Own only what you can always carry with you: know languages, know countries, know people. Let your memory be your travel bag. – Aleksandr Solzhenitsyn
Selepas makan malam yang sangat sedap, kami mula bergerak ke hotel untuk bermalam. Terima kasih kepada hos makan malam. Masing-masing puas hati dengan menu yang dihidangkan.
Malam kami di Hotel Transit Inn bersebelahan dengan hotel keluarga pengantin. Bolehlah sekiranya hendak berehat semalam di sini.
Hotel Transit Inn, ok ok sahaja. Saya bagi 1 bintang sahaja disebabkan ada beberapa insiden kurang menyenangkan di hotel ini.
“Adventure is a path. Real adventure – self-determined, self-motivated, often risky – forces you to have firsthand encounters with the world. The world the way it is, not the way you imagine it. Your body will collide with the earth and you will bear witness. In this way you will be compelled to grapple with the limitless kindness and bottomless cruelty of humankind – and perhaps realize that you yourself are capable of both. This will change you. Nothing will ever again be black-and-white.” – Mark Jenkins
Hotel sebelah, nampak lebih selesa. Yang ini JoJe Hotel Beach and Bar
Hotel sebelah. Ok lagi hotel ni dari hotel yang kami bermalam semalam.
Kami bermalam di Transit Inn - 2 kali blackout, pressure air yang sangat perlahan. Selimut yang mempunyai bau yang kurang menyenangkan, mungkin tidak diganti, aircondition yang kurang berangin dan sejuk. Ahaaaa.. Serba serbi kurang mengena. Mungkin tidak berapa dicadangkan untuk duduk di Transit Inn.
Transit Inn
Kalau bercadang untuk duduk di Senggigi, bolehlah mencuba semalam di JoJe Hotel 🏩. Malamnya meriah dengan muzik di pantai. Ada beach bar di sini. Sekiranya anda inginkan ketenangan, carilah hotel yang lain.
JoJe Hotel Beach and Bar
Selepas subuh, kami ke pantai. Ekspresi saya - pantai yang cantik dengan view yang sangat cantik, tetapi hampa.
Berpagi pagian di pantai |
Minum pagi kamek di Hotel JoJe. Sarapan yang sederhana, bolehlah untuk mengisi perut di pagi hari. Selepas sarapan, kami mengemas barang-barang dan check out. Dari Senggigi ke Bandar mengambil masa yang agak lama lebih kurang sejam. Bare in mind, lokasi di Lombok ini hampir semuanya jauh jauh dan anda perlu menyewa kenderaan untuk bergerak dari satu tempat ke satu tempat.
Sebelum bergerak ke Bandar, saya bersalam salaman dengan keluarga pengantin perempuan. Bersalaman dengan ibu pengantin, dia memeluk saya sambil berkata, "nanti jupe lagi deh. Kenduri pulak la lepas ni deh. InsyaAllah makcik sehat wal'aafiat buleh datang kenduri pulok."
Me - InsyaAllah makcik (sambil senyum...dalam hati menanges macam air terjun gamaknye...hahahaa)
Makcik makcik lain - lepas ni kamu pulak deh...
Me - aduh makcik, statement sensitip tu...hahahaaaan
Penerbangan balik ke Kuala Lumpur mengambil masa lebih 3jam 10minit. Sekiranya anda berhajat untuk ke Lombok, pastikan anda pergi dalam berkumpulan dan tempah tiket secara berkumpulan. Anda akan memahami maksud saya sekiranya anda pernah mengalami terbang ke Lombok seorang dan kapal dipenuhi dengan penumpang lelaki dari sana. Dan berhati-hati juga kerana mereka lebih berani jika sekiranya kita berseorangan. Don't do eye contact with them. Pengalaman yang boleh saya katakan ngeri bila memasuki kapal yang 95% nya adalah penumpang lelaki, duduk bersebelahan dengan mereka dan menghidu bau yang kurang menyenangkan serta ada yang cuba menjadi ramah mesra. Nasib baikla bawak perisai.
Selesai sudah tugas di Lombok. Balik kepada dunia sebenar...esok kerja. Harap harapnya dapat peluang lagi keluar dari dunia realiti bekerja. Bosss, mintak cuti satu bulan please. Nak jaulah mencari jiwa...
It's good to be ack home :) |
"Hok aloh...nak cari jiwa senang je. Tenung lama lama Quran tu, baca dan faham dan amal...semadi nya merenung fb, instagram, wassap, gambar orang dan yang lain lain. Kalau satu bende tu ngko tak de rezeki, banyak lagi benda benda lain yang jadi jambatan ke syurga. Jangan sibuk kejar 1 benda yang jadi rahsia Allah, benda benda lain yang banyak tu ngko keciciran tak buat..." - faham ke tak faham atau buat buat tak faham? Arasso!
Dengan ini #travellingbie menutup bicara jelajah singkat di #Lombok kali ini.
Sehingga jumpa lagi, InsyaAllah.
No comments:
Post a Comment