Your time is limited, so don't waste it living someone else's life. Don't be trapped by dogma - which is living with the results of other people's thinking. Don't let the noise of others' opinions drown out your own inner voice. And most important, have the courage to follow your heart and intuition. ~ Steve Jobs
Berada di zon masa sendiri membuatkan anda berasa selesa. Selesa dengan apa yang anda ada. Selesa dengan warna apa yang anda pakai.
Selesa dengan kasut atau selipar yang anda sarungkan. Selesa dengan kenderaan apa yang anda guna. Selesa dengan tempat berteduh anda walau kecil atau besar manapun ia. Masing masing kita berada di dalam zon kita sendiri.
Ada yang masih bujang walau umurnya sudah agak panjang. Ada yang langsung tidak ada rezeki untuk berkahwin sehingga tua atau mati. Ada yang lambat berkahwin. Ada yang bercinta, putus cinta, bercinta lagi dan putus cinta berulangkali. Ada yang bertunang, putus tunang berkali kali barulah dapat berkahwin. Ada yang berkahwin cerai, kahwin lagi, cerai lagi, kahwin cerai. Ada yang awal lagi telah berkahwin dan di umur 30an, anak-anak sudah layak untuk dikahwinkan.
Ya, masing masing kita mempunyai zon kehidupan masing masing. Ada yang beruntung dapat belajar, dan punyai kerjaya yang bagus. Ada yang dapat belajar tapi terkandas. Ada yang punya peluang untuk belajar dan sia siakan. Ada yang tidak berpeluang belajar tetapi masih mampu berjaya. Ada yang beruntung kawin awal, punyai suami/isteri yang baik, anak-anak yang berjaya. Ada yang kurang bernasib baik bukan kerana nasib mereka kurang baik, barangkali Allah swt punya rancangan lebih baik buat mereka.
Beruntunglah bagi yang menggunakan peluang peluang yang ada di dalam zon masa mereka dan menjadi penyebab untuk berjaya. Rugilah bagi yang berada di zon masa mereka tetapi bazirkan masa tersebut
Jika anda berada di zon masa berjaya. Jangan melihat rendah pada yang belum mencapai apa-apa di dalam zon masa mereka. Mereka mungkin berusaha keras untuk mencapai zon masa kawan-kawan yang berjaya
Kita tidak tahu apa yang mereka tempuhi sepanjang perjalanan zon masa mereka, dan begitu juga mereka.
Hormati zon masa orang lain terutama yang dekat dengan kita. Barangkali jua, mereka lah penyebab kita berada di zon masa selesa kita.
We shall not cease from exploration, and the end of all our exploring will be to arrive where we started and know the place for the first time. ~T. S. Eliot
No comments:
Post a Comment