Benarlah hidup ini untuk diuji. Diuji imaan, diuji sabar, diuji payah, diuji sakit fizikal dan juga mental, diuji masa, diuji senang, diuji riak, diuji macam macam lagi. Hari ini saya diuji...mentally down, physically down. Bila dua dua dah down, sakit-sakit cepat je merasuk ke dalam salur darah. Mudah mudahan tidak berjangkit ke imaan. Allahu yusahhil😢
Bila kita diuji, bagaimana penerimaan kita itulah yang penting.
Diuji dengan tolakan demi tolakan sampai kita fedup, bosan, frust, stress, marah, geram dan lain lain lagi. Masa itulah iblis mencucukkan jarum halus nya. Manusia selalu terpedaya walau betapa dia rasa dia kuat menahan segalanya. Bila dah berperasaan sedemikian, tindakan kita pasti diluar kawalan. Kadang kadang cuba untuk berlagak positif, "it's for your my own good", selalu juga saya rasakan own good itu melampaui batasan. "it's for my own good or it's for your own interest good???".
Sebelum diluar kawalan, carilah seseorang untuk kita luahkan perasaan kecewa, marah, frust, dsb nya itu. Jangan disimpan. Bak kata boss saya, "don't hold your grudge. It's not good for you".
Bila muhasabah diri balik selepas kejadian siang tadi, ya benar...saya rupanya seorang pemendam, simpan dalam hati perasaan kecewa, marah dsb. Susah nak percaya seseorang untuk meluahkan isi hati yang terpendam...simpan lama lama dalam kompartmen sehinggalah suatu hari nanti ianya terbuka dan sudah terlambat untuk memperbaiki luka tersebut.
Mungkin Tuhan mahu mengambil perhatian saya. Mungkin juga sedeqah belum cukup untuk merawat jiwa yang luka. Mungkin juga Tuhan mahu saya memberi lebih perhatian kepada-Nya lebih dari segala yang ada di muka bumi. Tinggalkan kerja tersebut. Terimalah seadanya. Pasrah dan redha. Bila mati nanti, ada sahaja pengganti yang akan menggantikan kerja kita. Life goes on after my death. Everything goes on...dan manusia mula akan melupakan siapa saya bila saya telah mati nanti.
Yang tinggal...amal soleh. Banyak manalah amal soleh yang telah dikumpulkan sepanjang hidup. Mudah mudahan timbangan kanan lebih berat dari timbangan kiri. Semoga Allah berbelas kasihan memberi hamba ini akhiran yang baik dengan syurga. Allahumma Aameen. Doa saya juga untuk semua.
#selfreminder
#selfreflection
#muhasabahdiri
#peringatanbuatdiri
No comments:
Post a Comment