"Let's find some beautiful forest to get Lost." ~ unknown
Taman Negara Gunung Gading ini, terletak di daerah Lundu, lebih kurang 2 jam perjalanan dari bandaraya Kuching. Taman Negara ini merupakan habitat tumbuhan yang terbesar di dunia iaitu Rafflesia.
Taman Negara Gunung Gading mempunyai beberapa trek yang menjadi pilihan pelawat. Trek Rafflesia, Trek air terjun dan trek puncak gunung gading. Kebanyakan pelawat memilih untuk melihat Rafflesia apabila tiba musimnya. Musim Rafflesia mengembang dan berbunga mekar adalah dari November sehingga Disember. Taman Negara Gunung Gading juga merupakan salah satu tempat yang terbaik di Asia untuk melihat bunga Rafflesia berkembang.
Dari bandaraya Kuching ke Lundu mengambil masa lebih kurang 2 jam. Jam 730 pagi kami bergerak dan singgah minum dahulu di Teh Tarik. Sekitar jam 1030pagi, kami tiba di Taman Negara Gunung Gading dan bersiap siap untuk mendaki.
Kami ke sini pula, memilih trek air terjun ke-7 sahaja untuk kali ini. Gunung Gading memiliki ketinggian 906m dari aras laut. Dari air terjun ke-7, ada kira kira 1 jam setengah lagi untuk sampai ke puncak.
Dari pejabat taman negara ke Air Terjun 1, kami mengambil masa lebih kurang 15 minit pendakian yang landai. Bermula dari air terjun 1 sehinggalah air terjun 7, ianya memakan masa selama lebih kurang 1 jam. Trek hutan yang landai dan sekali sekala mencanak, sesuai untuk pendaki baru yang berjinak jinak dengan pendakian.
Sepanjang pendakian, anda akan mendengar bunyi bunyian binatang hutan yang berada di sekeliling anda, kicauan burung dan unggas menemani sepanjang perjalanan anda sama ada ke air terjun atau ke puncak.
Setiap tempat ada sejarahnya dan di air terjun 3 ini ada lagendanya. hmmm...patutlaaa :)) |
Kami tiba di air terjun 7 lebih kurang 1 jam setengah pendakian. Sambil makan bekalan yang dibawa dan menikmati keindahan alam serta bunyi segar air terjun selama setengah jam, kami mulakan pendakian turun pada jam 1230pm. Airnya sangat sejuk dan nyaman :)
Hajat di hati nak sampai ke puncak. Maybe next time around, insyaAllah misi ke puncak pula.
Sikit lagi nak sampai ke puncak :)) |
Semasa turun, kami singgah di kawasan Rafflesia membiak. Kami bernasib agak kurang baik memandangkan Rafflesia berkembang hanya sekitar November.
Kami tiba semula di Pejabat Taman Negara pada jam lebih kurang 130pm. Stretching kaki, rehat sekejap dan kami teruskan perjalanan ke kampung Lundu untuk solat dan makan ais kacang yang khabarnya terkenal di Lundu. Selepas menikmati ais kacang, kami ke gerai kerepek dan makanan tempatan di Lundu untuk dibawa pulang sebagai ole ole.
Perjalanan pulang juga mengambil masa lebih kurang 2 jam dengan kepenatan. Yang penatnya sebab perjalanan pergi dan balik yang jauh. Sekiranya anda berhajat untuk mendaki Gunung Gading, anda boleh menginap di kawasan chalet dan resort sekitar Sematan. Sematan memang terkenal dengan kawasan pantai yang cantik. Apa salahnya kan, "killing 2 birds in 1 stone." :))
Eksplorasi kali ini, santai santai sahaja. Pun begitu, lenguh jugak tulang lutut mendaki sejauh lebih kurang 3.5km pergi dan balik. :))
“This life is yours. Take the power to choose what you want to do and do it well. Take the power to love what you want in life and love it honestly. Take the power to walk in the forest and be a part of nature. Take the power to control your own life. No one else can do it for you. Take the power to make your life happy.”
― Susan Polis Schutz
No comments:
Post a Comment