05 June 2017

Ramadhan 1438H - Day 10 Perihal Zakat

Selesai sudah hari ke 10 Ramadhan, Alhamdulillah.

Allah swt berfirman di dalam surah At-Tawbah ayat 60

60. Sesungguhnya sedekah-sedekah (zakat) itu hanyalah untuk orang-orang fakir, dan orang-orang miskin, dan amil-amil yang mengurusnya, dan orang-orang muallaf yang dijinakkan hatinya, dan untuk hamba-hamba yang hendak memerdekakan dirinya, dan orang-orang yang berhutang, dan untuk (dibelanjakan pada) jalan Allah, dan orang-orang musafir (yang keputusan) dalam perjalanan. (Ketetapan hukum yang demikian itu ialah) sebagai satu ketetapan (yang datangnya) dari Allah. Dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.


Ada 8 golongan peruntukan zakat yang tercantum dalam ayat 60 surah At-Tawbah iaitu:

1. Orang-orang faqir
2. Orang-orang miskin
3. Para amil zakat
4. Para muallaf
5. Golongan hamba
6. Gharimin - iaitu orang-orang yang berhutang dan sukar membayarnya
7. Fi Sabilillah iaitu orang-orang yang berjuang di jalan Allah baik dengan ilmu mahupun amal
8. Ibnu Sabil iaitu orang yang sedang melakukan lawatan terpisah daripada negerinya diberi bahagian zakat yang akan membantu sampai ke tempat tujuannya. Menurut imam Syafi'e, mereka ada 2 golongan iaitu orang2 yang melakukan lawatan ke negeri tempat tinggalnya sendiri atau orang asing yang menjadi musafir yang melintasi suatu negeri.
(Sayyid Sabiq, Fiqhus Sunnah, Jilid 1, 2006: 561)

Kita akan masuk ke fasa ke-2 Ramadhan, InsyaAllah. Semoga Allah swt terima amalan amalan kita dan semoga Allah swt ampunkan dosa dosa kita.

Allahu Ta'ala a'lam
Semoga bermanfaat

No comments: