21 March 2017

Travellingbie: Perth day 4

"Be brave, take risks and travel as nothing can substitute experience."~uark

Day 4 - Shopping time
“The real voyage of discovery consists not in seeking new landscapes, but in having new eyes.” ~ Marcel Proust

Malam ke-4, saya masih lagi tidak dapat tidur. Over excited ataupun over exhausted. Seawal pagi jam 4am, saya bangun untuk menghantar seorang rakan ke lapangan terbang Perth. Beliau balik lebih awal dari kami. Walaupun balik lebih awal, sekurang-kurangnya sempat menyertai trip kami pada kali ini.

Balik dari menghantar seorang rakan ke airport, kepala semakin berdenyut-denyut. Pagi nya, kepala saya masih pening-pening dan badan mula panas. Dari semalam lagi saya ingatkan semua untuk bersiap lebih awal dan bergerak pada jam 7 pagi. Solat subuh dulu dan tidur sekejap. Akhirnya dapat juga saya tidur sekejap. Jam menunjukkan hampir pukul 8 pagi. Risau juga sebab hari ke-4 ini perjalanan juga akan jauh dan lebih jauh. Cadangan itinerari untuk hari ke-4 adalah Margaret River - Busselton Jetty - Bunbury - Mandurah - Rockingham Beach.

Bila melihat saya tidak sihat, majoriti mencadangkan agar melawat tempat yang dekat-dekat sahaja dan mencari barang-barang yang telah lama diidamkan oleh sebahagian dari kami iaitu Corelle. Hari ke-4 kami ditukar dengan itinerari hari ke-5. Nasib baik flexible. Inilah kelebihan bila kita merancang itinerari sendiri. Boleh diubahsuai mengikut keadaan.

“I have found out that there ain’t no surer way to find out whether you like people or hate them than to travel with them.” ― Mark Twain, Tom Sawyer Abroad

Makanya...tema hari ke-4 ini adalah "Shop till Drop".

Destinasi 1 - kami ke Chemist Warehouse yang berdekatan dengan homestay untuk survey harga minyak wangi.

Destinasi 2 - pegi Westfield Cannington Albany Highway sebab dekat situ ada My Beauty Spot adik beradik Chemist Warehouse. Westfield ni adalah shopping complex. Lebih 2 jam jugak lah kami di dalam nie. Kalau boleh, semua nak borong. :)) dan yang paling gembira pada hari ini adalah Manager My Beauty Spot dan salesgirlnya kerana jualan pada hari ini mencecah ribuan dollar dan kami merupakan pelanggan yang tidak cerewet katanya. :))
Green Tea Elizabeth Arden nie memang murah, begitu juga dengan beberapa jenama yang lain.
Tips: Jangan lupa meminta sample perfume atau miniature dari salesgirl. Rugi kalau tak buka mulut. :))

Bila semua dah borong perfume, penuh la 1 troli. Kami bincang dan memutuskan untuk kembali ke homestay memandangkan lokasi agak dekat dengan homestay dan memikirkan kes pecah kereta di Perth pernah berlaku di sini dan juga pesanan serta ingatan dari pemilik kereta agar tidak meninggal barang berharga di dalam kereta. Di homestay, kami makan tengahari dan solat dulu. Selepas itu, kami teruskan ke destinasi shopping yang seterusnya.
Destinasi 3 - Big W memenuhi hajat orang yang mengidam Corelle. Lebih kurang 1 jam jugakla di Big W. Saya keluar dari Big W dan jalan-jalan melihat kedai-kedai yang lain. Akhirnya hajat dah kesampaian. Masing-masing yang dapat Corelle kesemuanya senyum puas hati. Corelle di sini agak murah berbanding dengan di Malaysia. Daripada AUD 59 dan ke atas, anda boleh mendapat Corelle yang cantik. Dan sekiranya bernasib baik, harga tersebut dikurangkan lagi dalam AUD10. Jam 5pm, kedai kedai di sini sudah tutup.

Destinasi 4 - Megabes Warehouse, Malaga.
Hari ke-2, saya telah menelefon pemilik megabes untuk membuat appointment datang ke gudang, namun pada hari ke-2 tersebut pemilik tersebut mempunyai temujanji lain. Bagi yang ingin ke Megabes Warehouse, anda boleh menelefon dan membuat temujanji untuk membeli cenderahati di gudang tersebut. Kali ini, pemilik Megabes bersetuju untuk melanjutkan tempoh masa buka di gudang. Sekitar jam 6.30pm, kami tiba di gudang. Barang-barang cenderahati sangat banyak dan lebih murah 10% dari kedai beliau di E-Shed Fremantle. Kami pula menghadapi kesukaran untuk memilih. Tuan punya kedai berasal dari Singapura dan sangat ramah dan sanggup melayan kami yang ramai ini. Beliau memberi kami masa selama setengah jam untuk memilih cenderahati, namun ianya berakhir dengan hampir 1 jam setengah. Dah tak tahu nak pilih apa, saya pilih barang-barang souvenir untuk keluarga terlebih dahulu, baru lah cenderahati yang lain. Total damage = AUD140. Nak menangis juga tengok jumlah untuk barangan cenderahati. Yang lain pun sama, tapi dah alang-alang sampai, belilah banyak sebelum menyesal. :))
Kalau dikumpulkan pembelian seramai 7 orang ni, mencecah ribuan dollar untuk cenderahati sahaja. :)) Terasa nak menangis bila dollar mengalir seperti air terjun. :)) Keluar dari Megabes dan masing-masing berpuas hati, kami teruskan perjalanan ke Coles. Nasib baik sempat sebab pergi ke Coles yang berhampiran. Pasaraya seperti Coles akan tutup pada jam 9 malam. Di Coles, ada pulak yang borong coklat, shortbread dan lain-lain. :))

Destinasi akhir kami adalah homestay. Alhamdulillah. Hari ini, masing-masing mendapat apa yang dihajati. Today, dream comes true for most of us :)

“Successful people never forget what they love to do and are passionate about. They quickly learn to follow their own path and to make the right choices, no matter how crazy or unpopular they might appear to others. Just look at Steve Jobs, founder of Apple, who quit studying at a prestigious university to pursue his dreams.” ― Nigel Cumberland, 100 Things Successful People Do: Little Exercises for Successful Living

Summary Hari 4:
“Write your dreams in journal,note book, card or on a cork. When you pen down your dreams, an a inner strength and divine power is activated for your to work towards the fulfillment of your dreams.” ― Lailah Gifty Akita

No comments: