Transformation is a process, and as life happens there are tons of ups and downs. It's a journey of discovery - there are moments on mountaintops and moments in deep valleys of despair.~Rick Warren
Kami sampai di hostel lebih kurang jam 130pm. Kemas bag, solat dan sebagainya, kami tinggalkan rooftop deck hostel dan mula bergerak ke Stesen Bas Victory Liner pada jam 210pm. Kos teksi untuk 4 orang = PH207. Tiba di Victory Liner jam 240pm.
Kami sampai di hostel lebih kurang jam 130pm. Kemas bag, solat dan sebagainya, kami tinggalkan rooftop deck hostel dan mula bergerak ke Stesen Bas Victory Liner pada jam 210pm. Kos teksi untuk 4 orang = PH207. Tiba di Victory Liner jam 240pm.
Di Manila, perjalanan yang hanya beberapa KM akan mengambil masa hampir sejam, disebabkan trafik yang teruk. Kalau anda ke Manila, lebih baik anda berjalan kaki sekiranya tempat yang dituju berdekatan dengan tempat anda menginap. Jangan stress dengan trafik di Manila. Kalau ada stress dengan trafik di KL, di Manila, anda akan bertambah-tambah stress :))
Jam 4pm, dengan doa, kami mulakan perjalanan ke Baguio dengan bas ekspress. Bas ekspress selesa dan 3/4 dari bas tersebut dipenuhi dengan team kami. Konfiden sikit nak naik bas ni sebab ade insuran :))
Perjalanan dijangka mengambil masa selama 6 jam. Walaubagaimanapun, kami sampai di Baguio jam 1130 malam. Walaupun bas ekspress, ianya tidak melalui highway yang biasa dilalui. Entah jalan mana-mana la yang bas ni lalu. Bas berhenti di beberapa RnR, dan kami berhenti rehat di salah satu RnR yang agak besar. Tiada apa yang boleh dimakan kecuali jagung rebus dan maggi vege...masing-masing dah kelaparan. Makan sahajalah apa yang boleh dimakan asalkan halal. :)). Damage kos untuk jagung = PH30
Life is short and we have never too much time for gladdening the hearts of those who are travelling the dark journey with us. Oh be swift to love, make haste to be kind.~Henri Frederic Amiel
Tiba di Baguio jam 1130 malam, masing-masing muka dah lesu dan lapar. Nasib baik guide kami bekalkan nasi beriyani segera untuk semua orang. Perjalanan yang lebih mencabar menunggu kami selepas ini, menaiki Jeepney selama hampir 4 jam untuk ke Kabayan dan seterusnya mendaki Gunung Pulag, InsyaAllah.
Inilah jeepney yang akan membawa kami ke Renjer Station, National Park nanti. |
Day 3 ~ jam 1215am, kami bergerak ke Kabayan dengan harapan semuanya berjalan dengan lancar.
Focus on the journey, not the destination. Joy is found not in finishing an activity but in doing it.~Greg Anderson
Focus on the journey, not the destination. Joy is found not in finishing an activity but in doing it.~Greg Anderson
No comments:
Post a Comment