11 October 2016

Travellingbie : Part 1 Hari 2 di Palembang - Ringkasan Aktiviti Hari ke-2

Penatnya menulis...untuk hari ke-2 ini, saya buat ringkasan sahaja ye :)

1st pitstop
Breakfast di tepian jalan. Mee indomie dan cappucino
Seronok dengar bapak bercerita mengenai palembang, bahasa palembang, museum museum di sini, tempat tempat menarik, makanan, orang di sini dan kawasan kawasan sekitarnya
Kos berdua = Rp35k /2 = Rp17.5k seorang

1st and half pitstop
Bila breakfast macam tak cukup makan, ade la alasan untuk membeli Goreng gorengan. Orang di sini kreatif, ada jenis kuih seperti karipap tetapi intinya pisang :)), cekodok bawang pun ada dan tempe goreng memang sedap.
Kos = Rp12.5k /2 = Rp6.25k seorang

2nd pitstop = Pasar 16 Ilir
Peminat songket...bolehlah ke sini
Songket tenun tangan bersekali dengan selendang sekitar RM400++ sahaja, tapi saya tak belipun sebabnya kurang minat dengan songket.
Kos shopping:
- kain batek 1 Rp45k
- Avocado 1KG Rp20k

Kos berdua = parkir Rp10k / 2 = Rp5k seorang

3rd pitstop
Menyelusuri Sungai Musi. Cuaca panas bak ang dan canteq, Alhamdulillah
Kos naik sampan bot = Rp125k / 2 = Rp62.5k seorang. Kalau ramai maksima 4 atau 5 orang, lagilah jimat.

4th pitstop 
Memandangkan kami menaiki bot sampan, kami mengambil masa lebih kurang 30 minit ke 40 minit untuk sampai ke Pulau Kemaro. Pulau Kemaro ini merupakan pulau semulajadi di tengah sungai dan memiliki keluasan lebih kurang 24 hektar. Ajaib kan...bukan pulau jadian tau. Bagi yang ingin menaiki speedboat, harganya lebih mahal iaitu sekitar Rp400k sebelum tawar menawar.

Untuk mengetahui lagenda Pulau Kemaro, anda boleh lawat entri beberapa blogger di Internet : 
1) http://ceritarakyatnusantara.com/id/folklore/171-legenda-pulo-kemaro#
2) http://www.indonesiakaya.com/jelajah-indonesia/detail/kisah-tan-bun-an-yang-melegenda-di-pulau-kemaro
3) http://regional.liputan6.com/read/2494878/kisah-heroik-di-balik-keindahan-pulau-kemaro
4) https://go-stage.com/2015/07/27/pulau-kemaro-legenda-pulau-cinta-di-tengah-sungai-musi-palembang/
5) http://www.dongeng.web.id/cerita-rakyat-dari-sumatera-selatan-asal-muasal-pulau-kemaro.html

Selepas melawat sekitar pulau, kami berhenti rehat minum air kelapa sebelum meneruskan perjalanan balik ke tanah besar Palembang.
Kos air kelapa = Rp15k seorang
Parkir mobil = Rp5k /2 = Rp2.5k seorang

5th pitstop
Masjid Agung Palembang
Kos parkir = Rp4k / 2 = Rp2k seorang

6th pitstop
Pasar Cinde Palembang - antara pasar tertua di Palembang.
Kami lalu je
Kos = Gratis

7th pitstop tempat makan...baru teringat nak makan tengahari.
Makan tengahari - pelbagai menu pindang dan jus sirsak (jus durian belanda)
Sedap terutamanya sambal. Berselera makan sambal dengan ulam ulaman atau lalap. Selepas makan kekenyangan, terasa berat pulak nak jalan. Nasib baik lepas tu jalan jalan di museum. Bolehlah nak menurunkan makanan dalam perut.
Kos makan = Rp191k / 2 = Rp95.5k seorang (tak de murahnya makan di sini :)) )

8th pitstop
Museum kedua, tak berapa nak ingat nama
Di muzium ini terdapat replika rumah palembang yang dicetak pada wang Indonesia Rp10 ribu. Masa kami tiba di museum ini, sudah ditutup untuk awam memandangkan ada keraian / kenduri kawin. Makanya kami hanya meninjau ninjau di luar museum dan di kawasan sekitar museum yang terdapat replika rumah Linas dan contoh rumah yang terdapat pada matawang rupiah 10ribu.
Kos parkir = Rp5k / 2 = Rp2.5k

9th pitstop
Tapau frozen pempek (actually bukan frozen pun sebab baunya semerbak ja. Balik Malaysia kene masuk terus dalam freezer)
Ole ole untuk orang kampung. Ini je yang termampu di cari memandangkan musafirnya bukan shopping sakan. Tak tau la sempat ke idak tahannya sampai ke Disember. Semerbak je bau keluar dari kotak :))
Kos pempek sekotak ada 50 biji pempek = Rp100k
Parkir = Rp2k / 1 = Rp1k

10th pitstop - Masjid Cheng Ho
Alhamdulillah, kami sempat jemaah maghrib di sini. Masjid ni jauh jugak dari Kota Palembang dan disekitarnya terdiri dari rumah rumah yang besar. 
Tak besar manapun masjid Cheng Ho, tetapi senibinanya sangat mengagumkan. Sekiranya ke Palembang, jangan lupa ke sini.
Kos parkir = Rp2k / 2 = Rp1k seorang

11th Pitstop - Matahari Department Store
Apalagi, shopping la kan...tapi tak banyak pun sebabnya tak jumpa barang dihajati. Kawan saya pula memborong kosmetik Wardah. Terkenal jugak Wardah di Malaysia nie, barangnya berkualiti dan di sini memang murah, lebih murah dari jenama Silky Girl. :))

Last pit stop
Diner malam ni. Sebab dah lambat sangat nak pi makan kat kedai. Kami borong Roti Sari tetapi tak banyak ada di Alfamart atau di Indomart. Makanya, kami minta supir berhenti di kedua tempat untuk memborong roti tersebut sekiranya ada stok.
Aiskerim Magnum Tiramisu ni macam takde kat Malaysia

Palembang terkenal dengan pempek. Sekiranya ke Palembang, mesti cuba pempek. Ada lagi makanan yang lain. Setakat 2 hari penuh di sini, kami telah mencuba makan:

1. Pempek dan alpokat
2. Sate dan soto jalanan - sedap dan tak sakit perut pun. 
3. Nasi uduk, mee indomie dan cappucino di gerai tepi jalan untuk minum pagi pada hari kedua
4. Air kelapa Pulau Kemaro
5. Nasi pindang dan pelbagai lauk serta air jus sirsak. Yang ni mewah la sedikit sebab dah lapar dan mengidam pindang. Banyaknya makan tengahari tadi sampai kenyang sehingga ke malam
6. Roti sari...berebut masing masing memborong roti sari. Tapi tiap kali masuk Alfamart atau Indomart, tinggal sikit ja
7. Aiskerim Magnum Tiramisu
8. Buah limau tempatan

Martabak Har tak dapat nak makan sebab tak larat nak makan supper. Avocado kami beli juga untuk di bawa balik. Sikit ja pun sebab tak beli luggage. 

Kos bagi keseluruhan musafir di Palembang, kiralah sendiri dari entri Part 1 sehinggalah hari ke-2 :)
Bagi yang berminat untuk ke Palembang, jangan teragak agak. Anda mungkin akan menemukan sesuatu yang baru dan berguna untuk dipelajari atau diteladani.

"Clear blue sky - I left my heart up there." - uark

Bagi penerbangan ke Palembang, hanya ada 1 penerbangan sahaja dari Airasia. KL - Palembang penerbangan pagi. Palembang - KL juga penerbangan pagi dengan menaiki pesawat yang sama dari KL.

Kalau dikira jumlah keseluruhan kos di Palembang selama 3h2m, kurang dari RM500. Semakin ramai anda dalam kumpulan, anda boleh jimatkan kos transportasi, parkir, bot ke Pulau Kemaro dan mungkin juga makan.

Kos asas adalah ::
1) Tiket penerbangan 2 hala bagi seorang = RM180;
2) Kos hotel untuk 2 malam. Kami menginap di Red Planet Palembang dengan kos RM172 untuk 2 orang bagi 2 malam;
3) Kos transportasi + supir + petrol (tidak termasuk parkir) untuk 3h2m = Rp1 juta;
4) Kos parkir terpulang berapa banyak anda berhenti ke sesuatu tempat;
5) Kos makan juga terpulang, berapa kali anda makan dan di mana? Kos makan pula lebih kurang sama dengan Malaysia;
6) Kos membeli belah juga terpulang kepada anda. Bagi peminat songket, memang banyakla belanja nanti. Sekiranya anda mencari Mukena / Telekung sama ada mukena travel atau sebalilknya, anda akan kecewa seperti saya....hahahaaa. Telekung agak mahal di sini dan saya tidak jumpa telekung dijahit di Palembang. Fesyen fesyen baju sedikit outdated kecuali di gedung Matahari.

Sekiranya ada kesempatan lagi untuk ke Palembang, boleh terus ke Lahat. Bagi yang meminati alam semulajadi, Lahat merupakan tempat yang sesuai kerna terdapat beberapa kawasan air terjun, tasik yang cantik dan juga Gunung Dempo.

Mas supir kami sangat bagus dan sporting (2 thumbs up). Dia cadangkan makanan lokal kepada kami. Makan di gerai jalanan tetapi sedap dan pandai tawarin untuk destinasi yang memerlukan bayaran seperti bot ke pulau kemaro dan tawarin di Pasar 16 Ilir, Matahari Department Store tak boleh la nak tawar menawar. Yang berminat untuk menggunakan perkhidmatan supir Mas Ari, bolehlah PM saya ye :)

“To my mind, the greatest reward and luxury of travel is to be able to experience everyday things as if for the first time, to be in a position in which almost nothing is so familiar it is taken for granted.” – Bill Bryson

7 comments:

Anonymous said...

Salam ..boleh saya tanya tentang supir..klu boleh dpt contact no.dia..tq

Anonymous said...

salam ..boleh pm no Supir

0162132738
Thanks

Unknown said...

Salam..boleh pm no pak supir.Terima ksh
012 3622187

Unknown said...

Salam. Boleh pm no supir ke 0193400107

Unknown said...

salam.. boleh pm no supir ke 0132871800.. terima kasih

Anonymous said...

salam, boleh pm no supir ke 0133955380

Unknown said...

emailkan saya no phone supir