18 April 2017

Travellingbie : Apa yang boleh anda lakukan di HCMC selama 2 hari

"Travel - It gives you hands-on experience to feel foreign land and appreciate your own land." ~uark

Entri #travellingbie kali ini memberikan pembaca sedikit maklumat dan tips bagaimana memenuhkan masa pendek anda di HCMC selama 2 hari dan shopping semaksima yang mungkin. :))

Ho Chi Minh City (HCMC), merupakan bandar yang sibuk dengan kepadatan penduduk lebih 7 juta orang.

Selamat tiba di HCMC
Istimewanya HCMC kepada rakyat Malaysia kerana di sinilah syurga membeli belah yang murah bagi kain cotton, baju kurung cotton, baju kurung lace, baju kerja, kot, kain schiffon, pelbagai jenis tudung, pelbagai jenis jubah dan baju kurung, pelbagai jenis beg sandang, beg kerja, haversack, barangan outdoor - seluar, jaket, tshirt, baju kanak-kanak dan pelbagai lagi.
Bagi yang tidak mempunyai cuti yang banyak dan hanya mempunyai Sabtu dan Ahad, jangan kecewa kerana anda juga boleh berkunjung di HCMC dengan cara berikut:
  1. Beli tiket penerbangan Kuala Lumpur - Saigon (HCMC) dengan penerbangan seawal pagi Sabtu pada jam 705 pagi;
  2. Balik pula dengan penerbangan akhir Saigon (HCMC) - Kuala Lumpur pada jam 910 malam pada hari Ahad;
  3. Setibanya di lapangan terbang Saigon, jangan berlengah lagi untuk mendapatkan bas ke hentian bas di Ben Thanh - bus berwarna hijau bernombor 152, dengan kadar 5000 dong + 5000 dong sekiranya anda membawa beg trolley besar atau haversack besar (beg tersebut akan dikira sebagai 1 orang penumpang. Namun, anda masih jimat jika dibandingkan dengan mengambil teksi. Belanja hangus = 10 ribu dong;
  4. Check in hotel. Sekiranya pihak hotel tidak dapat menyediakan bilik semasa ketibaan anda, letakkan beg di hotel dan anda perlu mula meninjau ninjau barang-barang yang hendak dibeli;
    Charner Hotel
  5. Lokasi pertama = Pasar Ben Thanh >> kain cotton banyak pilihan berbanding di kedai-kedai di sepanjang jalan yang dikenali dengan Jalan Malaysia Street, harga lebih kurang sama; atau
  6. Lokasi kedua = restoran atau cafe untuk mengisi perut bagi keperluan sepanjang hari. Terdapat banyak restoran dan cafe halal di sekitarnya;
  7. Lokasi ketiga = kedai-kedai di sepanjang Jalan Malaysian Street. Ada kedai yang menawarkan harga borong, namun ada juga kedai yang menawarkan harga lebih murah sekiranya kita merupakan pelanggan tetap di kedai tersebut. Jangan lupa singgah di Kedai Mousa Kariem, Salina dan lain-lain di sepanjang jalan tersebut






  8. Lokasi keempat = Kedai Rohani >> menawarkan produk barangan muslimah yang berkualiti. Sedikit mahal, namun puas hati;
  9. Lokasi kelima = Kedai Minh Collection >> telekung sulam putih, krim dan warna-warna pastel di sini cantik cantik;
  10. Lokasi keenam = Kedai Zaidah >> seperti juga kedai Rohani, ianya menawarkan barangan yang lebih berkualiti. Tapi saya lebih suka membeli di Kedai Rohani; :))
  11. Lokasi ketujuh = Kedai beg >> pelbagai beg di jual dari pelbagai jemama. Sediakan duit sahaja;
  12. Lokasi kelapan = Saigon Square >> anda boleh dapatkan tshirt, barangan outdoor, hiking, beg2 berjenama, pakaian kanak-kanak, wanita dan lelaki dengan harga yang berpatutan dan kualitinya boleh tahan serupa original;
  13. Lokasi kesembilan = Shopping mall Takasyimaya terletak bersebelahan Saigon Square. Pelbagai produk berjenama dari Korea, Jepun dan lain-lain ada di sini;
  14. Lokasi kesepuluh = Taka Mall terletak bersebelahan Takasyimaya Mall;
  15. Lokasi kesebelas = Lorong kasut pelbagai beg dan kasut berhampiran Ben Thanh dan Hotel A & E Am;
  16. Lokasi kedua belas = Pasar Malam Ben Thanh >> pastikan anda menawar terlebih dahulu barangan yang anda inginkan dan tawar sehingga dapat :));
  17. Lokasi ketiga belas = Tempat makan >> Restoran Hajah Basiroh, Restoran Serai, Restoran Mousa Kariem dan sebagainya menawarkan makanan Malaysia, citarasa Malaysia. Namun, anda perlu mencuba Pho Daging, Murtabak, Bingka Ubi, Vietnam Roll dan karipap di sini;
  18. Jangan lupa mencuba kopi vietnam. Sangat sedap;
  19. Lokasi keempat belas = lambakan kedai segera di tepi jalan yang menjual bagpack, haversack, tshirt, seluar panjang, buah-buahan dan lain-lain.
  20. Anda juga boleh menempah baju dengan 1 hari siap. Kadar bayaran bergantung kepada jenis baju. Namun, baju kurung pasang siap dan jubah jauh lebih murah sekiranya anda membeli yang telah siap.
  21. Jangan khuatir sekiranya telefon bimbit anda tidak roaming. Singgah sahaja di hotel dan kedai kedai dan mintalah password wifi....hehehehe
  22. Owhh ya...bagi yang ingin mencari hotel hotel berdekatan selain di sepanjang Malaysian Street, anda juga boleh menempah hotel di Halo Hotel, Charner Hotel berhadapan Restoran Serai dan berhampiran dengan kedai Rohani. Hanya 3 minit sahaja dari Ben Thanh pintu 13.
  23. Banyak hotel hotel di sekitar Malaysian street yang anda boleh tempah untuk penginapan, sangat dekat dengan Ben Thanh Market = Hotel Blessing, Hotel Cat, Hotel Thanh Thu, Hotel Pink Saigon, Hotel Alagon, Hotel Silverland, Hotel Avanti, A & EM Hotel, Kim Huong Hotel, Ngan Ha Hotel, Anpha Hotel, Lavendar Hotel, Boss Hotel 1, Gia Huy Hotel, Anpha Boutique Hotel, Halo Hotel, Charner Hotel.


    Pilihan di tangan anda, tempah hotel lebih awal jika anda tidak mahu dipindahkan ke hotel lain sekiranya hotel yang anda tempat telah penuh. Ini yang terjadi kepada kami apabila kami menempah hotel Cat, 3 hari sebelum berangkat Cat Hotel maklumkan bahawa bilik telah penuh.  Kami buat tempahan baru di Hotel Thanh Thu, apabila tiba di hotel, receptionist memaklumkan tiada kekosongan bilik dan pindahkan kami ke Hotel Charner. Nasib baikla hotel ok dan sediakan minum pagi. Minum pagi kami hanya minum kopi, makan roti, telur dan makan buah sahaja. Makan malam dan makan tengahari kami di restoran sekitar Malaysian Street.


Anda mungkin tidak sempat untuk:
  1. Membuat aktiviti Mekong River Cruise;
  2. Melawat kedai Wholesale Linda
  3. Melawat Russian Market - pelbagai jenama dan barangan outdoor yang berkualiti boleh dibeli di sini
  4. Melawat Hard Rock Cafe
  5. Melawat China Town - kain cotton lebih murah di sini
  6. Melawat Museum
  7. Melawat Chu Chi Tunnel
  8. Lain-lain lagi
Bagi yang bertujuan untuk shopping, mungkin sudah mencukupi datang ke HCMC selama 2 hari.
Membawa kawan-kawan yang baru pertama kali menjejak kaki ke HCMC adalah sangat mengujakan. Sambil itu, tips-tips bagaimana untuk mendapatkan kembali modal perbelanjaan HCMC juga diberikan. Jom travel bersama #travellingbie :)
Tips lain akan menyusul kemudian terutamanya dari segi packing barang-barang, wrapping bag, melepasi kastam dan sebagainya. Selamat memburu tiket murah ke Ho Chi Minh City :)

No comments: