Bila orang tidak boleh nak bezakan antara keperluan dan kepentingan ICT, masalah ICT dan bukan ICT, jadilah seperti senario-senario lucu seperti di bawah:
- Seminar Teknologi yang memberi pendedahan teknologi terkini dan memberi pertambahan ilmu kepada kakitangan tidak diluluskan walaupun tiada kos bagi makan minum peserta.
- Teknologi termasuklah membetulkan microphone di bilik mesyuarat yang tidak berfungsi disebabkan punca kuasanya tidak di "switch on".
- Teknologi juga bermaksud memanggil orang IT bila komputer bermasalah tidak berfungsi dan didapati, cable longgar.
- Teknologi bererti sentiasa memastikan Internet berfungsi 24 jam supaya pengguna datang kerja pagi-pagi boleh menonton drama K-Pop, Bollywood di Youtube atau mana-mana media streaming.
- Teknologi juga diartikan bahawa pengguna mendapat komputer terbaru dan pencetak seorang satu di meja masing-masing walaupun sebenarnya komputer boleh dipakai sehingga rosak dan pencetak boleh dikongsi bagi menjimatkan kos operasi. Bila tak dapat pencetak seorang 1 unit dan terpaksa berkongsi dengan yang lain, hampir setiap hari "harrass" orang IT, padahal peruntukan kewangan di bawah kuasa orang lain. Akhirnya bagi statement kejam, "nak mintak printer baru, mintak la duit dekat kewangan. No money no talk. Sekarang ni, kene survive dengan sumber yang ada dan kongsi pencetak dengan yang lain".
- Orang IT kene sentiasa ada kelihatan di pejabat. Bila pencetak dan peralatan ICT ada masalah, senangla nak minta tolong. Senang la yang selalu buat kerja last minit untuk memastikan kerja-kerja yang memerlukan sentuhan magik seperti cetak laporan 5 minit sebelum mesyuarat bermula dapat dicetak dengan jayanya. Bukannya orang IT yang dapat kredit pun, yang cetak last minit tu la dapat pujian dari boss.
- IT IS ONLY A TOOL - memang benar-benar diaplikasikan. IT bukanlah satu keperluan penting di dalam kerja seharian. Tapi yang lucunya, dalam kehidupan seharian, telefon bimbit itulah umpama nyawa kedua.
"The number one benefit of information technology is that it empowers people to do what they want to do. It lets people be creative. It lets people be productive. It lets people learn things they didn't think they could learn before, and so in a sense it is all about potential."~Steve Ballmer
1 comment:
Loving the info on this site, you have done great job on the blog posts.
Post a Comment