Ramai mengatakan kepada saya, "Susahnya nak dapat tiket murah. Asyik tak dapat je". Ada juga yang hairan dengan saya, kenapa saya selalu mendapat tiket murah sedangkan bila mereka semak di laman web, tiket murah hampir tiada. :)) Adakah ianya bergantung kepada nasib??? Mungkin juga Ya dan mungkin juga Tidak.
Anda hanya perlu tahu tips dan cara-caranya dan peka kepada promosi itu sendiri.
Promosi Tiket Free dari AirAsia sentiasa ada dari semasa ke semasa. Perkara pertama yang anda perlu ambil perhatian adalah:
- Buat kajian mengenai tiket yang anda hendak beli. Tarikh dan hari penerbangan sebelum anda membuat tempahan.
- Buat tempahan tiket pada hari pertengahan minggu atau tengah malam, atau seawal pagi. Selalunya saya berjaya mendapat tiket pada harga yang paling murah pada masa tersebut.
- Buat tempahan pada mula jam promosi. Contohnya, jam promosi bermula 12 tengahmalam. Sebelum 12 tengahmalam anda sudah bersedia di hadapan komputer untuk membuat tempahan mengikut tarikh-tarikh yang anda kehendaki. Saya pernah melakukan perkara tersebut dan berjaya mendapat hampir 10 tiket penerbangan pergi balik KL-Kuching dengan harga paling murah sekali :))
- Tarikh promosi di adakan. Contoh : Dari 25-30 July 2015;
- Tarikh "Travel". Contoh : Dari 1 Januari 2016 - 30 Jun 2016. Kalau perasan, tarikh penerbangan adalah 6 bulan ke atas sehingga 1 tahun. Makanya, rancanglah percutian dan penerbangan anda.
- Nota promosi disertakan bersama dengan peringatan : "Advanced booking required & Fares are not available during embargo period";
- Berhati-hati dengan "Default setting" semasa anda membuat tempahan secara "online". Sila pastikan semasa membuat tempahan - Add-ons >> Checked Bagage di setkan kepada "No Checked Bagage" bagi kedua-dua penerbangan pergi dan balik melainkan anda memang berniat untuk menyimpan beg anda di dalam kargo kapal terbang;
- Travel Insurance sebanyak RM30.00 juga telah ditandakan sebagai Default Setting. Sekiranya anda tidak mahu menggunakan insuran AirAsia, anda boleh memilih untuk teruskan tempahan tanpa "AirAsia Travel Protection".
- Teruskan proses tempahan anda. Jangan sekali-kali berpatah balik kerna anda akan bermula dari "0" semula;
- Selepas selesai memastikan tarikh tiket yang anda tempat, anda akan dibawa kepada page terakhir sebelum pembayaran. Pastikan anda "tick" pada kotak = " I have read and agree.....".
- Anda juga boleh memasukkan informasi mengenai Orang untuk dihubungi ketika kecemasan (Emergency Contact Information). Seboleh-bolehnya, masukkan contact number tersebut. Sekiranya terjadi apa-apa kepada anda semasa pemerbangan, syarikat penerbangan akan mudah dan cepat menghubungi orang terdekat anda.
- Sekiranya anda perasan, semasa membuat pembayaran menggunakan "Online Banking" atau Direct Debit - Processing Fee telah meningkat dari RM4.00 kepada RM4.24 sen. Bagi yang menggunakan Kad Kredit pula, kos Processing Fee juga meningkat dari RM16.00 kepada RM16.24 sen;
- Airport tax pula dimasukkan bersama-sama dengan harga tiket. Sebab itu, apabila anda terbang mengembara atau melancong ke mana-mana destinasi dengan AirAsia, anda tidak lagi perlu menyediakan kos "Airport Tax" semasa di lapangan terbang.
Kalau dulu, saya pernah mendapat tiket penerbangan pergi dan balik KL-Kuching serendah RM15.20. Sekarang ini, nak bayar Tax pun tak lepas. Untuk promosi FREE SEAT AirAsia yang paling murah pernah saya tempah tahun ini adalah lebih kurang RM60.00. Tiada lagi tiket murah luar biasa seperti tahun-tahun sebelumnya.
Tiada yang mustahil bagi AirAsia. Kos semuanya diserahkan kepada pengguna. Walaubagaimanapun, kebanyakan masanya, Airasia memang menawarkan tiket tambang termurah berbanding dengan syarikat penerbangan yang lain.
Selamat menempah tiket penerbangan anda, dan selamat mengembara :D
No comments:
Post a Comment