09 February 2016

Travellingbie : Day 2 : Coastal Bus Terminal - Bas Ramping - Jeepney - Taal Volcano Island Tagaytay City - Manila City - Hostel

" And then i realize, ADVENTURERS are the best way to learn."~uark
"Sometimes it's the journey that teaches you a lot about your destination."~Drake

Day 2 kami bermula pada jam 3 pagi. Gigihnya seawal pagi nak kene bangun, dengan kurang tidur, kurang rehat, mata dah jadi mata panda dan seharian tidak mandi bagi some of us :)). Jam 3 pagi jugaklah tiba-tiba hujan turun. Yang tidur beratapkan langit, dan tidur mati, sedar-sedar dah basah. Yang sedar hari dah hujan pulak, terlupa dengan yang tidur beratapkan langit :)) Ampunnnn :))

Lebih kurang 3.50pagi, ketujuh-tujuh kami memulakan perjalanan.  Dari hostel, kami ambil keputusan untuk menaiki bas sahaja memandangkan tidak semua yang sanggup untuk menaiki teksi ke Coastal Terminal. Kami ditemani Mark, Local guide yang bersama kami sejak dari semalam, dan semasa krisis terjadi. 

Hostel ke perhentian bas mengambil masa lebih kurang 15min. Kagumnya dengan Manila, seawal pagi pun bas masih ada. Rupa-rupanya bas di sini 24 jam bekerja dan beroperasi. Orang Manila ni tak tidur ke? :)) Tambang bas ke Coastal Terminal = PH20. Saya tak berapa nak ingat, bas yang mana yang kami gelarkan bas ramping. Rasanya bas yang ini. Disebabkan ruang tengah antara tempat duduk sangat sempit, semasa hendak keluar dan turun dari bas, kami terpaksa merampingkan diri untuk meloloskan diri keluar dari bas. Bagi yang kecik tiada masalah, bagi yang rangkanya besar (kononnya :)) ) agak bermasalah untuk keluar dari bas tersebut. Di awal pagi pun bas penuh!

4.15am - kami tiba di Coastal Terminal dan mula menaiki bas untuk ke Tagaytay. Akan tetapi memandangkan perjalanan mengambil masa lebih 2 jam dan dikhuatiri kami tidak sempat subuh setibanya di sana, kami turun semula dari bas tersebut dan berehat di bilik menunggu sementara menanti subuh.
540am selepas solat subuh, kami menaiki bas ke Tagaytay. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 2 jam. Sepanjang 2 jam tersebut, masing2 mengambil peluang untuk qada' tidur :)). Tiada pemandangan dapat dilihat pada awalnya memandangkan hari masih lagi gelap. Lebih kurang jam 750am, kami sampai di bus terminal. Kos tambang bas = PH220. Setiba di Tagaytay, kami menaiki Jeepney pulak untuk ke Tasik Taal. Kos PH10

Entrance fee masuk = PH50
Setibanya di sana, pengunjung masih belum ramai lagi memandangkan masih awal pagi. Sambil berjalan menikmati pemandangan, kami sembang-sembang dan ada yang makan-makan. Awal pagi dah lapar, nasib baik bawa sedikit bekalan. Kami tidak sempat untuk menjelajah sekitar tasik volcano tersebut memandangkan masa agak terhad. Lebih kurang sejam kami habiskan masa di sana dan kemudiannya meneruskan perjalanan balik ke Manila. Malas nak cerita panjang-panjang...nikmatilah pemandangan sekitar tasik tersebut :)
Morning around the Lake
















Keluar dari kawasan tasik tersebut, kami mengambil keputusan untuk menaiki Tricycle memandangkan agak lama juga kami menunggu jeepney yang tak kunjung tiba. Menaiki tricycle ini agak adventure. 1 tricycle boleh memuatkan 5 sehingga 10 orang katanya. Kami berlima yang disumbatkan di dalam 1 tricycle dah rasa sesak dan sempit, inikan pula nak dimasukkan 5 orang lagi. Tricycle ini merupakan motosikal beca yang ada di Tagaytay. Seorang dikenakan caj sebanyak Ph20. 3 orang di dalam beca dan 2 orang lagi di belakang pemandu. Dengan jalan yang berbukit bukau, pengalaman menaiki Tricycle ini tidak dapat dilupakan bila mana pemandu membuat cornering, corner baring. Sakit punggung pun ada masa tu :)))

Kami singgah sebentar di 7Eleven untuk mengalas perut. Nasib baik ada hot chocolate dan roti yang halal. Jam 10 pagi kami menaiki bas ekspress untuk kembali semula ke Manila memandangkan jam 2 petang kami akan bergerak keluar dari hostel untuk ke Stesen bas Victory Liner ke Baguio. Nak balik ke Manila pun rasanya lebih kurang 3 jam memandangkan jalan akan diramalkan sesak teruk.

Total damaged kos keseluruhannya = PH670 termasuk semua pengangkutan dan belanja di 7Eleven plus P.E.N.A.T plus P.U.A.S.H.A.T.I :))

"Do the difficult things while they are easy and do the great things while they are small. A journey of a thousand miles must begin with a single step."~Lao Tzu

No comments: