12 February 2016

Travellingbie : Day 3: Penantian Itu Memang Suatu Yang Menyiksakan ~ Kabayan - Mount Pulag Campsite 2 - Camping Site

"In every walk with nature, one receives far more than he seeks."~John Muir

Day 3 - hari kami menunggu-nunggu dan Penantian itu sesungguhnya suatu penyiksaan! dan juga....hari ini kami belajar SABAR :))

Ingatkan orang yang sedang dilamun cinta dan menunggu cintanya berbalas sahaja yang seksa, kami yang tidak pasti nasib bagaimana ni rupanya menanggung seksa yang sama.

"I see my path, but I don’t know where it leads. Not knowing where I’m going is what inspires me to travel it."~Rosalia de Castro

"Somewhere between the bottom of the climb and the summit is the answer to the mystery why we climb."~ Greg Child
Johnny yang setia menanti kedatangan kami. Disebabkan cuaca sangat sejuk...sekejap-sekejap Johnny baring dah tidur bergulung :))
Kami sampai di Kabayan - Renjer Station sekitar jam 430 pagi. Semua tengah bersemangat untuk mendaki Gunung Pulag. Selepas makan-makan, solat subuh dan kemas-kemas mana-mana yang patut, kami memang dah bersedia untuk hiking. Walaupun tidak berjaya untuk hiking melalui Akiki Trail, hiking melalui Ambageng Trail pun dah rasa syukur. Sekurang-kurangnya bagi aku, takde la suffer nak kene melalui trek yang panjang dan mencanak.

Kami dimaklumkan oleh guide, kene tunggu porter bersedia  untuk membawa haversack kami yang mengambil uipah porter. Saya la salah seorangnya. Dengan usia sekarang ni, perkhidmatan porter ketika mendaki sangat-sangat diperlukan. Kudrat dah tak segagah 20 tahun yang lepas. Kalau dulu, gigih lagi nak bawa haversack seberat 20kg :))

Local guide kami memaklumkan sekitar jam 7 pagi baharulah dapat confirm boleh bergerak ataupun tidak. Dan kami menunggu lagi di dalam kesejukan sambil foto shooting di kawasan sekitar.

Dekat sini dah sejuk sangat, boleh bayangkan sejuknya di Campsite 2 nanti. Dari jam 5pagi, kami menunggu sehingga jam 7 pagi, namun bayang nak naik tak kunjung tiba lagi. Masing-masing dah resah dan ada yang semakin tidak sabar dan mula berkata-kata dan marah. Kami dimaklumkan Renjer bertugas tidak memberi kebenaran kepada group kami untuk mendaki dan camping di Campsite 2. Sebelum ini ada kes kematian di Campsite 2. Pendaki lokal mati di situ dimaklumkan disebabkan hyporthemia. Sejak dari itu, renjer di taman negara ini sangat strict dengan kemasukan grup-grup apatah lagi untuk bermalam di Campsite 2. Kami juga dimaklumkan seramai lebih 200 pendaki sedang berkhemah di campsite 2 dan kemungkinan kami tidak mendapat tapak khemah juga agak tinggi. Hairan jugak dengan "arrangement" untuk grup kami ini. Tak tahu nak percaya yang mana. Namun, saya percaya...ada hikmah besar disebalik kejadian yang berlaku!
layan feeling-feeling menghiburkan hati di sebelah Jeepney
Jam 9 pagi, belum dapat kebenaran untuk mendaki.
Jam 10 pagi, masih belum mendapat kebenaran untuk mendaki...
Masing-masing dah marah dan terasa ditipu...saya?...nak marah pun tak guna dalam keadaan macam ni, sabar je la. Biarkan guide local dan guide kami selesaikan masalah tersebut. Sambil menunggu dan menunggu, kami makan-makan, foto-foto, makan-makan dan terus makan. Sejukkkkk...sebab tu cepat rasa lapar :))

1 group lagi, dah hampir meletup...actually dah meletup dah pun. Macam-macam ekspresi keluar. :)) Mereka membuat keputusan untuk hiking ke puncak dan turun semula pada hari yang sama, tidak bermalam di mana-mana campsite. 

The battle of life is, in most cases, fought uphill; and to win it without a struggle were perhaps to win it without honor. If there were no difficulties there would be no success; if there were nothing to struggle for, there would be nothing to be achieved.~Samuel Smiles

Tegang jugak keadaan kami pada masa itu. Penduduk tempatan juga hairan kenapa kami tidak mendaki lagi sedangkan hikers yang lain telah mula turun. Cuaca semakin panas walaupun angin bertiup sangat sejuk.
Campsite kami yang serba humble :))
Selepas berlaku beberapa drama-drama, dan perbincangan antara local guide, guide kami dan ketua-ketua kumpulan, masing-masing sepakat untuk berkhemah di bawah, berhampiran dengan pondok renjer. Bagi yang mahu menikmati Sunset, akan mula trekking tengahari lebih kurang jam 1 petang dan yang mahu menikmati sunrise, akan mula trekking sekitar jam 1230 pagi.

Sebelum itu, guide kami mula memasak bagi mengurangkan stress kami. Dalam keadaan yang stress dan tertekan ini, kalau perut diisi dengan makanan, psikologinya...akan dapat mengurangkan kemarahan tersebut. hehehee...betul ke teori tu? Nasib baikla guide dan penganjur kami panjang akal, sediakan makanan sebelum kami mula trekking nanti.

Setelah khemah dibina, masing-masing kami meletakkan beg di dalam khemah dan mula menyiapkan diri untuk mendaki. Badan dah penat, mental lagi penat...tapi, knowing that climbers never rest, itulah semangat yang kami ada sekarang ini untuk menawan puncak Pulag.

1230pm - briefing
Layannnn....View memang Superb, MasyaAllah!



1pm - kami mulakan perjalanan. Perjalanan yang bermula dari bawah untuk memasuki hutan awalnya amat memenatkan. Cuaca panas dan sejuk berangin kuat membataskan perjalanan kami untuk tidak pecut ke puncak. Kalau pecut dan laju tu memang carik nahas sebenarnya sebab, akan ada kemnugkinan diserang AMS. Untuk mengatasi perasaan penat dan pancit tersebut, masing-masing kami mengambil sedikit masa untuk sesi foto sambil menikmati keindahan alam semulajadi.

2pm - saya sampai di Camp 1 dan selepas itu akan bermulalah perjalanan melalui Mossy Forest
320pm - saya sampai di Camp 2. 5 orang dari kami termasuk local guide, Mark mengambil keputusan untuk lepak-lepak di Camp 2 sahaja sehingga Sunset walaupun Campsite 2 ke puncak hanya mengambil masa sejam dengan pace yang normal. Kalau pace saya hampir 2 jam kot :)) . Masa yang ada itu, kami ambil kesempatan untuk sembang2, kenal2 dan foto session. Dengan cuaca yang sangat baik, angin yang kuat dan sejuk sangat-sangat, saya tidak dapat bayangkan betapa sejuknya keadaan di sini pada waktu malam. Boleh mati kesejukan macam nie. Cuaca di bawah 10 degree. Pemandangan di Campsite 2 sangat cantik. Di sini juga ada disediakan Restroom...jangan tak percaya, atas gunung pun ada tandas tauu :))





Sekitar jam 530pm, kami mula bergerak turun memandangkan hari semakin gelap. Momen-momen bersama menikmati matahari terbenam di sini sangat indah dan menyenangkan. Hilang segala penat lelah hasil dari tragedi-tragedi yang kami hadapi sebelum sampai di kaki gunung ini. Pergerakan turun kami semakin laju dan sekitar jam 7 malam, kami tiba di camping site.

Malam nie terpaksa mandi sebab dah seharian tak mandi. Air mandian di sini mengalahkan air ais, boleh sejuk beku macam nie. Selepas mandi, saya terus masuk ke khemah dan tidur. Dah tak lalu nak makan sebab sejuk sangat. Nasib baik ada kurma yang dibawa dari Malaysia. Walaupun di dalam khemah, dan sudah masuk dalam kepompong sleeping bag, kesejukan terasa sehingga ke tulang sum sum dan malam itu....saya demammmm :))

Jam 1230am nak kene bangun semula dan naik semula untuk mencapai puncak...hati dah berbelah bahagi dah....penatttt nya. Takpe, tidur dulu. Awal pagi nanti baru fikirkan semula. :))

“Climb if you will, but remember that courage and strength are nought without prudence, and that a momentary negligence may destroy the happiness of a lifetime. Do nothing in haste; look well to each step; and from the beginning think what may be the end.” 
― Edward Whymper, Scrambles Amongst the Alps

No comments: