24 April 2017

Travellingbie : Review Inap di Hotel Jannah, Bertam

Hotel yang selesa, tidak perlu yang mahal. Kadang-kadang hotel yang sederhana bintangnya juga memberikan keselesaan tidur kepada anda. Yang penting, tidurnya nyaman dan lena :)

Hotel Jannah
Terletak di Bertam Perdana, Kepala Batas. Hanya 3 minit memandu dari Tol Bertam dan di sekitarnya terdapat banyak kedai-kedai dan butik-butik untuk anda menjamu mata dan menipiskan poket anda. Lokasi hotel juga sangat dekat dengan Pusat membeli belah Sunshine, Bertam. Hotel ini mempunyai 24 bilik dan terdapat juga 1 bilik disediakan sebagai surau untuk pengunjung.
Terdapat 1 lagi hotel berdekatan iaitu Hotel Kamelia. Sekiranya tempahan bilik di Hotel Jannah telah penuh, anda boleh ke Hotel Kamelia untuk menginap di sana.
Copyright #Travellingbie

Copyright #Travellingbie

Copyright #Travellingbie
Apa lagi yang ada di sini?? Peminat tudung Fareeda di sekitar Kepala Batas dan kawasan persekitaran, tidak perlu pergi jauh untuk membeli tudung kegemaran mereka. Singgah sahaja di Bertam. Mydin dan Tesco pun ada. 2 tahun lepas saya ke sini, tidak banyak lagi kedai-kedai sedia ada dan kebanyakannya masih dalam pembangunan. Sekarang ini, hampir semuanya ada dan terdapat Masjid Besar yang cantik di sini berdekatan dengan kawasan hotel.
Bilik Standard Queen yang saya tempah untuk 1 malam, agak kecil tetapi selesa. Di dalam bilik disediakan jug air untuk memasak dan fasiliti asas seperti cawan air, tuala, sabun dan sejadah. Memandangkan hotel agak baru, keadaan fasiliti di dalam bilik masih terjaga dan selesa. Tiada sarapan pagi disediakan. Namun anda boleh menjamu selera di cafe sekitarnya dengan harga berpatutan.

Sekiranya anda musafir sama ada atas urusan kerja atau peribadi di sebelah utara ini, anda bolehlah singgah semalam dua di sini. Selesa dan murah.

Kadar penginapan 1 malam menggunakan tempahan melalui Agoda, kurang dari RM90 semalam. Anda juga boleh membuat tempahan terus dengan menghubungi pihak hotel.

Bagi kadar bilik Standard Queen (kadar tertera di laman web hotel):
ROOM PRICE :
WEEKDAY = RM 89
==============================
WEEKEND = RM 99
==============================
PUBLIC HOLIDAY = RM 109
==============================

Untuk yang berminat, anda boleh hubungi pihak hotel di alamat dan talian tertera di bawah: :)
51, JALAN DAGANGAN 10, PUSAT BANDAR BERTAM PERDANA, 13200 KEPALA BATAS, PULAU PINANG
0133988696 / 04-5770085
admin@jannahhotel.com.my

Apa yang boleh anda buat di Kepala Batas selain dari kerja??? Apa lagi...shopping dan makan la. pssst...makanan di sini juga sedap - mee udang, kerang bakar berapi, dan kalau nak cari nasi kandar yang sedap kene pergi ke Pulau. :)

Jom ke Kepala Batas, Penang :)

No comments: