20 March 2017

Travellingbie: Perth Day 2

“We travel, initially, to lose ourselves; and we travel, next to find ourselves. We travel to open our hearts and eyes and learn more about the world than our newspapers will accommodate. We travel to bring what little we can, in our ignorance and knowledge, to those parts of the globe whose riches are differently dispersed. And we travel, in essence, to become young fools again- to slow time down and get taken in, and fall in love once more.” ― Pico Iyer

“How you live your life is up to you. You have to go out and grab the world by the horns. Rope it before it ties you down and decides for you.” ― Sarah Reijonen

Hari ke-2
Homestay kami yang selesa juga dan kereta sewa juga selesa. Sedap bawak :))
Seawal pagi kami bangun. Subuh di Perth awal pada jam 4.50 pagi. Dan pagi ini sangat lah sejuk, sampai menggigil nak mandi. Nasib baik ada hot shower. Memandangkan bilik mandi hanya ada 1, kami 9 orang terpaksa bergilir-gilir untuk mandi. Sementara itu, ada yang menseterika baju, ada yang menyediakan juadah minum pagi dan makanan untuk bekalan sepanjang hari dan ada yang mengemas. Begitulah rutin harian kami sepanjang berada di sana. Masing-masing sudah tahu tugas apa yang perlu dibuat. Ada yang menjadi drebar sepanjang hari dan hampir sepanjang trip kami di sana.

Masing-masing tidur lena malamnya. Saya pula susah mahu tidur dan tidak tidur lena mengenangkan itnerari setiap hari.
Seaawal pagi jam 845am dah sampai sini tunggu pagar dibuka :))
Agenda kami hari ke-2 adalah melawat kangaroo dan koala.
Museum kereta

Pagi yang ceria :))

Map Caversham Wildlife Park. besar sungguh park ini.

Terlerai rindu nak tengok koala hidup :))

Koala nie pagi pagi dan kalau hujan memang bergolong aje la

Antara binatang yang ada di sini



Kangaroo nie macam kucing jugak. Bila dah kekenyangan, semuanya jadik macam nie, tidur tak ingat :))




Sedap kopi ni, ada lagi kopi yang lebih sedap. Coffee overdose lagi :))
Seawal 8 pagi, kami sudah keluar rumah. Jarak jauh dari homestay ke Caversham adalah sekitar 30minit dan kami antara yang terawal tiba di pintu masuk Caversham Wildlife Park. Pintu pagar dibuka, kami antara orang yang pertama sampai. Semangat gitu :))

Caversham Wildlife Park merupakan tempat yang sesuai untuk riadah seisi keluarga.


Caversham Wildlife Park
Address: B/99 Lord Street, Whiteman WA 6068, Australia
Contact:+61 8 9248 1984
Hours: 9AM–5:30PM

Adult AUD 28.00
Child (3 – 14 years) AUD 12.50

Kami habiskan masa setengah hari untuk melawat binatang-binatang yang ada dan yang pentingnya, semua dapat bergambar dan beramah mesra dengan kangaroo dan koala. Binantang-binatang yang lain antaranya adalah wombat, biri-biri, Pelbagai aktiviti boleh dilakukan di sini. Antaranya - meet the koalas, feed the kangaroo, feed the wombat, bermain dengan burung kakak tua, bergambar dengan ular, farm show, molly farm dan sebagainya.

Masa kami tiba di tempat koala, hujan agak lebat. Dah bukan shower rain dah. Di kawasan kangaroo pula, kangaroo baru je lepas makan kekenyangan dan bersantai santai baring di sekitarnya.

Hampir setengah hari kami di sana, dibasahi juga dengan shower rain, kami berehat sambil makan tengahari dari bekal yang dibawa. 

Tips: Di Caversham, sekiranya anda tidak membawa bekalan makanan, usah khuatir kerana cafe menyediakan makanan halal, malahan nota di dalam bahasa juga dipaparkan. Bukti memang ramai la rakyat Malaysia, Singapura, Indonesia berkunjung ke Perth nie. Di sebelah kedai souvenir, terdapat tandas yang berpaip. Gembiranya hati kami bila jumpa tandas yang berpaip. :))

Kos saya di Caversham = tiket masuk AUD28 + Air kopi yang sedap AUD4.50

Seterusnya, selepas puas menjelajah Caversham, kami meneruskan perjalanan ke Chocolate River Factory di Swan Valley. Dari Caversham ke Chocolate River Factory tidak mengambil masa yang lama kerana ianya bersebelahan kawasan sahaja.
Menarik - Coklat berbentuk peta Australia

Tempting, tapi mahalnya laaa :))
Kos beli coklat = AUD16
Coklat di sini memang agak mahal, tetapi kualitinya sangat bagus dan sangat sedap.

Tips: Di Chocolate Margaret River Factory, anda boleh merasa dark chocolate, white chocolate dan coklat susu tanpa had. Malu tak malu je...:))

Selesai membeli belah dan cuci mata di Margaret River Chocolate Factory, kami teruskan perjalanan ke destinasi seterusnya = Yahava Koffe. Bagi pencinta kopi, jangan lepaskan peluang untuk ke sini. Macam-macam jenis kopi ada, begitu juga teh. Saya testing 1 jenis kopi dari Papua New Guinea Kuta. Rasa kuatnya kopi dia. Memang cari nahas hari ke-2 nie, akibatnya malam hari ke-2 pun tak boleh nak tidur sebab dah overdose kopi. 


Coffee overdose

Alamat Yahava Koffee
4752 West Swan Road,
West Swan, WA 6055
P: 08 9250 8599
F: 08 9250 8577
E: swanvalley@yahava.com.au
Laman Web: http://www.yahava.com.au/

Opens Daily 9AM - 5PM
Koffee Sales Daily Koffee Tasting from 9AM - 4:30 PM
(Closed Xmas Day, Boxing Day, New Years Day & Good Friday)



Pemandangan di sini sangat cantik dan udara nya sangat nyaman. Sejam juga lah kami habiskan masa di sini sambil minum kopi.

Destinasi seterusnya adalah Blue Boat House di 
Crawley Edge Boatshed (Blue Boat House)
Address: Swan River, Perth Western Australia, Australia
Hours: Open 24 hours


Perjalanan dari Swan Valley tidak mengambil masa yang lama. Hampir setengah jam perjalanan. Namun, untuk kami berfoto di hadapan Blue Boat House, tidak kesampaian disebabkan tiada parking berdekatan dan kami masing-masing sesat dan terpisah di dalam Kings Park dan Botanical Garden. Makanya, kami hanya melalui sahaja kawasan tersebut dan habiskan masa petang kami di Kings Park dan Botanical Garden. Cuaca sangat bagus, berangin, panas dan kering sejuk. Hampir 2 jam di dalam taman dan setelah berjaya berjumpa semula, kami teruskan perjalanan ke Masjid Perth untuk solat jamak.
Dah kene marah n kene gelak pakai attire macam nie, tak matching langsung. Ko tek eskrem :)))


Dalam perjalanan mencari Masjid Perth, kami tersilap jalan dan memasuki kawasan parking berbayar. Rugi AUD6 bila keluar dari parking tersebut. :)) Hari ini belajar navigasi di bandar Perth dan banyak yang kami belajar.

Tips memandu di Perth: Jalan di Perth terkenal dengan banyak bulatan sama ada bulatan kecil atau besar. Sekiranya di hadapan anda ada bulatan dan anda mahu ke kanan, pastikan anda berada di lane/laluan kanan. Tidak seperti di Malaysia, jika anda berada di laluan kiri, anda boleh juga ke kanan dengan memberi signal. Tetapi di sini, anda akan di hon dan pemandu di sini akan marah dengan anda. Sekiranya anda tidak bernasib baik, Polis akan menyaman anda dan samannya bukan murah - AUD400 (kalau tak silap la) sekali saman. Begitu juga dengan had laju. Jangan memandai mandai nak tunjuk hebat dengan memandu laju. Had laju yang paling laju saya pernah jumpa adalah 100km/h. Kebanyakan had laju di jalan biasa adalah 60km/h atau 80km/h. Nasib tidak baik, sekiranya anda melalui kawasan pembinaan atau pembaikan jalan atau berhampiran lampu trafik, had laju anda mesti dikurangkan kepada 40km/h. Yang ada masalah dengan kelajuan, bolehlah berlatih kesabaran anda di sini. :))


Perth Mosque -
Address: 427 William St, Perth WA 6000, Australia
Phone:+61 8 9328 8535

Tidak sukar mencari Masjid Perth. Sekiranya anda memakai GPS yang disediakan oleh syarikat penyewa kereta, pastikan anda memberikan alamat yang lengkap kepada GPS tersebut beserta dengan poskod. Anda pasti tidak akan sesat.

Masjid pertama kami di Perth. Alhamdulillah. Tercapai hasrat saya. Setiap kali keluar dari Malaysia dan berjaulah, antara tempat yang mesti dilawati di dalam itinerari adalah masjid. Kami habiskan masa di sini agak lama dan terus jamak maghrib dan isyak.

Keluar dari masjid, kami terserempak dengan sekumpulan pelajar Malaysia yang datang melawat Perth. Banyak duit student student nie. :)) Kalau dulu-dulu jauh sekali ada peluang untuk ziarah keluar negara disebabkan kekangan kewangan. Seterusnya, destinasi kami adalah Coles Supermarket, shopping barang sedikit.
Makan malam - muffin 100% vegetarian
Elizabeth Quay di waktu malam


Seterusnya kami ke Elizabeth Quay dan Bell Tower menikamati pemandangan waktu malam sambil makan malam. Cuaca pada malam itu sangat sejuk dan berangin. Dalam sejam kami habiskan masa di sana, dan seterusnya balik ke homestay.
Itinerari hari ini, Alhamdulillah tercapai hampir ke semuanya.
Setibanya di homestay, ada yang mandi, ada yang membasuk baju, ada yang menyediakan makan malam dan lain lain. Berbaloi sebenarnya jika kita mendiami homestay dan menyewa kereta sepanjang trip dan kita bebas untuk mengatur itinerari sendiri mengikut keselesaan kita.

Rehat dulu...namun saya juga yang ada masalah tidur. Dah 2 malam berturut-turut tak boleh tidur lena dan sudah seharian saya memandu. Esok perjalanannya lebih panjang dari hari kedua dan mata masih juga tidak mahu tidur.

Summary of Day 2:
"Travel has a way of stretching the mind. The stretch comes not from travel’s immediate rewards, the inevitable myriad new sights, smells and sounds, but with experiencing firsthand how others do differently what we believed to be the right and only way.” ― Ralph Crawshaw

No comments: