Indecisive Boss - whatever the excuses, employees hate such leaders. A poor decision can be corrected, but indecisiveness is fatal.
Macamana nak hadapi boss yang tak boleh buat keputusan nie, dan lebih teruk lagi bossing around, bagi arahan itu tak boleh, ini boleh, itu tak boleh buat dan sebagainya tanpa ada ilmu mengenai perkara berikut:
- Perkara paling utama adalah diri kita sendiri. Kalau boss dah macam tu, kitala nampaknya yang kene fleksibel. Bukan bermaksud kita kene angguk angguk dan setuju dengan tindakan boss kita. Fleksibel di dalam menerima keputusan, ada "backup plan". Kalau boss tak setuju, kita buat cara lain. Kalau boss tak boleh nak putuskan atau takut nak bagi kelulusan, kita gunakan kaedah lain yang sesuai. Yang penting kita sendiri kene fleksibel dan panjang akal dengan cara yang bersesuaian dan tidak melanggar peraturan pejabat. - "Only flexible chameleons will succeed with the most difficult bosses."
- Kalau masih tak boleh jugak dan boss tak bagi keputusan jugak walaupun tarikh program dah dekat sangat, tawarkan cadangan yang lain. Kadang-kadang boss ni, dia tak nak menjerat leher dia sendiri, dia seboleh bolehnya nak selamatkan diri dia dahulu (selfish tahap dewa) sebelum dia selamatkan orang lain di bawah dia. (berdasarkan pengalaman)
- Tanya jugak boss, kenapa? - Tapi bila kita dah selalu tanya "kenapa", boss akan jawab "You are in no position to ask why." Haaa...masa tu la kita tau kita ni siapa. Masa tu la kita tau, boss kita sebenarnya sokong atau tidak fungsi kita di pejabat. Tapi bila Internet tak berfungsi, e-mel tak boleh akses...menggagau jugak cari kita. Bila dah macam tu, kita tahu la ilmu ICT boss kita di tahap yang mana.
- Kalau dah tak boleh sangat, boss tak ada keputusan selepas kita berusaha untuk yakinkan dan bagi alternatif, redha je la dan buatlah tugas tugas harian tu seperti biasa. Kalau dah tak tahan sangat dengan perangai boss, mintak aje la tukar ke tempat lain. Itupun kalau boss tandatangan surat sokongan atau surat kelulusan pertukaran. Kalau boss tak setuju dan lagi teruk tanpa komen apa-apa, redha jugaklah dan carilah alternatif untuk sisihkan perasaan "frust", marah dan macam macam lagi sebab dapat boss macam tu.
Kita pekerja ni kene ingat, teruk macamana boss anda, dia tetap "boss". There are boundaries between you and him/her.
Perlu juga ingat - "Don't challenge them directly about something- indecisive people can make terrible decisions when put on the spot, especially if they feel like they have to save face. You don't want to have an example made of you to accommodate someone's incompetence."
Boss ni ada ego yang tinggi. Dah namanya boss kan. Walaupun kadang kadang dia buat decision yang salah, dia tak akan mengaku yang dia buat silap. Kalau ada boss yang mengaku kesilapan dia, boss macam tu yang patut kita respect dan hormat.
Jawatan dan pangkat yang tinggi, tidak melambangkan kematangan fikiran. Bagi yang menjawat jawatan tinggi - senior manager dan ke atas, apatah lagi jawatan perkhidmatan tinggi, kene tahu bahawa anda sebagai boss merupakan pemudah cara, bukannya menyusahkan anak buah anda dengan kerenah anda. Kalau ekspetasi anda kepada pegawai pegawai di bawah seliaan anda itu tinggi dan anda expect mereka tahu semua, ketahuilah bahawa yang di bawah seliaan anda juga punya ekspetasi yang tinggi terhadap anda. Kalau anda seorang penyelia bahagian Sumber manusia, ICT, Kewangan dan Teknikal, anda sebagai boss pun kene tahu semua benda yang berkaitan dengan ke-empat empat bidang tersebut.
No comments:
Post a Comment