“Twenty years from now you will be more disappointed by the things that you didn’t do than by the ones you did do. So throw off the bowlines. Sail away from the safe harbor. Catch the trade winds in your sails. Explore. Dream. Discover.” – Mark Twain
"If you are not rich, Travel."~uark
“Travel is the only thing you buy that makes you richer.” ― Unknown
12 Mac 2017
Rancangan untuk ke Perth bersama rakan-rakan sekolah telah dirancang setahun lebih awal. Tiket penerbangan dibeli semasa promosi "free seats" dan itinerari dirancang berbulan-bulan sebelum tarikh penerbangan.
Masing-masing dah "excited" berbulan bulan lamanya. Nak tidur cepat sebab nak tarikh bermula trip tu akan semakin mendekat. Lucu....:)) Dalam masa yang sama sebelum pemergian, macam-macam dugaan menimpa bagi beberapa orang rakan-rakan saya. Alhamdulillah, ke-9 orang kami berjaya menjejakkan kaki ke bumi Kangaroo tanpa sebarang masalah besar.
Letih sebenarnya menguruskan pembelian tiket dan membuat kajian dan studi untuk itinerari ini. Ianya memakan masa dan tenaga serta initiatif yang tinggi untuk menjadikan trip ini, satu trip yang diingati dan dikenang sampai bila-bila. Penat dan lelah berbaloi, bila semuanya puas hati, gembira dengan perjalanan sepanjang trip.
* Untuk makluman, saya bukan travel agen, trip saya bukan trip yang menguntungkan saya. Ianya banyak menguntungkan kawan-kawan yang mengikuti trip yang dianjurkan oleh saya. Bagi yang ehsan, mereka akan membayar lebih dengan mengambil kira penat dan lelah serta masa yang telah digunakan untuk survey tiket murah, membeli tiket, buat kajian itinerary, mencari homestay / penginapan / kereta sewa yang murah yang boleh memuaskakn hati semua orang. Bagi yang kurang ehsannnya, mereka akan membayar harga yang diberitahu sahaja dan sedia maklum bahawa kos tersebut dikongsi bersama. Kalau anda seorang yang ehsan, bagi lah lebih kepada yang berusaha menjadikan trip dan percutian ke destinasi yang anda impikan dengan kos yang murah, lebih murah dari tawaran-tawaran pakej yang ada. Perlunya ada sikap ehsan, empathy dan give and take di dalam sesuatu perancangan lebih lebih lagi sekiranya anda travel bersama. Jangan jadi pengikut sahaja, mahu travel dan mahukan trip murah, tetapi kedekut tanpa memikirkan kesusahan dan kepayahan orang lain yang berusaha. Alhamdulillah, kawan-kawan dalam trip ini semuanya orang yang ehsan dan murah hati :D.
Day 1
KL - Perth
Flight D7 232 10.10am Airasia
Kos tiket penerbangan 2 hala dari Kuching - Kuala Lumpur = lebih kurang RM230 menggunakan perkhidmatan MAS.
Kos tiket penerbangan 2 hala dari Kuala Lumpur ke Perth = lebih kurang RM600 menggunakan perkhidmatan Airasia.
Kos luggage 25kg x 3 = 75kg = RM114 x 3 = dikongsi 6 orang. Ada yang travel light dan menumpang KG yang lain.
Kos luggage masing-masing sebanyak 25kg dari Perth ke Kuala Lumpur. Jumlah bagasi = 175kg untuk 8 orang.
Kos Inflight meal pergi dan balik = RM15 x 2 = RM30.
Kos Visa = RM20 seorang
Kos stok makanan berbeza dan ianya terpulang kepada individu masing-masing.
Tips: Sekiranya anda menempah tiket dari Airasia, dan sekiranya anda bercadang untuk shopping, beli terus bagasi untuk balik ke Malaysia kerana ianya lebih murah berbanding jika anda membeli berasingan. Jauh lebih murah. Makanan pula boleh dibeli berasingan kerana 1 meal hanyalah RM15 dan tidak jauh beza nya sekiranya anda membeli terus semasa menempah tiket penerbangan.
Memandangkan Airasia dah sangat strict dengan cabin luggage, kali ini kami cuba travel light. Ada yang membeli luggage secara kongsi memandangkan harga bagasi untuk International adalah sangat mahal. Kebanyakan kami berkongsi bagasi 25kg dan selebihnya membawa 7kg di tangan untuk bagasi kabin.
Saya tiba di KLIA2 sebelum jam 8 pagi. Sambil menunggu yang lain, wrapping beg makanan dulu. Kadar wrapping beg sekarang mengikut ketinggian beg dan haversack tinggi 60cm sekarang adalah RM21.20. Kos dibahagi sama.
Semasa di kaunter check in, lama jugak menunggu untuk check in semua beg. Dengan officer Airasia di kaunter yang kurang ramah dan mahal dengan senyuman, proses check in beg beg kami menjadi agak lama, sehingga terdengar pengumuman bagi check-in ke Perth ditutup.
Jumlah bagasi untuk 9 orang dikongsi adalah 75kg
Makanan di dalam haversack saya semuanya dimasukkan dalam kargo beserta beg beg yang lain.
Masuk ke ruang pelepasan international pun ditimbang beg nya walaupun kecil.
Penerbangan dari Kuala Lumpur ke Perth mengambil masa lebih kurang 5 jam 30 minit.
Sepanjang penerbangan, kebanyakan masanya kami tidur dan rehat.
Lebih kurang jam 350pm, kami mendarat di Perth. Melepasi imigresen adalah suatu perkara yang mendebarkan sebenarnya. Lama juga di imigresen dan disoal siasat dengan soalan-soalan yang biasa bagi pelawat.
Tiba ditempat bagasi, 1 beg pulak hilang. Buat laporan di kaunter bagasi pun dah mengambil masa yang lama, pegawai di kaunter kehilangan bagasi akan maklumkan mengenai bagasi yang hilang dan menghubungi saya sekiranya bagasi tersebut sampai di Perth. Semasa keluar dari tempat mengambil bagasi, kami perlu melepasi kaunter kastam. Nasib baik saya telah senaraikan semua makanan dan ubatan yang dibawa dan memaklumkan kepada yang lain untuk berbuat perkara yang sama. Kali ini kami bernasib baik kerana pegawai hanya melihat senarai makanan tersebut, scan beg tanpa penggunaan anjing polis seperti yang dialami oleh beberapa bloggers yang lain.
Untuk makluman, Airport Perth menyediakan ruang solat kepada pelawat Muslim untuk menunaikan solat. Bilik solat tersebut terletak di hujung kawasan booth kereta-kereta sewa bersebelahan dengan tandas.
Setibanya di luar kawasan ketibaan, Alvin dari Aries Car Rental menelefon dan memaklumkan agar kami menunggu di luar balai ketibaan. Beliau membawa kami ber-9 di pejabat Aries Car Rental berhampiran dengan airport Perth untuk urusan penyewaan kereta.
Kos sewa kereta bagi 5 hari penuh = AUD 704
(2 Kereta sedan 5 seater + 2 additional driver)
Bond bagi 2 kereta = AUD200 (Yang ini dikira murah juga selepas tawar menawar dengan owner yang baik hati). Biasanya Bond bagi 1 kereta sewa adalah sekitar AUD200 - AUD400 dan akan dipulangkan semula selepas tiada apa-apa kecacatan atau kerosakan pada kereta. Bond kereta perlu dicaj pada kad kredit dan anda perlu mengaktifkan kad kredit anda di sana. Cash bagi bond tidak akan diterima walau banyak mana pun cash AUD anda.
Tips: Sekiranya anda berhajat untuk menyewa kereta, dan sekiranya trip anda 5 hari atau lebih, adalah digalakkan untuk menyewa kereta sepanjang berada di sana kerana ianya lebih murah. Lebih lama anda menyewa, lebih murah kadar sewaan kereta tersebut.
Bond untuk 2 kereta aud100 x 2 buah = aud200
Solat sekejap di pejabat Aries Car Rental. Then heading to homestay.
Urusan di airport Perth selesai dalam masa 2 jam juga. Sekiranya anda tidak mempunyai masalah-masalah logistik seperti kami, urusan anda di airport mungkin akan mengambil masa lebih kurang sejam. Rancang masa anda dan juga sediakan masa kecederaan agar itineri trip anda tidak lari dari asal.
Dari Airport ke homestay mengambil masa lebih kurang setengah jam. Homestay terletak di kawasan Gosnells, luar bandar Perth. Sampai sahaja di homestay, tuan rumah sudah sedia menunggu.
Sedap sangat sangat. Terima kasih tuan rumah yang baik hati. :) |
Kami dihidangkan dengan lauk pauk dan nasi oleh tuan rumah yang baik hati. Tak terasa berada di luar negara bila berhadapan dengan layanan seperti ini. Tuan rumah menjamu kami dengan nasi + sambal hitam dari Pahang + kari ayam belanda + sayur brokoli dan kobis. Tak pernah pulak saya makan sayur-sayur yang segar dan rangup seperti yang dihidangkan. Ada juga yang bertambah-tambah nasi dan lauk pauknya menandakan semuanya sedap sedap belaka dan semuanya kelaparan.
Kepada yang tengah mencari homestay muslim di Perth, homestay ini sangat recommended walaupun jauh dari bandar Perth. Stesen keretapi hanya 5 minit sahaja dari rumah ini.
Kos Homestay untuk 6h5m bagi 9 orang = AUD240 x 5 = AUD1200 / 9 = AUD134 seorang untuk 5 malam. Kalau semalam jatuh pada kadar AUD27 dollar seorang untuk 1 malam.
Tips: Pro and kons nya tinggal di homestay. Pros = anda boleh memasak dan tidak ragu-ragu menggunakan semua peralatan disebabkan ianya Muslim Homestay. Anda boleh membasuh baju setiap malam dan ini secara tidak langsung akan menjimatkan ruang bagasi anda. Elakkan membawa banyak baju sekiranya anda mahu "travel light". Kons = disebabkan homestay terletak di kawasan perumahan, anda sangat sangat tidak digalakkan untuk membuat bising. Sekiranya jiran tetangga tuan rumah mendapati terdapat gangguan dan bising terutamanya pada waktu malam, jiran-jiran akan terus melaporkan kepada pihak berkuasa. Ada kebarangkalian tuan rumah akan menerima lawatan dari pihak berkuasa dan anda sekali kali tidak mahu dihalau dari rumah homestay tersebut kan? Sebab itulah setiap malam saya ingatkan kawan-kawan saya untuk "behave" dan tidak membuat bising apabila kembali ke homestay. Bukannya ingin menyekat keseronokan mereka bercerita, tetapi untuk menghormati jiran tetangga yang lain terutamanya pada waktu malam. Islam juga sangat-sangat menggalakkan kita agar sentiasa menghormati hak jiran tetangga. Sekiranya kita tidak mencerminkan akhlak yang paling senang itu, jangan salahkan mereka sekiranya yang bukan Islam memandang serong terhadap kita.
Selesai beramah mesra dengan tuan rumah, kami unpacking barang-barang terutamanya stok makanan sepanjang trip dan berehat untuk perjalanan yang panjang keesokan hari nya.
Masing-masing sudah tidak sabar menunggu esok, berjumpa dengan koala dan kangaroo. Esok dijangka "shower rain" sepanjang hari. Hmmm...sejuk la nampaknya esok :))
Summary of Day 1:
“When you travel, remember that a foreign country is not designed to make you comfortable. It is designed to make its own people comfortable.” ― Clifton Fadiman
No comments:
Post a Comment