Ramadhan day 16 InsyaAllah
Allah berfirman, yang bermaksud, “Bukanlah menghadapkan wajahmu ke arah timur dan barat itu suatu kebajikan, akan tetapi sesungguhnya kebajikan itu ialah beriman kepada Allah, hari kemudian, malaikat-malaikat, kitab-kitab, nabi-nabi dan memberikan harta yang dicintainya kepada kerabatnya, anak-anak yatim, orang-orang miskin,”
(QS. al-Baqarah 2:177)
Hari ke-2 - perjalanan semalam sangat penuh dengan aktiviti.
Destinasi pertama kami di Pasar Baru selama 2 jam (9am - 11am)
Destinasi kedua sepatutnya ke Rumah Kain. Namun, bas yang sepatutnya datang jam 11pagi, terlewat disebabkan macet berdekatan Pasar Baru. Kami membuat keputusan bersama untuk terus ke Lembang.
Perjalanan dari Bandung ke Lembang mengambil masa lebih kurang 1 jam. Jam 1230pm kami tiba di Farm House, wisata yang terkenal dengan rumah Hobbit di Lembang. Sejam kami menikmati suasana dingin dan berfoto-fotoan di sana.
Seterusnya kami ke Masjid Lembang untuk menunaikan solat jamak. Setibanya di masjid, kami mendapati masjid ini sedang dalam pembinaan akhir. Kami bermesyuarah dan bersetuju untuk menyumbangkan dana kepada pembangunan Masjid Agung Lembang sebanyak Rp2juta. Setelah solat dan menyampai sumbangan kepala penjaga Masjid, kami meneruskan perjalanan ke Floating Market. Floating Market merupakan tempat wisata yang terkenal dengan floating market nya yang menyediakan juadah makanan yang pelbagai di atas sampan / perahu. Sejam berwisata di sana, kami teruskan perjalanan ke Panti Asuhan Anak Al-Kautsar yang berdekatan dengan tempat wisata.
Dari Sahl bin Sa’ad Radhiallahu ‘anhu dia berkata: Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda : “Aku dan orang yang menanggung anak yatim (kedudukannya) di surga seperti ini”, kemudian beliau Shallallahu ‘alaihi wa sallam mengisyaratkan jari telunjuk dan jari tengah beliau shallallahu ‘alaihi wa sallam, serta agak merenggangkan keduanya.[HR al-Bukhari no. 4998 dan 5659]
Menyantuni anak-anak di sini seramai 72 orang, kami disambut meriah oleh pengurus panti asuhan dan selawat dari anak-anak di sini.
Program bermula jam 4 petang dengan nasyid dari anak-anak. Seterusnya, disusuli dengan ucapan dari pengetua, ucapan perwakilan trip amal dan pemberian wang sumbangan bagi tujuan pembangunan panti asuhan, persembahan nasyid dari edcoustic dan pemberian duit raya anak-anak yatim ini selepas solat maghrib.
Kemudiannya, kami berbuka puasa dan solat jemaah maghrib di masjid hadapan panti asuhan. Seusai solat maghrib, kami kembali semula ke panti asuhan untuk acara seterusnya, makan malam dan seterusnya pemberian sumbangan kepada anak2 dan bagi tujuan pembangunan panti asuhan. Pemberian sumbangan untuk pembangunan juga di infaqkan kepada 2 rumah iaitu panti asuhan Darul Iman dan panti asuhan anak jalanan. Selesai pemberian infaq dan sadaqah, kami bergerak ke destinasi seterusnya.
Balik ke hotel, di dalam bas, kami disajikan tips tips berguna dari salah seorang peserta trip yang juga merupakan seorang doktor perubatan.
Beliau memberikan tips yang berguna yang kekal sihat sepanjang bulan puasa dan juga sepanjang masa.
Untuk kekal sihat, kita perlu mengamalkan 5 perkara ini iaitu:
S - Sahur atau minum pagi. Kajian menunjukkan orang yang bersarapan pagi, dapat mengurangkan kebarangkalian gemuk.
I - Inhalation. Kebanyakan kita, pernafasannya kurang betul. Permafasan yang betul dan dapat memberikan oksigen kepada sel-sel tubuh badan adalah - Tarik nafas dalam2 dan perlahan, bernafas dengan perut dan lepaskan perlahan2
H - Hindarkan makanan2 yang mempunyai kalori yang tinggi dan lemak2 yang tidak baik untuk badan. Elakkan karbohidrat yg berat. Hindarkan gula putih juga. Hindarkan 3P iaitu nasi putih, gula putih, tepung putih
A - Air. Cukup air. Minum air selalu
Dan tips sihat yang terakhir adalah T - Tidur yang cukup selama lebih kurang 4 sehingga 8 jam. Cerotonin dan melatonin dirembeskan semasa kita tidur dengan tidur yang berkualiti. Utk dapatkan tidur yang berkualiti - 1. tidur tanpa cahaya 2. Jauhkan benda2 bersifat wave/frequency yang dekat dengan kita terutamanya telefon bimbit. 3. Bangun pagi seawal yang mungkin 4. Ambil wuduk sebelum tidur. ~ semoga bermanfaat.😊
Hari kedua permusafiran kami di sini, Alhamdulillah dipenuhi dengan aktiviti-aktiviti bermanfaat. Semoga anak-anak yang disantuni mendapat manfaat, begitu juga dengan panti-panti asuhan tersebut. Semoga juga amalan-amalan kami diterima dan begitu juga amalan-amalan kalian semua.
Allahu ta'ala A'lam
No comments:
Post a Comment