"If you walk long enough, you will find invaluable landmarks."~ uark
Malam ke-5 di sini, baru lah saya boleh tidur. Itupun terjaga jam 3 pagi dikejutkan oleh angin yang kuat. Hari ini, Perth dijangka akan ada shower rain dan berangin.
Perjalanan kami hari ke-5 diteruskan ke destinasi yang agak jauh. Kali ini kami turun ke bawah Australia Barat - dari homestay ke Busselton Jetty >>; Mandurah >>; Kailis Fish Market. Rancangan asal hendak ke Margaret River, sedikit ke hadapan dan lebih kurang 1 jam dari Busselton Jetty. Namun apabila mengenangkan ianya jauh dan kami ingin mengelakkan dari berada di highway sehingga lewat petang, maka kami mengambil keputusan untuk sampai ke jeti sahaja. Itupun sudah mengambil masa lebih kurang 3 jam dari homestay.
Jam 8 pagi kami bertolak dari homestay ke Busselton Jetty yang mengambil masa lebih 3 jam dengan mengambil kira had laju 100km/h dan berhenti untuk mengisi petrol.
Di pertengahan jalan, kami bertukar pemandu memandangkan kondisi saya yang amat mengantuk membahayakan yang lain.
“When you’re traveling, ask the traveler for advice / not someone whose lameness keeps him in one place.” – Rumi
Tips: bagi yang menyewa kereta, sediakan pemandu ke-2 sepanjang perjalanan anda. Kos bagi pemandu ke-2 hanyalah AUD20 dan akan didaftarkan bersama semasa anda mengambil kereta sewa tersebut.
Pemandangan sepanjang jalan agak membosankan dengan pemandangan savannah dan ladang ragut lembu. Kawasan perumahan pula sekelompok dan berhampiran dengan shopping complex sesuatu tempat. Tak sempat nak singgah di mana-mana shopping complex sepanjang perjalanan terutamanya di Eaton, Bunbury, Mandurah kerana masa kami agak singkat.
Kami tiba di Busselton Jetty lebih kurang jam 1130 pagi. Sebelum anda menelusuri jeti sepanjang lebih kurang 2km, anda dikehendaki membayar AUD3 pada pintu masuk. Tren juga disediakan dengan bayaran AUD13. Kami mengambil keputusan untuk berjalan kaki sahaja memandangkan kos nya agak murah berbanding menaiki tren. Lagipun, inilah masanya untuk menikmati pemandangan laut dengan saujana memandang dan membuang sedikit kalori di badan :)) Lebih kurang jam 1230pm kami tiba di penghujung jeti sambil menunggu yang lain, seperti biasa, kami berfoto dan ber-swafoto dahulu. Walaupun hari ini bukan hujung minggu, pelawat yang berkunjung di sini agak ramai. Ramai juga pengunjung dari Malaysia seperti kami.
Kami sampai semula di jeti lebih kurang 130pm dan kami makan tengahari. Makan tengahari kami disajikan dengan pemandangan indah dan udara yang nyaman dari laut.
Jam 2.30pm, kami teruskan perjalanan ke Masjid Mandurah untuk singgah solat sebentar. Masjid Mandurah ini merupakan sebuah rumah yang dijadikan Masjid untuk kegunaan Muslim setempat dan musafir. Di sini juga diadakan solat Jumaat. berdasarkan dari maklumat penjaga, Muslim di sekitar Mandurah dan kejiranannya ada lebih kurang 100 orang. Selesai solat jamak,, baru lah rasa senang dan tenang hati.
Destinasi kami seterusnya adalah Kailis Fish Market.
Dari sebelum bermulanya trip sehinggalah hari ke-5 ini, selagi hajat belum kesampaian, selagi itulah Kailis Fish n Chips ini meniti di bibir yang berhajat. Kali ini, saya sampaikan hajat mereka untuk merasa Fish n Chips yang famous dan disebut sebut oleh pengunjung dari Malaysia.
Buzzer Makanan akan beerebunyi sekiranya makanan anda telah siap |
Platter size dikongsi 4 orang. Kenyanggg Alhamdulillah |
Suasana malam di perkarangan luar Kailis Fish Market |
Kos dinner saya = 1 platter dikongsi 4 orang dengan kos seorang AUD13.
Hari bertambah gelap menandakan malam sudah tiba. Kailis Fish Market ini dibuka sehingga jam 830pm. Nasib baik sempat sampai pada jam 630pm sebelum Kailis ditutup. Pengunjung agak ramai ketika makan malam dan kebanyakannya adalah rakyat tempatan.
Selesai menikmati makanan di Kailis, saya bercadang untuk ke Chemist Warehouse kerana ada pesanan perfume lagi dari rakan-rakan. Cadangnya untuk ke Chemist Warehouse terdekat memandangkan Chemist tutup pada jam 9malam. Namun, Chemist di Fremantle ini tutup lebih awal. Kami mengambil keputusan untuk terus ke Westfield sebelum shopping complex tersebut ditutup jam 6pm.
Dalam perjalanan ke Westfield Cannington, saya terlihat Chemist Warehouse berdekatan dengan Westfield dan memutuskan untuk ke sana, manakala 1 kereta lagi telah sampai di Westfield untuk mencari barang. Dan lebih menggembirakan adalah, Chemist Warehouse ini beroperasi sehingga jam 10 malam. Anda boleh bayangkan tak, apabila mengetahui adanya kedai yang dibuka sehingga jam 10 malam di Perth, apabila kedai kedai yang lain ditutup jam 5pm dan yang paling lambat pun jam 9 malam. Saya maklumkan pada mereka untuk datang ke Chemist selepas Westfield ditutup kerna ada juga yang masih mencari perfume untuk dibawa balik ke Malaysia. Selepas mendapat barang kiriman, lebih kurang jam 10 malam kami sampai ke homestay.
Malam ini merupakan malam terakhir kami di sini, dan masa untuk packing. Pening juga memikirkan barang-barang yang dibeli dan yang bakal di pack di dalam 1 beg sahaja, terutamanya perfume.
"There is always a sadness about packing. I guess you wonder if where you’re going is as good as where you’ve been."-Diane von Furstenberg
Masing masing sibuk mengemas barang dan ada yang selesai packing jam 3pagi. Ada juga yang supper selepas packing. Aktiviti packing ini adalah satu aktiviti yang memenatkan, lebih penat dari berjalan. Selepas selesai packing, ada yang supper di awal pagi sebelum tidur.
"Excess baggage is a symptom of something we are missing on the inside – a fear that we won’t be accepted for what we are, as if our selves are not enough. We bring too much of our past experience, the clutter of our emotions. These things get in the way and keep us from getting close to others. Then we are left with the task of having to find someone else to carry it, whether it is our luggage or our loneliness."~unknown
No comments:
Post a Comment