Another way to spend your long holidays by exploring the recreational Park around you.
Taman Bukit Kiara is nearly 17km from my house. It is not near actually :)). But, since i've been here once, itupun masuk trail run tahun lepas, maknanya tak de la lagi pusing-pusing satu taman secara keseluruhannya.
Dari semalam lagi nak pegi, tapi misi mencergaskan diri gagal :))
Pagi ni, berjaya juga akhirnya :))
Taman Bukit Kiara terletak di Bukit Kiara, TTDI Kuala Lumpur. Dengan pembangunan KL yang pesat, Taman Bukit Kiara menjadi tumpuan pencinta alam, pencinta kesihatan, cyclers, joggers untuk riadah dan melakukan aktiviti hujung minggu mahupun harian.
Tempat letak kereta terdapat di luar taman dan sekitar kawasan perumahan di sekelilingnya. Tiada bayaran dikenakan. Anda akan melalui pondok kawalan yang pertama di pintu masuk taman. Taman ini mempunyai beberapa laluan - laluan basikal, laluan hikers dan laluan jalan tar bagi pejalan kaki dan pelari. Trail menaik 45 degree, menurun sedikit dan seterusnya menaik sehinggalah anda melepasi pondok kawalan yang kedua. Dari pondok kawalan ke-2, terdapat beberapa laluan pilihan. Saya melalui laluan terus (jam 12) dalam bulatan yang besar, menaik dan laluan tersebut berakhir di pondok kawalan ke-2. Kelihatan anak sungai Pencahala sepanjang trek tersebut.
Lain kali, boleh cuba laluan basikal dan hiking di dalam hutan pula. Memandangkan taman ini sedang dinaiktaraf, hati-hati apabila berjalan, dikhuatiri terpijak paku dan sebagainya.
Overall, it's a good hike and exercise. Next time around, boleh cuba trail hiking untuk pengalaman lebih mencabar :)
No comments:
Post a Comment