"Holding a grudge doesn't make you strong; it makes you bitter. Forgiving doesn't make you weak; it sets you free."
"Maafkan saya", "I'm sorry", "Sorry, my mistake", "Ampunkan saya"...antara perkataan maaf yang sangat berkuasa.
Hebatnya kuasa meminta maaf. Hati orang yang sedang marah boleh jadi sejuk, yang nak menengking dan berbunuh-bunuhan barangkali tidak jadi hendak menumpahkan darah.
Perkataan "Saya minta maaf.", amat hebat kesannya pada orang yang dibuat salah. Daripada marah, tidak jadi marah, terus cooling down.
Hebat juga pada yang meminta maaf, kerna berjaya menurunkan ego sehingga sanggup memohon maaf. Pun begitu, yang memohon maaf itu, tidak sekali kali akan turun darjat maruahnya kerana, kesanggupan orang yang meminta maaf itu membuatkannya semakin tinggi darjat kerana dia mengakui kesalahannya.
Bagi yang berbuat salah, minta lah maaf.
Beberapa kali saya mengalami insiden di mana yang bersalah, tidak mahu meminta maaf, bahkan kita pula yang meminta maaf terlebih dahulu, walaupun mengetahui bahawa yang lebih layak meminta maaf adalah pihak yang lain.
Ayat tak biasa = "OK, maklum. Kalau puan anggap saya tidak bagus, puan boleh cadangkan saya untuk ditukarkan ke tempat lain."
Ayat luar biasa = "saya akui kelemahan saya dan saya minta maaf. Saya akan cuba untuk meningkatkan prestasi kerja saya."
Ayat biasa = "boleh tak tunjukkan bangunan ini di mana?"
Ayat luar biasa = "maafkan saya, boleh tak tunjukkan bangunan ini di mana?"
Memaafkan buat kali pertama adalah perkara biasa. Memaafkan setiap kali orang yang sama berbuat onar, adalah perkara yang luar biasa.
Daripada Anas bin Malik r.a. Katanya, “Aku mendengar Rasulullah s.a.w. Bersabda - Allah SWT berfirman: ‘Wahai anak Adam, sesungguhnya apabila kamu berdoa kepada Ku dan mengharap daripada Ku, Aku ampunkan dosa-dosamu dan aku tidak peduli. Wahai anak Adam! Jika dosa-dosamu mencapai awan di langit kemudian kamu mohon keampunan daripada Ku, Aku ampunkan dosa-dosamu. Wahai anak Adam! Sesungguhnya jika kamu datang kepada Ku dengan dosa-dosa yang memenuhi bumi kemudian engkau datang berjumpa dengan Ku tanpa menyekutukan Ku dengan sesuatu, maka Aku datang kepadamu dengan keampunan sepenuh bumi’.” [HR. al-Tirmizi]
Setiap hari tanpa kita sedar, kita akan ada melakukan dosa, sama ada dosa fizikal atau dosa hati. Setiap kalil solat itulah kita memohon keampunan, ditambah lagi dengan Istighfar. Barangkali disebabkan kita terasa hamba, kita memohon maaf dan keampunan kepada Yang Maha Mencipta. Dosa yang sama kita lakukan berulang ulang kali, Allah itu Maha Pengampun. Memohon ampunlah setiap masa selagi kita masih bernyawa.
Barangkali juga disebabkan level kita sama sesama manusia, yang bukan maksum kecuali nabi-nabi, kita berasa susah untuk memohon maaf sesama manusia. - itulah Ego kita. Makanya, turunkanlah ego kita, dan mohon maaflah sesama manusia.
Semoga kita jadi hamba pemaaf
Sepertimana Allah sentiasa memaafkan hamba-hamba-Nya, beruasahalah kita menjadi hamba pemaaf.
Semoga Allah redha
Allahul musta'aan
No comments:
Post a Comment