Sunday, August 10, 2014

Apa ada pada gelaran???

Baru2 ini saya menerima teguran berkenaan dengan carta organisasi jabatan. Berkaitan dengan gelaran. Saya terima dengan hati terbuka dan maklumkan pada webmaster untuk membuat sebarang pindaan.
Yang tak sedapnya...kami pula yang disalahkan kerana tidak peka dengan sebarang perubahan, sampaikan gelaran Tn. Hj pun hendak dipaparkan. Penting sangatkah gelaran untuk dipaparkan? Kalau dilihat dari sejarah, gelaran memang penting di mata orang kita Malaysia. Gelaran Tan Sri, Dato' Seri, Dato', Datuk, Datin, Dr. Ir. Tn Haji dan sebagainya seumpama satu kebanggaan bagi kebanyakan yang mendapat gelaran. Bagi saya, ianya adalah "sceptical malay behavior" yang terlalu membanggakan diri kerna ada gelaran, pangkat dan harta. Ada yang berlagak lebih dari Tuhan. Ada yang mahu dimuliakan oleh sesiapa sahaja yang mengetahui gelaran mereka, malahan bagi yang tidak mengetahui...mereka pula yang memberitahu.

Saya teringat satu status dari FB:
"Apa ada pada gelaran kerana gelaran terakhir kita ialah Allahyarham.

Apa ada pada kereta mewah kerana kereta terakhir kita ialah van jenazah.
Apa ada pada tilam yang empuk kerana pembaringan terakhir kita ialah liang lahad.
Apa ada pada pengaruh dan kawan ramai kerana kawan dan teman terakhir kita ialah amalan, itupun kalau ikhlas."
Ingatlah bahawa gelaran2 tersebut tidak disebut2 semasa talqin dibaca, ianya tidak mampu membantu kita di alam kubur nanti. Hanya amal soleh sahaja yang dapat membantu kita di sana.
Merugilah bagi yang berbangga2 dengan gelaran di dunia, tetapi papa kedana di sana."
Muhasabah diri jua. Allahul musta'aan ...
Post a Comment

Most Popular