Day 6 - Rilong to Chengdu
“If you don’t climb the mountain, you will never be able to enjoy the views.” – Pablo Neruda
Hari ke-6, sudah tiba masanya kami meninggalkan pekan Rilong. Cuaca di Rilong se awal pagi sangat sejuk dan kami pasti akan merindui suasana yang segar dan sangat nyaman ini.
Setelah selesai packing dan memunggah beg di dalam kereta, kami mengucapkan selamat tinggal kepada empunya hostel yang sangat baik dan mesra. InsyaAllah akan berjumpa lagi di lain masa dan ketika.
Perjalanan pagi dari Rilong ke Chengdu mengambil masa lebih kurang 4 jam dengan penurunan altitude yang mendadak dari 3000+mdpl kepada 500mdpl.
Sepanjang perjalanan menurun ke Chengdu, baharulah kami dapat melihat pemandangan yang sangat cantik sepanjang perjalanan di tepi gunung-ganang tersebut. MasyaAllah Subhanallah…cantic sangat
Kami singgah di salah satu Pusat
Pemuliharaan Panda yang terletak lebih kurang sejam dari bandar Chengdu.
Tiket masuk adalah RMB90 tanpa
pengangkutan dan kami dengan konfidennya membeli tiket tanpa shuttle van ke
tempat pemuliharaan Panda dan kami dimaklumkan, ianya akan mengambil masa
sekitar ½ jam berjalan kaki ke pintu masuk. Sekiranya menaiki shuttle van,
ianya hanya mengambil masa lebih kurang 10minit sahaja. Tanpa kami mengetahui
bahawa trek ke pintu masuk menaik di dalam 45 darjah. Dahla penat turun dari
Siguniang belum hilang lagi, dah kene pulak menapak menaik ke pintu masuk tempat
melihat Panda. Dengan cuaca yang sejuk, kaki yang masih sakit, masing-masing
menapak ke pintu masuk. Aduhhhh…. :--))
Setiba di tempat pemuliharaan
Panda, waktu hampir tengahari dan ianya bukanlah masa terbaik untuk melihat
Panda. Panda aktif di waktu pagi dan akan menjadi agak malas di waktu
tengahari. Kebanyakan panda yang kami temui hamper kesemuanya tidur dan tidak
aktif. Nasib baik ada seekor dua panda yang agak aktif bila melihat ramai
pengunjung mengunjungi dan mula mempamerkan aksi-aksi aktif dan lucu.
Hampir 2 jam kami meluangkan masa
di sana, dan tiba masanya untuk kami meneruskan perjalanan ke Chengdu. Perut
sudah mula berbunyi dan pemandu sudah pastinya tidak berhenti di mana-mana
untuk makan tengahari. Nasib baik masih ada lagi bekalan makanan berupa coklat
dan sebagainya di dalam beg untuk dijadikan alas perut sehinggalah kami tiba di
Chengdu.
Di Chengdu, kami menginap di Youth International Hostel Chengdu.
Hello Chengdu International Youth Hostel
No.211, North Section Four, First Ring Road, Jinniu District, Chengdu 610081, China
00 86 28 8335 5322
Hostel selesa untuk 2 orang walaupun agak sempit, tapi bukannya sepanjang hari duduk di dalam bilik pun. Cukupla untuk bersihakan diri, dan berehat.
Selepas check-in, kami rehat sebentar dan seterusnya keluar untuk mencari makanan. Masing-masing dah lapar. Kami dimaklumkan bahawa ada kedai makanan Muslim berhampiran. Apa lagi, semuanya menyerbu kedai yang sama untuk makan tengahari dan malam.
Selepas makan, kami menyelusuri jalan di sekitar hostel dan persekitarannya dengan berjalan kaki sambil merancang untuk program keesokan harinya.
Keesokan harinya, perjalanan kami akan lebih panjang dari pagi sehinggalah ke malam.
“Your time is limited. So don’t waste it living someone else’s life.” – Steve Jobs
No comments:
Post a Comment