09 June 2017

Ramadhan 1438H - Day 14


Ramadhan day 14 InsyaAllah

Allah SWT berfirman yang bermaksud: "Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal soleh, Tuhan mereka akan memimpin mereka dengan sebab iman mereka yang sempurna itu. (Mereka masuk ke taman yang) sungai-sungainya mengalir di bawah tempat kediaman mereka di dalam Syurga yang penuh nikmat."

Sadaqalluhul 'adzim.

Nikmat Allah SWT tidak sahaja berbentuk kebendaan, tetapi juga berbentuk keampunan seluruh keinginan secara berturut-turut. Tidak ada nikmat yang paling besar bagi lelaki dan wanita yang berpandangan jauh ke depan selain daripada keampunan Allah SWT. 

Gambaran nikmat yang kita harapkan iaitu sebagaimana riwayat Abu Sa'id Al-Khudry r.a Nabi SAW bersabda, "Allah SWT berseru kepada penghuni syurga, "Wahai penghuni syurga! Mereka menjawab, "Wahai Tuhan kami, kami penuhi seruan-Mu dan segala kebaikan ada di sisi-Mu." Allah bertanya, "Apakah kamu sudah berasa puas? Mereka menjawab, "Wahai Tuhan kami, kami puas, kerana Engkau telah memberikan sesuatu yang tidak Engkau berikan kepada seorang pun daripada makhluk-Mu." Allah SWT bertanya kembali, "Mahukah Aku berikan yang lebih baik daripada itu?. Mereka menjawab, "Wahai Tuhan kami, apakah yang lebih baik daripada itu? Allah menjawab, "Aku akan melimpahkan keredhaan-Ku sehingga selepas itu Aku tidak akan murka kepada kamu untuk selamanya." (Hadis Riwayat Muslim, Syarh Arba'in An-Nawawi, 2006:223). (Asy-Syaikh 'Ali Al-Jaad, Fadail A'mal Al-Yaumiah, 2006:39).

Tidakkah kita mahu nikmat yang paling besar ini? Menerima keampunan dari Allah SWT, dilimpahkan keredhaan-Nya dan Allah SWT tidak akan murka kepada kita selama-lamanya.
Kehidupan kita di dunia adalah antara nikmat yang Allah berikan. Kita diberi nikmat senang, sentiasalah bersyukur. Kita diberi nikmat susah, sentiasalah bersabar. Kita diberikan nikmat ujian dan cobaan, itu tandanya Allah sentiasa mahu kita hamba-Nya kembali dan mengadu serta memohon pertolongan kepada-Nya.

Life is always a test from Allah, be in good time or bad time. Motivisi kita sebagai hamba akan sentiasa tinggi sekiranya kita percaya janji-janji Allah SWT itu, semuanya benar-benar belaka. 

Allahu Ta'ala A'lam
Semoga bermanfaat.

No comments: