Ramadhan Malam ke-18
لِلَّذِينَ أَحْسَنُوا الْحُسْنَىٰ وَزِيَادَةٌ ۖ وَلَا يَرْهَقُ وُجُوهَهُمْ قَتَرٌ وَلَا ذِلَّةٌ ۚ أُولَٰئِكَ أَصْحَابُ الْجَنَّةِ ۖ هُمْ فِيهَا خَالِدُونَ
"Bagi orang-orang yang berbuat baik, ada pahala yang terbaik (surga) dan tambahannya. Dan muka mereka tidak ditutupi debu hitam dan tidak (pula) kehinaan. Mereka itulah penghuni surga, mereka kekal di dalamnya."[Yûnus/10:26]
Ramadhan hari ke-17 merupakan hari terakhir kami di bumi Garuda.
Sahur kami di sini jam 3.30am kerna subuhnya sekitar jam 4.35am. Lauk sahur kami Alhamdulillah disajikan dengan nasi goreng, telur dadar, roti + kaya dan air.
Selesai sahur, kami menunaikan solat subuh berjemaah di ruang beranda hotel. Pagi ini cuaca agak dingin memandangkan semalamnya hujan. Selesai solat subuh, kebanyakan dari kami rehat sekejap dan mengemas barang-barang masing-masing untuk kembali ke Malaysia.
Sekitar jam 7.00am, kami dikejutkan dengan gegaran dan jelas dari dalam bilik bangunan hotel dan katil bergoyang. Saya ingatkan gegara tersebut di dalam mimpi memandangkan tengah berehat. Rupa-rupanya, bila diselidiki, memang berlaku gempa bumi di Leksula Indonesia dengan skala richter 4.8. Dengar khabarnya, pekerja hotel sudah bertempiaran lari ke luar hotel, manakala kami masih tertanya-tanya adakah benar gempa bumi berlaku dan masih berada di dalam bilik. Alhamdulillah, gegaran tersebut tidak berpanjangan. Bila dilihat di luar bilik, keadaan di luar dengan angin yang kuat dan hujan turun renyai renyai.
Alhamdulillah, Allah SWT pelihara dan lindungi kami semua.
Seawal jam 9 pagi kami keluar dari hotel.
Dari Bogor ke Jakarta ianya mengambil masa sekitar 2jam sekiranya tidak macet. Namun, apa yang berlaku pada hari ini, keadaan luar biasa macet mungkin disebabkan kemalangan.
Sekitar jam 12 tengahari, kami tiba di Masjid Istiqlal dan kebetulan hampir masuk waktu zohor. Di sini, kami meneruskan acara amal dengan memberi sumbangan kepada 2 rumah Panti Asuhan.
Perwakilan dari Rumah Panti Asuhan Tebet, Jakarta - Yayasan Remaja Masa Depan sudah sedia menunggu di hadapan pintu masuk Masjid Istiqlal. Sumbangan sebanyak Rp5 juta diserahkan kepada perwakilan untuk pembangunan panti asuhan tersebut. Alhamdulillah.
Kami seterusnya solat zohor dan jamak di masjid. Selesai solat, sesi penyerahan kepada rumah terakhir disampaikan di perkarangan masjid bersama dengan perwakilan. Kali ini sumbangan diberikan kepada Panti Asuhan Puti Bungsu di Padang untuk tujuan pembangunan. (Tahun trip kami ke Padang - Bukit Tinggi dan salah satu dari Panti Asuhan tersebut sangat dhaif)
Baki sumbangan yang seterusnya akan diserahkan kepada Laskar Sedekah melalui transfer wire Western Union memandangkan ada yang telah memberikan sumbangan pada hari kami bertolak ke Bandung dan tidak sempat untuk menukarkan duit sedekah / sumbangan tersebut kepada Rupiah.

Selesai majlis penyerahan sumbangan yang terakhir di Masjid Istiqlal, kami teruskan perjalanan ke bandara.
Tidak ada satu sen pun dari sumbangan tersebut dihabiskan dengan sia-sia. Alhamdulillah. Terasa beban amanah yang ditanggung ini gugur segugurnya, hati dan dada terasa ringan apabila tugasan dan amanah ini selesai sepenuhnya.
Terima kasih yang tidak terhingga kepada semua sahabat-sahabat penderma. Semoga Allah SWT memberikan ganjaran yang lebih besar lagi dan berganda-ganda dari jumlah yang didermakan dan disediakan sebuah istana indah di syurga. Allahuma Aameen.

Di dalam bas menuju ke Bandara, kami mengadakan post mortem dengan semua peserta. Pelbagai komen dan cadangan yang membina telah kami perolehi sebagai penganjur yang masih sangat baru ini, memandangkan saya dan seorang sahabat se-trip menjadi bidan terjun di dalam menguruskan trip kali ini. Memang akan ada banyak kekurangan dan kelemahan yang perlu diperbaiki dan ditambahbaik.
Saya secara personal nya berasa sangat beruntung kerana dapat bersama dengan peserta-peserta yang sangat hebat dan saling bekerjasama di dalam menjayakan trip amal pada kali ini. Secara keseluruhannya, trip ini berjaya mencapai matlamat amalnya dengan penyampaian sumbangan kepada 3 lokasi rumah panti asuhan dan tambahan kepada 2 rumah panti asuhan lagi.
Namun begitu, jadual itineri yang agak padat tanpa mengira kekangan yang bakal berlaku seperti kesesakan jalan yang terlampau sehingga mengganggu masa dan perjalanan aktiviti, menyebabkan ada peserta yang kecewa kerna tidak dapat pergi ke tempat-tempat yang telah dimaklumkan di dalam itineri. Kelemahan dari segi perancangan perjalanan kali ini memberikan banyak pengalaman dan iktibar di dalam menjayakan sesuatu program. Bagi pihak penganjur, untuk diingatkan tidak terlalu idealistik di dalam merancang sesuatu program, dan bagi peserta-peserta pula, mungkin segala yang berlaku dan kegagalan untuk mencapai matlamat aktiviti-aktiviti sampingan tersebut mungkin boleh dijadikan sebagai salah satu ujian dan cobaan permusafiran sepanjang Ramadhan. Mudah-mudahan, ianya akan menjadikan hati-hati kita sabar dan redha dengan ketentuan yang telah Allah tetapkan.
وَلاَتَسْتَوِي الْحَسَنَةُ وَلاَالسَّيِّئَةُ ادْفَعْ بِالَّتِي هِيَ أَحْسَنُ فَإِذَا الَّذِي بَيْنَكَ وَبَيْنَهُ عَدَاوَةٌ كَأَنَّهُ وَلِيٌّ حَمِيمٌ {34} وَمَايُلَقَّاهَآ إِلاَّ الَّذِينَ صَبَرُوا وَمَايُلَقَّاهَآ إِلاَّ ذُو حَظٍّ عَظِيمٍ {35}
”Dan tidaklah sama kebaikan dan kejahatan. Tolaklah (kejahatan itu) dengan cara yang lebih baik, maka tiba-tiba orang yang antaramu dan antara dia ada permusuhan seolah-olah telah menjadi teman yang sangat setia. Sifat-sifat yang baik itu tidak dianugerahkan melainkan kepada orang-orang yang sabar dan tidak dianugerahkan melainkan kepada orang-orang yang mempunyai keberuntungan yang besar.” (QS.Fushilat:34-35)
Kami meneruskan perjalanan ke destinasi terakhir kami iaitu ke Bandara. Perjalanan dari masjid ke bandara mengambil masa lebih kurang 1 jam. Penerbangan kami kali ini di Terminal 2. Ada yang menaiki MAS, kebanyakannya menaiki penerbangan KLM dan seorang peserta lagi akan menaiki penerbangan dengan Lion Air.
Alhamdulillah, semuanya di Terminal yang sama walaupun berlainan kapa terbang.
Bagi peserta yang menaiki MAS, tiada masalah di dalam check in bagasi. Namun bagi kebanyakan kami yang menaiki KLM, KLM menghadkan 1 bagasi sahaja bagi seorang penumpang dan hampir semua dari kami mempunyai lebih dari 1 bagasi. Ini juga merupakan salah satu cabaran bagi penganjur memandangkan peserta akan merujuk kepada kami sekiranya ada masalah sepanjang trip amal ini. Permasalahan bagasi kami berjaya selesaikan dengan sebaiknya dengan kerjasama dan pertolongan semua peserta, Alhamdulillah. Selepas ini, sekiranya anda menaiki pesawat KLM, pastikan anda membawa beg paling besar dengan had berat sebanyak 23kg.
Setelah masalah check in bagasi selesai dan semua peserta berjaya melepasi halangan 1 bagasi bagi 1 orang penumpang, baharulah saya boleh menarik nafas lega.
Setelah masalah check in bagasi selesai dan semua peserta berjaya melepasi halangan 1 bagasi bagi 1 orang penumpang, baharulah saya boleh menarik nafas lega.
Jam 4.00pm kami memasuki ruang balai pelepasan dan melepasi imigresen. Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar.
Sambil menunggu penerbangan dan waktu berbuka puasa, di kalangan peserta, ada yg menghabiskan masa dengan membaca Al-Quran, bersembang sambil kenal satu sama lain, melihat-lihat kedai-kedai di dalam terminal dan sebagainya.
Juadah berbuka puasa kami kali ini sangat simpel iaitu Rotiboy dan air mineral, memandangkan di dalam pesawat nanti kami akan disajikan dengan makanan yang agak berat. Seusai solat maghrib dan berbuka puasa, kami terus menuju ke boarding gate untuk penerbangan seterusnya ke Kuala Lumpur pada jam 645pm.
Walaupun kepenatan dengan perjalanan yang jauh dan menempuhi kesesakan yang teruk, trip dan perjalanan program kali ini telah dipenuhi kesemuanya dengan tambahan pemberian sumbangan kepada 2 lokasi panti asuhan iaitu di Jakarta dan Padang. Kutipan sumbangan dari para sahabat dermawan telah kami sampaikan dengan sebaiknya.
Pengalaman sebagai pengurus trip bidan terjun ini, sangat berharga dan berguna sekali bagi saya. Pengalaman menguruskan perjalanan trip dari sebelum, semasa dan selepasnya adalah pengalaman indah dan mahal yang tidak dapat diganti dengan wang ringgit.
Rasa syukur kerna dipertemukan dengan semua peserta dari pelbagai latar belakang. Ada peserta-peserta seumpama bonda dan ayahanda dan kemesraan serta keletah mereka sangat menghiburkan terutama sekali di waktu kepenatan dan kelelahan. Ada peserta yang seumpama adik-adik, kakak-kakak dan abang-abang saya. Nasihat dan tunjuk ajar mereka sama ada secara terus mahupun secara tersembunyi sangat berguna di dalam melayari kehidupan sebagai seorang hamba di dunia. Perkara utama yang saya belajar di dalam kembara musafir jiwa ini adalah, bagaimana sesuatu kembara itu dapat mendidik jiwa dan iman kita agar lebih sabar dan redha dengan ujian yang berlaku dan ketentuan-ketentuan yang telah Allah tetapkan sepanjang perjalanan. Mudah-mudahan hati dan iman saya, begitu juga dengan hati-hati dan iman-iman peserta semua dapat meningkat kepada tangga yang lebih tinggi di sisi Allah SWT.
Semoga Allah SWT terima amalan-amalan kami semua dan semoga sumbangan tersebut dapat membantu sedikit sebanyak di dalam pembangunan panti-panti asuhan tersebut dan mendatangkan manfaat kepada mereka. Aameeen.
"Happiness is...
Giving something that you have to others, to make them happy." ~ uark
Semoga bermanfaat buat pembaca.
Allahu Ta'ala A'lam
Semoga bermanfaat buat pembaca.
Allahu Ta'ala A'lam
No comments:
Post a Comment