Budi Orang Yang Memegang Pemerintahan - semakin membacanya, semakin takut untuk memegang sesuatu kuasa atau pangkat. Setiap bait pesanan pada setiap perenggan menggerunkan dan menggetarkan perasaan.
Bacalah intipati bab 4 ini - salinan surat seorang pemegang Pemerintahan iaitu Taher bin Husain, pahlawan perang dan pemerintahan yang amat masyhur di zaman Khalifah al-Makmun, kepada anaknya Abdullah supaya dia menjadi wali negeri di Riqqah dan Mesir.
Surat tersebut bersifat peribadi dari seorang ayah kepada anaknya tentang memerintah, namun kita dapat juga mengambil faedah daripadanya baik raja, menteri, orang tertinggi, rakyat biasa, kaya raya atau miskin.
Seruan pertama kepada anaknya yang bakal menjadi wali atau ketua, adalah "Hendaklah engkau taqwa kepada Allah yang Maha Esa dan Maha Kuasa, tiada syarikat bagi-Nya. Hendaklah engkau takut kepada-Nya anakku dan hendaklah engkau muraqabah kepada-Nya dan singkirkan segala yang menyebabkan murka-Nya. Peliharakan olehmu rakyatmu siang dan malam...."
Itulah pesanan pertama seorang ayah kepada anaknya - taqwa kepada Allah dan seterusnya memelihara rakyat yang akan berada di bawah jagaannya...kerana kelak dia akan kembali kepada Allah, akan berdiri di hadapan-Nya dan akan ditanyakan segala tingkah laku yang dikerjakan...
Tanggungjawab seorang yang bernama pemimpin itu berat, seumpama menanggung bongkah gunung paling tinggi di dunia. Itupun belum tentu lagi dapat ditanggung.
Namun, lucunya manusia kerna berebut-rebut dengan jawatan, pangkat yang tinggi sehinggakan tanpa malu bertanya2 Bila lagi mahu dinaikkan pangkat, ada juga yang sanggup menjatuhkan orang lain. Selepas mendapat jawatan yang diidamkan, berbangga bangga pula dengan jawatan tersebut seolah olah mendapatnya dengan usahanya sendiri, sedangkan semua perencanaan itu tidak akan berlaku jika tidak dengan keizinan Allah swt. Manusia tidak akan mempunyai nilai apa apa jika bukan dengan kehendak-Nya.
Lucu juga bila seorang lelaki dengan bangganya mencapai status suami, walhal Tanggungjawab seorang pemimpin bernama suami itu sangatlah berat, bukan hanya hebat memberi nafkah batin kepada isterinya, tetapi juga hebat di dalam menyantuni isteri dan anak2nya, memberi nafkah fizikal memenuhi keperluan keluarga, menjadi imam di dalam setiap Solat bersama keluarga, berlemah lembut di dalam pergaulan, berhemah di dalam menegur kesalahan isterinya, menutup aib dan menjaga maruah keluarganya. Namun, sayangnya tujuan hidup berkeluarga mengikut sunnah sering diabaikan. Jadilah keluarga tersebut mempunyai pemimpin yang cacat dan rosak jiwanya sekaligus mencacatkan perkembangan jiwa dan iman keluarganya.
No comments:
Post a Comment