati makanan yang halal.

Roti ni makan dengan sup kambing...fuhhh sedap



Selepas semuanya berpuashati dan kekenyangan, kami meneruskan tour hari ini dengan mencari souvenir. Lokasi - lupa nama. Yang pastinya, tempat ini menjadi tumpuan pelancong dan sewaktu kami tiba di sini, pelancong lokal dan luar berpusu-pusu untuk memasuki kawasan ini.






Cenderahati agak mahal di sini. Barang-barang lain pun agak mahal, atau mata wang kita yang turun menjunam?

Seterusnya kami ke kawasan menjual peralatan outdoor. Harga agak berpatutan. Haversack Osprey lebih murah berbanding di Malaysia, namun agak mahal jika dibandingkan dengan Jepun.





Jaket untuk musim sejuk ni memang murah di sana. 

Selepas itu, kami berpatah balik ke Masjid Chengdu untuk menunaikan solat di sana. Alhamdulillah, sempat solat berjemaah bersama-sama dengan saudara Muslim di sekitarnya.

Selepas selesai solat, misi utama kami...apalagi, makan lagi. Kali ini, kami makan di salah satu kedai Muslim yang menyediakan makanan segera dan mee sup.

"Your diet is a bank account. Good food choices are good investments" - Bethenny Frankel
Kami tiba di hostel agak lewat, sekitar jam 10 malam, puas berjalan hari ini dengan langkah lebih kurang 24ribu langkah dair pagi sehinggalah ke malam.

Puas....

No comments: