16 August 2014

Hati-hati dengan Qasidah yang Meragukan

Baca sehingga habis dan faham artikel ini. Bahaya meminta pertolongan dari yang telah tiada sedangkan meminta pertolongan itu,terus sahaja kepada Allah swt Yang Maha Memberi Pertolongan...

Surah Ghafir, ayat 60:
وَقَالَ رَبُّكُمُ ادْعُونِي أَسْتَجِبْ لَكُمْ إِنَّ الَّذِينَ يَسْتَكْبِرُونَ عَنْ عِبَادَتِي سَيَدْخُلُونَ جَهَنَّمَ دَاخِرِينَ

Dan Tuhan kamu berfirman: "Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepadaKu, akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina."

Semasa kita hidup...
Mintalah pertolongan dari Allah swt dan mintalah syafa'at dari Allah swt, bukannya meminta pertolongan dari Nabi s.a.w
Di sana nanti Nabi s.a.w memberi syafa'at kepada umatnya dengan izin Allah swt jua.

Allahul musta'aan
========================================================================
Assalamualaikum warahmatullahi wa barakatuh.

Telah tersebar qasidah yang berbunyi:

Al-Madad, Al-Madad, Al-Madad Ya Rasulallah. Yang diterjemahkan: Pertolongan mu, pertolongan mu, pertolongan mu Ya Rasulullah.

Apa maksud Madad?

• مَدَد (ج. أَمْدَاد)[اسم] عون

[n] help, aid

• إِمْدَاد (ج. إِمْدَادَات)[اسم\مص.] معونة

[n/src] help, assistance

[اسم\مص.] تزويد

[n/src] equipping, providing

Sebahagian melaungkan qasidah ini tanpa ada niat memohon pertolongan Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam, dan kita berharap inilah yang diyakini kebanyakan mereka yang membaca Qasidah itu. Akan tetapi terdapat sebahagian mereka yang benar-benar meyakini bahawa boleh meminta tolong daripada Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam selepas kewafatan baginda kerana mereka berpegang bahawa Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam masih hidup di alam kubur, dan mampu mendoakan umatnya sebagaimana ketika baginda sallallahu ‘alaihi wasallam masih hidup.

Di sini, Al-Kahfi membawakan kepada pembaca fatwa-fatwa para ilmuan Islam berkaitan hal ini:

Fatwa Islamweb.net

Fatwa no: 230005

Tajuk:

حكم قول: مدد يا رسول الله، دون قصد الاستغاثة

Hukum berkata: Madad Ya Rasulullah tanpa niat memohon pertolongan (kepada baginda sallallahu ‘alaihi wasallam selepas kewafatannya)

Soalan:

ما حكم قول: مدد يا رسول الله، دون قصد الاستغاثة أو طلب العون؟ وما حكم من قالها جاهلا معناها؟

Apakah hukum berkata: Madad Ya Rasulullah tanpa niat memohon pertolongan? Apa pula hukumnya orang yang berkata demikian kerana tidak faham maksudnya.

Jawapan:

الحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وصحبه، أما بعد: فإن طلب المدد من الأموات عموما، إنما هو دعاء لغير الله تعالى، وهو شرك. وانظر الفتوى رقم: 41011 وما أحيل عليها. وإن كان القائل لا يقصد الاستغاثة، ولا طلب العون، فماذا يقصد إذن؟!

Memohon pertolongan daripada si mati secara umumnya sesungguhnya ia adalah bentuk doa kepada selain Allah. Ia syirik. Seandainya yang berkata tidak bermaksud mahu memohon pertolongan, lalu apa tujuan sebenarnya?

وعموما فمن قال ذلك وهو يجهل معناه، أو يجهل حكمه، فإنه يعذر بجهله حتى تقام عليه الحجة؛ كما سبق في الفتوى رقم: 172957

Umumnya, sesiapa yang menyatakan perkataan itu dalam keadaan jahil kepada maksudnya atau jahil kepada hukumnya, sesungguhnya dia diberikan keuzuran atau kebodohannya sehingga ditegakkan hujah kepadanya.


Fatwa No: 41011

ما حكم من يقول: مدد يا رسول الله، أدركني يا رسول الله، يا رسول الله ادع لنا، ويعتقدون أن رسول الله حي يزورهم؟

Apakah hukumnya berkata: Tolonglah kami ya Rasulullah, tunaikan permintaan kami Ya Rasulullah, ya Rasulullah berdoalah untuk kami, dan beri’tiqad bahawa Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam masih hidup dan menziarahi mereka?

Jawapan:

الحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وصحبه أما بعد:

فإن قول القائل “يا رسول الله، وأدركني يا رسول الله” هو من الدعاء الصريح لغير الله، وذلك كفر مخرج من الملة، فالله تعالى شرع لعباده أن يعبدوه ولا يشركوا به شيئا، فلا يدعى إلا الله، ولا ينذر إلا لله، ولا يستغاث بغير الله، ولا يركع ولا يسجد إلا له… والدعاء والاستغاثة من أشرف العبادات، لاشتمالها على الذل والخضوع.

Sesungguhnya perkataan: Tolonglah kami ya Rasulullah, tunaikan permintaan kami Ya Rasulullah, merupakan doa kepada selain Allah. Ia merupakan kekufuran yang mengeluarkan daripada agama Allah. Allah mensyariatkan kepada hamba-hambaNya untuk menyembahNya dan tidak menyekutukannya dengan sesuatu apa pun. Tidak dipohon doa kecuali kepada Allah, tidak dilakukan nazar kecuali kerana Allah, tidak memohon pertolongan selain daripada Allah, tidak rukuk dan sujud selain kepadanya. Doa dan istighasah (memohon pertolongan) merupakan semulia-mulia ibadat kerana ia merangkumi sifat merendah diri dan tunduk.

روى أحمد والترمذي وأبو داود وابن ماجه من حديث النعمان بن بشير أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال: الدعاء هو العبادة. وقرأ: وَقَالَ رَبُّكُمُ ادْعُونِي أَسْتَجِبْ لَكُمْ [غافر: 60].

وانظر المزيد في الفتوى رقم: 27752.

Imam Ahmad, at-Tirmizi, Abu Daud dan Ibn Majah meriwayatkan hadis an-Nu’man bin Basyir bahawa Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam berkata: Doa itu ibadah, kemudian membaca: Tuhan kalian berkata: Mintalah kepada Ku, nescaya Aku perkenankan.

وأما عن حياة رسول الله صلى الله عليه وسلم فإنه حي عند الله حياة لا كالحياة الدنيوية، فالله تعالى إذ اصطفى طائفة من خلقه بأن صيرهم بعد الموت أحياء عنده، كما قال تعالى: وَلا تَحْسَبَنَّ الَّذِينَ قُتِلُوا فِي سَبِيلِ اللَّهِ أَمْوَاتاً بَلْ أَحْيَاءٌ عِنْدَ رَبِّهِمْ يُرْزَقُونَ [آل عمران:169]. فرسول الله صلى الله عليه وسلم أولى بالاصطفاء، لأنه أفضل خلق الله،

Adapun kehidupan Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam, maka hidupnya di sisi Allah tidak seperti kehidupan di dunia. Sesungguhnya Allah apabila memilih sekelompok daripada makhluknya dengan membuatkan mereka hidup di sisiNya selepas kematian mereka. Sebagaimana firman Allah: Janganlah kalian menyangka mereka yang terbunuh di jalan Allah mati, bahkan mereka hidup di sisi Tuhan mereka dan mereka diberika rezeki. [Ali 'Imran : 169]. Maka Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam lebih utama untuk terpilih kerana baginda sallallahu ‘alaihi wasallam merupakan makhluk Allah yang paling afdhal.

ولكن حياته لا تعني أنه يزور الناس في أماكنهم أو يحضر جلساتهم وأذكارهم ويدعو لهم، إذ لو جاز أن يفعل شيئا من ذلك، لفعله مع صحابته وخلفائه وهم أفضل أمته وأعز الخلق عليه.

والله أعلم.

Tetapi hidupnya tidak bermaksud baginda sallallahu ‘alaihi wasallam akan menziarahi manusia di tempat mereka, atau menghadiri majlis-majlis mereka, lalu berdoa untuk mereka. Seandainya baginda sallallahu ‘alaihi wasallam boleh melakukan hal ini, nescaya baginda sallallahu ‘alaihi wasallam akan melakukannya bersama-sama sahabat-sahabatnya, khalifah-khalifahnya kerana mereka adalah umatnya yang paling utama dan paling dicintai olehnya.

No comments: