Seminggu sebelum ekspedisi - perasaan masih ragu-ragu lagi nak pegi, berat nya tak nak pegi. Pemeriksaan kesihatan masih belum dilakukan lagi, duit belum ditukar lagi kepada currency Peso, barang-barang tak packing lagi. Perasaan berat tak mahu pegi, lagipun training tak cukup padu sehingga menyebabkan perasaan berbelah bahagi. Takut nanti menyusahkan rakan-rakan yang lain, bila dakiannya nanti lambat dan lembap. Macam-macam perasaan ada. Yang nak akad nikah pun rasanya tak sebegini perasaannya.
The group members ramai nya yang tak sabar menunggu trip ini bermula. Saya masih lagi sibuk dengan kerja-kerja di pejabat yang tak habis sampai bila-bila. Tiba pada hari terakhir di pejabat pun masih belum dapat keputusan tepat sama ada untuk meneruskan trip ini ataupun tidak. Walaupun hari-hari terakhir tu telah pun membuat pemeriksaan kesihatan, menukar duit kepada Peso dan mula packing, perasaan masih lagi berbelah bahagi, sehinggalah jam-jam terakhir sebelum melangkahkan kaki keluar dari rumah.
My friends keep on asking wheather i'm going or not...yang itupun saya tak boleh nak bagi jawapan yang pasti, sampaikan the last day before the trip pun masih tak boleh nak bagi jawapan.
And then, i realize...the moment of indecision is the moment that your hope and dreams are destroyed. I want to go, but something else stop me. Perasaan yang takut tidak sampai ke puncak, takut jika injured, takut jika tak mampu untuk treking dalam keadaan yang luar biasa sejuk berbanding dengan treking gunung-gunung di Malaysia, takut bila tak cukup training...Ya, perasaan-perasaan takut tersebut menguasai diri sehingga berfikir macam-macam kemungkinan negatif.
Apalagi mengetahui, trail yang akan dihadapi nanti merupakan "The Killer Trail" - kami akan melalui Akiki Trail yang sangat panjang, 60 - 70 degree slope selama 3h2m. Kami dimaklumkan bahawa pemandangan sepanjang perjalanan ke puncak Gunung Pulag melalui Akiki Trail merupakan perjalanan yang panjang dengan pemandangan yang sangat indah. Hati dah kecut, perut pun dah kecut, perasaan semakin kecut untuk tidak meneruskan trip ini... :-)) Sebelum kami sampai di Renjer Station pun sudah mengambil masa berbelas jam, dengan menaiki bas ekspress selama lebih kurang 7 jam dari Manila ke Baguio dan menaiki Jeepney dari Baguio ke Kabayan yang mengambil masa selama lebih kurang 4 jam. Dengan rehat yang sedikit, tidak cukup tidur dan mungkin juga tidak cukup makan, akan mengurangkan tenaga kami masing-masing sepanjang pendakian. Takut.....
Ya, takut itu memusnahkan!
Saya harus menguasai perasaan takut tersebut, teruskan dengan trip ini dan hadapi semuanya dengan tabah :--)). Seorang survivor tidak akan mengaku kalah, apatah lagi bila anda bergelar Climber! walaupun sudah terasa seperti mahu pencen dari mendaki gunung... :--))
Laporan pemeriksaan dah selesai, duit Peso pun dah tukar, beg besar dan beg kecil dah siap packing, semuanya dah siap sedia. Semuanya dah siap, cuma mental dan fizikal sahaja yang tak siap lagi.
Tawakkal tu 'alAllah, Dengan Bismillah dan doa, saya mulakan perjalanan, dengan harapan mental dan fizikal dapat bertahan dan menahan segala cabaran dan dugaan sepanjang perjalanan. "The mountain is calling, and i must go."
"In a sense everything that is exists to climb. All evolution is a climbing towards a higher form. Climbing for life as it reaches towards the consciousness, towards the spirit. We have always honored the high places because we sense them to be the homes of gods. In the mountains there is the promise of... something unexplainable. A higher place of awareness, a spirit that soars. So we climb... and in climbing there is more than a metaphor; there is a means of discovery." — Rob Parker.
No comments:
Post a Comment