Sambil menunggu nunggu kereta di servis, tiba-tiba telefon berbunyi. Rupanya, dari kawan yang tak berapa jauh yang sudah lama tidak menghubungi saya. Let us call her Z
Z - "Assalamualaikum, free ke?"
Me - "Waalaikumussalaam... InsyaAllah free. Apa cerita, lama dah tak dengar khabar berita."
Z - "Nak cerita dekat ngko ni, boleh ke?"
Me - "Cerita jer...kot kot boleh dijadikan novel atau buku." - aku ketawa
"Serius ni. Aku stress." kata Z
Nada suaranya menunjukkan tahap stress yang agak tinggi.
Me - "Ok, apa yang aku boleh bantu."
Z -"Pernah tak kau rasa yang keluarga engkau tak perlukan engkau lagi terutamanya mak kau?"
Me - "hmmmm...susah nak jawab. Tak pe, kau cerita je kalau kalau beban yang kau tanggung tu jadi sedikit ringan."
Z - "aku sangat sangat sangat rindukan mak aku, tapi aku tak tau macamana nak luahkan. Sejak kecik lagi, dah diajar ikut arahan. Hitam kata mak, hitam la. Kalau mak kata putih, putih la. Aku dah lupa masa kecik kecik dulu bila masa mak aku tak garang dengan aku. Perkataan keluar dari mulut mak semuanya arahan. Bila aku dapat duduk hostel dari tingkatan 1, aku tak macam kawan-kawan lain yang menangis nak balik rumah. Aku pendamkan jer. Aku jadi anak yang pendiam. Bila tingkatan 4 dapat peluang sambung belajar jauh, aku pegi walaupun bukan dalam subjek yang aku minat. Aku kene struggle untuk tanamkan minat pada subjek2 tu. Setahun sekali jumpa mak, masa balik raya. Tak mampu nak balik selalu sebab tiket mahal. Bila aku sambung belajar pun aku jauh. Nak pegi lebih jauh, mak tak bagi. Aku ikut je. Aku suka sebenarnya kalau mak peluk peluk aku. Aku happy bila mak dengar cerita cerita remaja aku. Aku nak kongsi cerita cerita kelakar, sedih, putus cinta monyet ke, atau bercinta acah acah di sekolah. Tapi, semua tu tak terjadi. Masa remaja, mak bagitau, jangan memandai nak bercinta selagi tak habis belajar. Lepas spm kalau ada classmate lelaki telefon di rumah, pasti akan kene marah dengan mak. Aku diamkan sahaja. Hantar surat dengan classmate lelaki pun curi curi. Mak aku memang sangat tegas, seperti diktator. Aku selalu kene marah, kadang - kadang tanpa sebab. Aku tak tahu kenapa aku jadi tempat melepaskan marah. Bila mak marah dengan anak yang lain, aku yang kene marah. Sampaikan aku rasa aku ni anak angkat yamg dibuang orang dan mak aku terpaksa bela aku. Pernah aku menangis di pagi raya sebab mak marah tanpa sebab dan kebetulan aku ada berhampiran mak. Dia geram dan marahkan orang lain, dia lepaskan pada aku yang kebetulan ada di situ."
Suara kawan dah menangis tersedu sedu...
Aku terdiam, tak tahu nak respon macamana. Memang berat masalah dia ni. Masalah yang dipendamkan sekian lama.
Me - "Tapi, segarang garang mak kau, tak pernah dia cederakan kau dan abaikan kau kan? Dia mengandungkan kau 9bulan 10hari dengan susah payah. Off course la dia nakkan yang terbaik untuk kau“
Z - "Memang dia tak pernah cederakan aku, dia cuma cederakan hati aku je. Atas didikan dialah aku jadi keras macam sekarang ni, sebab aku taknak hati aku jadi semakin terluka."
Me - "Pandangan ikhlas dari aku, sekarang ni, kau kene mulakan dulu. Turunkan sedikit ego kau. Sekarang ni, mak kau dah tua. Peluklah dia, cium lah dia. Kalau kau tak dicium dan dipeluk mak masa muda muda dulu, sekarang nie, kau balas dia dengan peluk dan cium dia. Buka rantai yang membelenggu hati kau. Bebaskan hati kau dari dendam dan perasaan sedih yang terpendam lama. Kadang-kadang, layanan orang tua terhadap anak-anak lain lain. Ada anak yang dimanjakan dan dipenuhkan semua permintaan mereka, ada anak yang terasa diabaikan sebab mak ayah lebihkan yang tua atau yang bongsu. Namun, kasih sayang mak tetap sama walaupun layanannya berbeza. Mak ni tau anak mana yang independent, anak mana yang tak independent, dan anak mana yang senang dibawa berbincang, anak mana yang ikut sahaja, anak mana yang perangainya memberontak, anak mana yang boleh diharap. Pun begitu, mak ayah ni bukannya perfect human being. Mereka juga buat silap, mereka juga ada moment2 penyesalan, mereka juga ada ego yg lebih tinggi dari anak mereka. Kita sebagai anak kene selalu mengalah. Kalau kau rasa diabaikan, kau jangan pula buat perkara yang pernah dilakukan oleh mak kau tu yang sampai kau rasa kau anak buang. Setiap anak perangainya berbeza beza. Mak ayah biasa akan respond dan react pada perlakuan anak berbeza beza selaras dengan perangai anak tersebut. Respond mak ayah itu yang penting. Sama ada anak rasa disayang atau dibuang, disukai atau dibenci, diambil perhatian atau diabaikan. Itu semua kau kene ambil kira sebagai mak. Kalau kau rasa susah nak luahkan perasaan rindu pada mak kau, mesej je dia bagitau kau rindu. Kalau dekat, pi la melawat dia dan peluk mak kau tu. Bawak anak anak kau jumpa opah diorang tu selalu. Orang tua nie, keras mana pun hati mereka, akan lembut jua. Jangan pulak kau sama sama keras. Kau pun kene lembutkan hati kau jugak. Banyak banyakkanlah istighfar. Ingat tu, syaitan sentiasa cari peluang untuk sesatkan kita, sampai la kita mati. Lepas nie, telefon la mak kau walaupun takde ape nak cerita atau cakap. Just say hi. I miss you and i love u mom. Itupun dah cukup bagi dia."
Saya dengar suara menangis teresak esak. Kasihan kawan saya ni, rindukan mak sampai menangis. Saya pun sama menangis mengalirkan air mata.
Bagi yang berpangkat mak, selamilah juga hati anak anak. Kalaupun inginkan yang terbaik untuk anak anak, jangan terlalu garang dan tiada soft and love touch dengan anak anak. Bila bila masa dan ketika, peluklah anak anak anda agar mereka merasa kelembutan yang ada pada seorang yang bernama dan berpangkat ibu, dan mereka juga dapat membina hati lembut dan terkesan dengan kelembutan tersebut di dalam hati mereka.
Saya bukanlah seorang ibu, saya juga tidak layak untuk memberi cadangan terbaik bagi masalah kawan saya ini. Saya juga bukan seorang konsultan bertauliah dan berbayar. Saya hanya seorang kawan yang menawarkan telinga untuk mendengar rintihan hati seorang anak yang rindukan kasih sayang seorang mak.
"Mak, anakmu ini rindu sangat sangat pada mak."
No comments:
Post a Comment