10 August 2014

Bila sudah hilang rasa selamat

Penduduk Israel yang tinggal berhampiran sempadan Gaza dikhabarkan meninggalkan rumah masing-masing kerana beranggapan bahawa kawasan dihuni sudah tidak selamat. Pergilah melarikan diri wahai Israel Zionist. Rumah yang kamu duduki, tanah yang kamu pijak itupun bukan tanah kamu. Kamu merampas tanah tersebut dari rakyat Palestine.

(Kredit foto dari FB Ikatan Muslimin Malaysia)

Hari ini di Tasik Titiwangsa berlangsungnya Majlis Pelancaran Bulan Kemarahan anjuran Aman Palestin dengan kerjasama ISMA, PEMBINA, PPIM, GABUNGAN NGO-NGO ISLAM, IMEDIK,YAYASAN IKHLAS, KRIM.



Semoga usaha-usaha boikott barangan keluaran syarikat yang menyumbang kepada yahudi zionist akan membuahkan hasil dan kita memboikott secara berhemah. Kiranya ada yang melebihi sempadan batas tatasusila di dalam menentang zionist Israel, maka apalah bezanya orang yang melampaui batas tersebut dengan yahudi zionist?

Fikir-fikirkan dan selamat beramal.
#fight4Gaza
#saveGaza
#savePalestine
#ICC4Israel

Allahu Ta'ala A'lam

No comments: