05 October 2016

Travellingbie : Flight Hunting Using SkyScanner

"You don't have to be rich to travel the world. You just have to be creative and work to make it happen."~uark

Ada yang tanya saya, "Macamana boleh dapat tiket murah?"
Ada jugak yang mengata dengan nada sinis, "Ngko senang la, kerja mengadap komputer. Bila bila boleh curi curi masa intai intai tiket murah."
Macam -macam lagi lah...tak perlu nak cerita dekat sini.

Walaupun anda seorang yang sibuk sangat, (kononnya...sampaikan tiket flight nak melancong pun orang belikan), lepas tu berkira atau bayar cukup cukup ja, tanpa mengira kos kawan anda yang tolong belikan tiket tersebut dan belum lagi kos masa dan "implicit cost" yang timbul seperti kajian bagi perancangan jadual sepanjang trip tersebut dan lain lain lagi itu, anda sebenarnya boleh melihat dan merisik risik tiket murah di hujung jari anda sendiri. 

Apa yang perlu anda lakukan adalah = instal aplikasi Skyscanner atau Traveloka atau yang sewaktu dengannya.

Saya lebih suka menggunakan SkyScanner. "Interface" yang mesra pengguna sama ada anda menggunakan komputer ataupun telefon bimbit anda.



Boleh mencari penerbangan di mana sahaja yang paling murah pada bulan bulan tertentu.

Tidak perlu menempah 6 bulan sebelum atau setahun sebelum seperti dulu dulu kerna, saya perasan sejak kebelakangan ini, promosi tiket murah walaupun tidak semurah ketika promosi "0 Fare", tiket 2 hala bagi penerbangan ke destinasi tertentu masih lagi murah.

Apa yang penting: 

Pastikan anda tahu "Low Season" dan "Peak Season" untuk menyenangkan pencarian tiket murah anda

"Find"- tentukan tarikh atau bulan yang anda ingin mengembara atau menjelajah.

Muka depan Skyscanner - anda tetapkan destinasi "dari" anda dahulu. Kemudian tetapkan destinasi "To" tersebut kepada "Ëverywhere" sekiranya anda ingin melilhat destinasi mana yang paling murah. Kemudian, tetapkan bulan atau tarikh yang anda ingin mengembara / melancong tersebut. Selepas itu, klik butang "Search Flifhts". Takkan itu pun tak tahu kot. :))

Cubalah "Flexible Destination" dan jelajahlah tempat baru untuk mengembangkan pengalaman dan dunia anda.

Selepas anda klik butang tersebut, anda akan dipaparkan kepada pilihan destinasi dari yang termurah hinggalah yang paling mahal. Tentu sahaja lah, destinasi ke Malaysia yang paling murah :D



Sekiranya anda klik ke destinasi Indonesia, ianya akan senaraikan tiket 2 hala yang paling murah. Untuk bulan November 2016, tiket 2 hala ke Palembang la yang paling murah..."Palembang lagi....":))



Sekiranya anda tahu destinasi mana yang mahu di tuju dan bulan apa, anda boleh memilih seperti contoh di bawah. >> Pilih From: Kuala Lumpur >> Pilih To: Hong Kong >> Pilih Depart: Anda boleh memilih tarikh spesifik atau mengikut bulan atau "Cheapest month".


Tiket Penerbangan KL - Hong Kong pada bulan January 2017


Senarai harga mengikut hari sepanjang bulan Januari 2016. Anda boleh memilih view melalui Calendar atau Chart. Bagi saya, Calendar view lebih senang dan mempercepatkan keputusan sama ada beli atau tidak. :))


Pilih tarikh 5 - 7 Januari 2017. Ada berani??? :))

Setelah anda memilih tarikh bagi destinasi anda, klik Show Flight >> dan ianya akan membawa anda kepada semua senarai pilihan yang berkaitan dengan penerbangan tersebut. Ada 1050 pilihan waktu penerbangan + airlines untuk anda pilih. Biasanya, saya akan pilih tambang penerbangan yang paling murah. :D
Setelah anda memilih, klik "Select" dan Skyscanner akan membawa anda kepada laman web syarikat penerbangan tersebut seperti Airasia, VietnamJet Airline, Malaysia Airline, Malindo Airline dan sebagainya, atau Skyscanner akan cadangkan anda menempah menggunakan perkhidmatan ke-3 seperti tertera di bawah. Itupun sekiranya anda percaya kepada laman web tersebut.

Harga mungkin akan berubah dari semasa ke semasa. Jangan expect yang harga bagi tarikh dan penerbangan yang anda cari itu akan kekal. Anda buat carian jam 2.30 petang, harga mungkin akan berubah pada jam 3.00 petang, sekiranya destinasi yang anda pilih itu merupakan destinasi hangat.

Sekiranya anda tidak boleh lagi membuat keputusan sama ada membeli atau tidak tiket penerbangan tersebut, ciptalah / create PRICE ALERT. Price Alert ini akan di e-melkan kepada anda sekiranya terdapat perubahan harga pada destinasi yang anda inginkan itu. Tetapi, bersedialah untuk menerima e-mel berkaitan di kotak e-mel anda dari semasa ke semasa.

Selamat mencuba dan semoga berjaya.
Bagi yang ingin melancong tetapi mempunyai banyak alasan...anda tidak akan ke mana-mana. Usaha adalah atas diri anda sendiri. Anda berusaha, InsyaAllah ianya akan berjaya. Anda ingin menjelajah dunia, berusahalah ke arah itu. Cobalah untuk tidak bebankan orang lain demi kesenangan anda. Jelajah dan mengambil ibrah untuk menjadi hamba yang lebih baik, itulah yang sebaik baiknya. :)

No comments: