Salam Syawal
Hari ini masuk hari ke-10 Syawal. Semalam masih ramai yang beraya dan menziarahi kaum keluarga, sahabat handai dan rakan taulan.
Perut pun masih lagi tegang, penuh dengan makanan.
Hari ni, setelah sekian lama bercuti lebih kurang 3 minggu, saya mula bekerja. Bekerja dengan hati yang kacau sebab dah rasa seronok tidak melalui tekanan kerja yang mendesak. Itu pun masa cuti, diganggu juga dengan rakan sepejabat yang memerlukan perhatian.
Hari pertama bekerja, terasa lemau-lemau lagi. Hari ni juga saya mula mengisi borang permohonan cuti untuk penghujung bulan hadapan... :)) Dari semalam lagi saya terpaksa set minda bahawa esok adalah hari bekerja. Dan bekerja untuk kelansungan hidup serta tambahan ibadah kepada ibadah-ibadah sedia ada.
Kene set kan minda sebegitu rupa. Kalau tidak, hari pertama bekerja, kita akan habiskan masa dengan sia-sia.
Allah swt berfirman yang bermaksud: "“Demi masa! Sungguh manusia benar-benar dalam kerugian, kecuali yang beriman, mengerjakan kebaikan, dan selalu saling menasihati dalam kebenaran dan kesabaran!” QS. 103:1-3.
Nabi Muhammad saw. juga sering mengingatkan akan pentingnya mengisi waktu sebaik-baiknya, seperti dalam hadits:
اِغْتَنِمْ خَمْسًا قَبْلَ خَمْسٍ : شَبَابَكَ قَبْلَ هَرَمِكَ وَ صِحَّتَكَ قَبْلَ سَقَمِكَ وَ غِنَاكَ قَبْلَ فَقْرِكَ وَ فَرَاغَكَ قَبْلَ شَغْلِكَ وَ حَيَاتَكَ قَبْلَ مَوْتِكَ
“Manfaatkan lima perkara sebelum lima perkara: [1] Waktu mudamu sebelum datang waktu tuamu, [2] Waktu sehatmu sebelum datang waktu sakitmu, [3] Masa kayamu sebelum datang masa kefakiranmu, [4] Masa luangmu sebelum datang masa sibukmu, [5] Hidupmu sebelum datang kematianmu.” (HR. Al Hakim)
Walaupun rasa lemau-lemau pada hari pertama kerja, kene ada iltizam untuk bekerja dengan bersungguh-sungguh kerna itulah punca rezeki yang Allah swt beri kepada kita kerna kerja juga satu ibadah. Seawal pagi dah habiskan 1 botol kopi o kaww untuk naikkan semangat kerja :))
“Berpagi-pagilah (subuh) dalam mencari rezeki, sesungguhnya berpagi-pagi itu adalah berkat dan kejayaan”
Allahul Musta'aan
No comments:
Post a Comment