Perihal Pajak dan Cukai. Pesanan kepada semua para pemimpin dan wali-wali penjaga negara.
"Pajak dan cukai hendaklah dipandang dan diperhatikan baik-baik. Cukai adalah untuk mententeramkan negeri, tetapi bisa juga mencelakakan kalau tidak terpikul oleh rakyat. Cukai adalah sumber dana untuk kemuliaan Islam, meluaskan kehidupan ahlinya, meneguhkan daripada serangan musuh, dan bagi orang yang ingkar akan perintah Tuhan. Sebab itu, hendaklah bagi-bagikan dia kepada ahlinya dengan hak, keadilan, persamaan dan pertimbangan yang umum. Jangan dihindarkan cukai negeri dari seorang bangsawan lantaran pengaruh hartanya. Jangan pula dari juru tulismu atau dari sahabat dan pengiringmu. Jangan diambil lebih dari yang dapat dipikulnya, jangan diberatkan sesuatu yang tidak akan terpikul. Banyak hitungan tetapi tidak terbayar, tidaklah ada gunanya."
Berapa banyak cukai yang kita ada? - cukai pendapatan, cukai pintu, cukai tanah, cukai perkhidmatan, cukai barangan, cukai.....
Yang masih belum mengisi eFiling, anda masih ada masa lagi sebelum didenda kerana tidak menjalankan tanggungjawab sebagai rakyat :)) Selamat membayar cukai :)
No comments:
Post a Comment