Day 1:
Seawal jam 330am, loceng jam di HP berbunyi. Rasa nak tido balik.
4am - bertolak dari rumah ke Putrajaya Sentral, dengan awal Bismillah, saya teruskan perjalanan.
450am - menaiki tren ke KLIA2. Memandangkan masih di awal waktu dan geng se-trip belum sampai lagi, saya rehat dan makan awal pagi dulu di Plaza Premium Lounge.
Kos ERL Putrajaya ke KLIA2 = RM8.50
540am - Agak-agak dah kenyang sedikit, keluar dari lounge dan terus menuju di tempat pembungkusan. Haversack nak kene bungkus bagi mengelakkan beg tersebut rosak. Lagipun, walking stick kalau tak dibungkus, ada kemungkinan akan tercicir. Panjang pulak Q di tempat pembungkusan ni. Saya perasan dari dalam tren lagi, ada 1 grup yang seperti saya, membawa haversack dan menuju ke KLIA2 juga. Barangkali sama-sama juga hendak ke Manila, mendaki Gunung Pulag.
630am - kak farid sampai ke tempat wrapping. Untuk 3 haversack, kos wrapping = RM45.00. Nampaknya bukan tempat letak kereta sahaja yang naik harga, wrapping pun naik harga. Kos wrapping = RM15 seorang. Selepas selesai wrapping, kami menuju ke tempat drop baggage. Nasib baik sempat lagi nak drop bag memandangkan jam sudah melebihi jam 7 pagi. Semasa di tempat beg, jupe lagi yang lain, - ieta, dib dan izwan. Yang lain mungkin sudah masuk ke balai pelepasan. Masa nak timbang beg, rasa berat jugak beg, lebih kurang dalam 10kg. Beg mie, lebih dalam 16kg. Maknanya dah lebih 1kg. Timbang sekali lagi, beg aku dalam 9kg lebih dan beg mie dalam 16 kg. Cukup-cukup 25kg. Selamat duit! Selesai sudah kes luggage, kami teruskan perjalanan ke balai pelepasan dan segalanya berjalan dengan lancar. Alhamdulillah. Boarding gate kami di P1, sementara menunggu kapal tiba, kami singgah minum kopi dulu barang secawan dua, dah janji dengan k.farid nak belanja kopi sebab tolong habiskan air sebelum sampai di pintu scanning kawalan keselamatan :)).
Kos minum pagi = Latte RM8, Long Black RM7 dan Green Tea RM6.30
Sambil lepak-lepak menunggu panggilan penerbangan, kami didatangi oleh 2 orang team lagi, Abg Din dan Abu. Farah, Ieta dan Dib, kemudiannya datang dan minum bersama kami. Sembang-sembang dulu, ta'aruf dan kenal-kenal agar sepanjang perjalanan kami nanti tidak berasa kekok.
8am - 815am, panggilan ke Manila mula kedengaran. Penerbangan ke Manila dengan AK582 diteruskan. Kali ini, seat saya 22E, ditengah-tengah pulak. Dah la perjalanan mengambil masa hampir 4 jam. Keras kejung duduk di tengah-tengah. :)) dan perjalanan dimulakan dengan doa agar segalanya berjalan dengan lancar sehinggalah kapal mendarat. Di dalam kapal, dah order siap-siap makanan. Menu = nasi dagang RM15. Hampir 4 jam penerbangan, akhirnya kami sampai di Manila pada jam 12.30 tengahari.
12.30pm - Kapal mendarat. Urusan di imigresen juga berjalan dengan lancar, Alhamdulillah. Setibanya di Lapangan Terbang Ninoy Aquino Terminal 3, kami disambut oleh Azwan selaku penganjur. Bergelandangan sekejap sementara menunggu member yang paling akhir sekali sampai dari KK pada jam 140pm. Team yang telah sampai awal pagi semalamnya pun sudah berada di airport. Masa yang ada digunakan untuk kenal-kenal dengan sebahagian team yang akan sama-sama mendaki Gunung Pulag, sambil-sambil tu, charge hp dan selesaikan urusan-urusan yang lain.
Fellowship of Mount Pulag kali ini terdiri dari ~ me, mie, kfarid, ieta, dib, farah, nija, ali, abg din, abu, syah, izwan, jared, jan, ashraf, aidil, ian, nasir, ninie, beth, faiz, kalis....kalau ade nama-nama yang tertinggal tu, minta maaf lah ye :))
Van dari airport ke Mall Of Asia perlu dibayar sendiri. Kos PH150 seorang. Jam 2pm kami bergerak ke MOA dan sampai lebih kurang jam 3pm. Trafik di Manila merupakan trafik yang paling teruk sekali di Asia. Kalau trafik jem dekat KL pu dah tak sabar, inikan pulak trafik di Manila. Silap haribulan boleh cepat mati disebabkan stress. Setibanya di MOA, kami simpan beg dulu, dan kemudiannya makan petang dan malam di Martabak Indo/Malay Halal Food. Makanan kali ni, Set Nasi Beef Rendang dengan kos PH189, lebih kurang RM18.90. Cafe ini mungkin juga merupakan satu-satunya cafe yang diyakini halal di kawasan MOA. Selepas masing-masing selesai makan, kami mula explore MOA barang sekejap, membeli minuman dan makanan untuk bekalan di dalam bas dan sepanjang perjalanan malam nanti. Kos shopping = PH172
Perjalanan selepas ini akan lebih menarik...dan macam-macam dugaan. Tungguuuuu
Hiding in the Mountain Range
© Kaitlyn Hughes
Peaceful words flow in and out,
inside,
outside,
all about,
wondering over the waves and foam
searching and looking for a new home
as the sun sets
the moon shall rise
never leaving gaps
in the mountains ties
where the water meets the mountain
and the mountain meets the sky
the words will flow,
like the ocean waves,
like the clouds above,
like the ground below
in the mountain range.
Echo
No comments:
Post a Comment