Saturday, August 9, 2014

Perihal Boikott - Small thing matters

Ramai tahu bahawa Rakyat Palestine sekarang nie sedang berada di dalam peperangan. Ianya bukan hanya berlaku sekarang ini, malahan telah berlaku bertahun-tahun diserang oleh Yahudi Zionist dan tanah Palestine dirampas, dicuri sedikit demi sedikit sehingga yang tinggal untuk rakyat Palestine kurang dari 1/6 dari Tanah Palestine yang sebenarnya.
Kempen boikott barangan dan produk zionist ini telah lama diwar-warkan. Setiap kali berlakunya konflik di Tanah Gaza, kita sibuk juga untuk memulakan boikott dan boikott kita nampaknya seperti bermusim. Kali ini aktiviti boikott memboikott barangan dan produk yang menyokong dan menyalurkan dana kepada Yahudi Zionist semakin menampakkan hasil. 
Walaubagaimanapun, terdapat jua segelintir pem-boikott yang pendek akal membuat demontrasi dan membakar bendera Israel Zionist di hadapan premis makanan segera McDonald dan ada juga yang menghina pekerja-pekerja yang bekerja di sana, malahan ada juga kes pekerja Starbuck diludah oleh extremist-extremist yang melaung-laungkan perjuangan menentang Yahudi Zionist.
Teruskkanlah usaha memboikott barangan dan produk yang menyalurkan dana kepada Yahudi Zionist. Setiap usaha kecil kita apabila dikumpul-kumpulkan akan memberi impak yang besar kepada syarikat penyumbang. Namun, di dalam kita bersemangat untuk mem-boikott produk-produk tersebut, jangan lah kita berperangai seperti Yahudi Zionist dengan mengabaikan tatacara dan susila kita sebagai masyarakat Islam. Tolonglah jangan gunakan "harsh words", perbuatan yang memalukan dan perangai-perangai yang tidak mencerminkan semangat boikott kita.
"Apa kes sampai buat demo depan McDonald nie???"

Sekiranya kita benar-benar ingin berjuang bersama membebaskan tanah Palestine, boikottlah secara berhemah, elakkan menggunakan produk-produk yang menyalurkan dana kepada Yahudi Israel, berhenti merokok yang mana rokok lebih menyalurkan dana kepada Yahudi Zionist di dalam membunuh rakyat Palestine, lebihkan menggunakan produk-produk tempatan dan perbaiki diri kita agar lebih kuat dan teguh imannya. Jadilah seperti pejuang Al-Qassam, hafal Quran, Solat jema'ah subuh dan lain-lainnya di surau atau masjid, dan yang penting persiapkan diri kita untuk berjuang sekiranya hal yang sama terjadi kepada kita.

Jika kita sendiri pun tidak mampu untuk berhenti merokok, solat jema'ah, memakmurkan masjid, hafal Quran...bagaimana mungkin kita mampu untuk berjihad di dalam peperangan sebenar. Sekadar menjadi keyboard warrior dan melaung-laungkan protes serta mengeluarkan status-status dan komen-komen yang tidak mencerminkan keIslaman kita, usah bermimpi untuk menjadi seperti Mujahid Al-Qassam yang dikhabarkan mempunyai sifat terpuji di dalam sahsiah serta keperibadian yang mencerminkan Islam.

Peperangan di Palestine adalah mengenai pencabulan kemanusiaan. Ianya bukan sekadar untuk perhatian umat Islam sahaja. It's all about humanity. Kemanusiaan semakin menipis terutamanya di kalangan pemimpin-pemimpin besar dunia. Kebanyakan pemimpin-pemimpin dunia Arab pula seperti di-selotep mulut mereka, bisu dan membisukan yang lain.

Semoga Allah SWT membantu perjuangan mereka. Semoga Allah SWT membantu perjuangan umat Islam di Syria jua dan semoga Allah SWT membantu umat-umat Islam yang tertindas di seluruh dunia.

Allahul Musta'aan
Post a Comment

Most Popular