Movie review ~ Sekiranya anda ingin memahami tugas kerja seorang yang bekerja di pelantar minyak, tontonilah Deepwater Horizon, filem yang diadaptasikan dari kisah benar yang berlaku pada tahun 2010. Mengisahkan tragedi pelantar minyak Deepwater Horizon yang terletak di Teluk Mexico yang mengalami kebakaran dan ledakan api yang berpunca dari minyak mentah yang tersembur keluar dari perut bumi
Ianya juga mengisahkan perjuangan pekerja pekerja di pelantar minyak Deepwater Horizon dalam usaha menyelamatkan diri mereka dan rakan rakan yang lain
Cinematografi nya ternyata nampak real / nyata dan latar bunyi yang memberi kesan efek yang mana seolah olah kita berada di atas pelantar tersebut. The closeup mengenai keadaan pelantar memahamkan kita serbasedikit bagaimana pelantar bekerja dan berfungsi. Melalui filem ini, kita bakal menyaksikan serba sedikit tugas pekerja di pelantar minyak.
Bukan senang uiii....
Dari mula mula menaiki helikopter sehinggalah bertugas di pelantar, risiko kematian yang dihadapi adalah tinggi.
Penyelenggaraan dan pemeriksaan yang rapi dan teliti terhadap peralatan dan mesin mesin yang digunakan sangat penting di dalam memastikan semuanya berfungsi dengan baik. Aspek keselamatan amatlah penting bagi mengelakkan kejadian kejadian yang tidak diingini berlaku. Kesilapan yang dianggap kecil atau dipandang ringan mungkin boleh mengakibatkan kerugian yang besar. Begitulah nasib yang menimpa Deepwater Horizon.
Terima kasih kepada semua pekerja2 yang bekerja di pelantar minyak di mana sahaja anda berada.
Film yang dibintangi oleh Mark Wahlberg, Dylan O’brien, Kurt Russell, Kate Hudson, John Malkovich, telah ditayangkan di Malaysia pada penghujung bulan September. Filem ini sesuai ditonton oleh pelbagai lapisan umur.
{Maaf di atas kecelaruan bahasa yang digunakan}
No comments:
Post a Comment