31 December 2013

Travellingbie : Hari Terakhir - Seoul >> Busan ~ Part 5

Hari terakhir kami di Seoul penuh dengan warna warni dan beberapa tragedi kecil.

Selesai solat di masjid Itaewon untuk kali ke-2, kami terus dihantar ke Stesen Seoul memandangkan kami menjangkakan akan menaiki keretapi yang terakhir sekali menuju ke Busan. Setelah mengucapkan selamat tinggal kepada sahabat pemandu pelancong kami yang sporting dan sempoi, kami terus menuju ke kaunter tiket. Suprisingly, tiket KTX penuh, malahan tiket biasa juga penuh. Memang nasib kami kurang baik memandangkan hari ini adalah hari Ahad, dan kebanyakan warga korea dari luar seoul akan berlibur di seoul. Makanya, tiket keretapi biasa dan KTX semuanya penuh melainkan kami sanggup berdiri sepanjang perjalanan tersebut. Setelah berbincang, kami mengambil keputusan untuk membeli tiket KTX dan sanggup berdiri selama hampir 3 jam perjalanan. 

Sementara menunggu keretapi sampai, kami mencari-cari tempat untuk mengisi perut dengan bekalan yang di beli di Itaewon. Makan malam kami kali ini di tepi escelator dan makan dengan bersila dan makan berjemaah  nasi beriani- tragedi kecil kami malam ini. Tiket normal train dah penuh. Begitu juga dengan ktx. Yang tinggal hanyalah standing seat sahaja yang available. Situasi yg tidak dijangka dengan sebenar2 nya. Kami ambil keputusan untuk membeli tiket ktx standing seat. Nasib kami baik apabila ada 4 seating seat available. Makanya yang 5 lagi terpaksalah berdiri. Famili diberi keutamaan untuk duduk pada 4 seat tersebut. Kami berempat yang masih muda ini terpaksa struggle berdiri selama hampir 3 jam dari Seoul ke Busan. Pengalaman berharga buat kami di negara orang...malam ini di seoul station - makan bersila dan dari seoul ke busan naik ktx dengan standing seat. Priceless moment

Train attendance kami malam ini. Standing seat juga penuh sesak malam ini. Seorang dari kami berempat dah dpt tempat duduk. Harap-harap lutut kami bertiga dpt bertahan sehingga sampai ke Busan.

Kaki kaki yang sedang gigih berdiri... :)) #seoul to#busan 2 jam 46minit
The university of life continues - At Gimhae International Airport. Kali pertama mengalami kejadian di mana lapangan terbang ditutup. Ingatkan "Airport closed" hanyalah untuk business operation sahaja. Tibanya di lapangan terbang, keadaan gelap gelita. Memang sungguh-sungguh lapangan terbang nya ditutup. Nasib baik pengawal keselamatan membenarkan kami masuk di dalam. Passport kami di ambil buat sementara dan akan diserahkan pada jam 5am dan kelihatan dari semasa ke semasa pengawal keselamatan membuat head-count, mungkin khuatir kami 'missing in action'. Saat ini jam 6.21 pagi, semakin ramai yang membanjiri airport terutamanya warga korea. Inilah beberapa insiden dari banyak insiden yang berlaku sepanjang kembara kami. Pengalaman yang tidak akan dapat diperolehis di mana2 kelas formal. Terima kasih Allah di atas pengalaman sekejap yang berharga dan mahal ini. Alhamdulillah, praise only be to Allah :)


Akhir pengembaraan Busan; Seoul; Busan memberi kami pengalaman tersendiri yang akan kami kenang sampai bila-bila. :)

Terima kasih kepada travel buddies saya yang sangat sporting dan supportive sepanjang perjalanan tersebut. It's priceless and may our ukhuwah last forever :)

20 December 2013

Travellingbie : Seoul & Everland - Part 4

"Though we travel the world over to find the beautiful, we must carry it with us or we find it not."~Ralph Waldo Emerson

"I took the road less traveled by, and that has made all the difference."~The Road Not Taken

Hari ke-4 kami di Korea (17 November 2013) - Seawal pagi kami terpaksa check out memandangkan pada malamnya kami perlu ke stesen Seoul untuk kembali ke Busan. Terima kasih kami ucapkan kepada tuan rumah. Penginapan yang selesa dan sesuai untuk seisi keluarga dan murah juga. Untuk 3 malam penginapan seramai 9 orang, setiap orang dari kami hanya berbelanja kurang dari RM150 bagi 3 malam tersebut. Jimat duit perbelanjaan kami daripada berbelanja lebih untuk penginapan. Hari ke-4 kami kali ini, kami memilih untuk ke Everland. Everland merupakan taman tema terbesar di Korea. Perjalanan dari Seoul ke Everland mengambil masa selama lebih kurang sejam. Lebih kuran jam 930 pagi kami tiba di Everland. Itupun pengunjung terutama warga korea sudah mula beratur membeli tiket masuk. Kami bernasib baik kerana tourist guide kami mendapat spesel diskon. Hasilnya tiket masuk kami lebih murah dari yang dijangkakan. Yahooo...opsss Alhamdulillah. Tiket asal 40,000 won, kami mendapat lebih murah dari itu. Alhamdulillah. Selesai pembelian tiket, kami menunggu dengan sabar untuk masuk ke Everland. Sahabat korea kami pula hanya lepak-lepak di luar kawasan bersama temannya. Masa telah diberikan kepada kami bermula dari jam 930am sehinggalah jam 4 petang. Sayangnya tidak sampai ke malam memandangkan kami perlu bergegas pula balik ke Seoul dan seterusnya ke Seoul Stesyen untuk kembali ke Busan. Menunggu dengan sabar....dengan cuaca yang sejuk beku walaupun hanya musim autumn, masing-masing dari kami menggigil kesejukan walaupun angin bertiup sepoi-sepoi bahasa.

Jam 10am, Taman Tema Everland pun dibuka...berpusu-pusu pengunjung memasuki Everland. Walaupun demikian tiada unsur-unsur tolak menolak ketika masuk. Sangat sistematik. Makanya bermulalah adventur kami di dalam Everland. :)






Solat dilupa jangan...
Jam 430 petang kami mula bertolak keluar dari Everland. Tersasar setengah jam memandangkan masih banyak lagi kawasan yang tidak diterokai. Saranan saya bagi yang ingin ke Everland, habiskan masa sepanjang hari sehingga malam agar anda dapat menjelajah keseluruhan kawasan.

Jam 6 petang kami tiba di Masjid Itaewon untuk solat dan seterusnya ke Stesen Seoul. Rezeki kami dapat kembali ke Masjid Itaewon untuk kali ke-2. Alhamdulillah. Pengalaman di Everland yang bermacam-macam ragam tidak akan dilupakan. Alhamdulillah.

"You don't need magic to disappear, all you need is a destination."

Travellingbie : Seoul dan sekitarnya - Part 3

"Leave your country in search of loftiness and travel! For in travel there is five benefits: Relief of adversity, earning of livelihood, knowledge, etiquette, and noble companionship."~Imam as-Shafi'e

"The happiest of people don't necessarily have the best of everything they just make the most of everything that comes along their way."~unknown

Kembara hari ke-3 (16 November 2013) dimulakan dengan bacaan doa di dalam kenderaan. Kali ini kami mengunjungi Dongdaemon dan Namdaemon Market - tempat membeli belah yang terkenal di kalangan Malaysian, Istana Geongbok, Masjid Itaewon dan sekitarnya. Tiada kata yang boleh menggambarkan kesejukan kami. Seawal pagi kami menuju ke tempat membeli belah. Sahabat kami bertanya apa yang hendak dibeli memandangkan tidak mahu menghabiskan masa mencari-cari barang-barang kiriman atau cenderamata di sana. Hasilnya, barang ditemui dan masa kami banyak dijimatkan dengan konsep "go straight to the point". Hasilnya, barang kiriman dapat dicari dan cenderamata pun dapat dicari memandangkan kami bersama dengan sahabat yang mahir dengan kawasan tersebut. :)





Selesai membeli belah sambil makan bahulu korea di dalam suasana yang sejuk-sejuk autunm ini, kami meneruskan perjalanan mengunjungi Istana Geongbok. Bayaran sebanyak 8000 won dikenakan ke atas setiap pengunjung. Kawasan istana tersebut tersangatlah luas. Bila dilihat dari hadapan pintu masuk, kami semuanya "underestimate", sekejap je kot dalam istana nie. hehehe...sekaliiiii....berejam kami di dalam memandangkan pemandangannya memang superb apatah lagi di musim daun-daun berguguran. Hanya gambar sahaja yang mampu menerangkan maksud keindahan tersebut.

Kami ambil masa yang lama jugak untuk menyelusuri istana ini, pemandangannya yang superb terutamanya di kawasan belakang istana membuatkan kami semua leka. Selesai eksplorasi kawasan istana dan museum-museum yang berdekatan walaupun tak sempat nak masuk ke dalam, kami teruskan perjalanan untuk makan tengahari + minum petang + makan malam. Sebelum itu, kami solat dulu di kawasan letak kereta di salah sebuah shopping mall berdekatan. Alhamdullillah, dapat solat jemaah. Makan tengahari kami dibelanja oleh sahabat di korea, termasuk di dalam kos transport kami. Makanannya amat sedap, bagi saya memang sedap kerna saya memang menunggu-nunggu kimchi :D. Kimchi di korea tidak sama dengan kimchi yang ada di Malaysia. Rasanya dan perasaannya lain...kalau tak percaya, datanglah ke Korea :)

Selesai makan tengahari, perut masing-masing dah kenyang dengan ikan bakar dan lauk pauk yang lain, kami teruskan perjalanan ke Masjid Itaewon untuk solat maghrib dan isyak. Masing-masing dah teruja untuk melawat masjid tersebut. Saya hanya melihat masjid Itaewon dan perkembangan masjid tersebut dari fb sahabat di korea. Setiap kali Jumaat, Masjid Itaewon ini akan penuh sehingga ke ruangan di luar masjid.

Sampai di masjid Itaewon, saya kagum melihat kesungguhan jemaah untuk menghidupkan aktiviti di masjid. MasyaAllah...semoga Allah memelihara rumah Allah ini dan umat yang memakmurkan masjid ini.

Kawasan sekitar masjid banyak terdapat makanan halal. Pengunjung Muslim tidak akan mempunyai masalah mendapatkan makanan halal di sini InsyaAllah. Sempat ambil 1 gambar sahaja memandangkan dari Masjid Itaewon kamek bergegas pula ke tempat menunggu bas untuk ke Seoul Tower.

Perjalanan seterusnya adalah Namsan Seoul Tower. Dari Itaewon kami menaiki bas ke Seoul Tower. Dengan kadar tambang 1000k won sehala, rasanya macam murah je, lebih kurang RM3.


Turun dari bas, kami perlu mendaki sejauh lebih kurang 500meter untuk sampai di kaki menara. Dengan cuaca yang sejuk dan berangin, dan dengan jemaah kembara yang sporting dan tourist guide yang happening, pendakian kami tidak terasa penatnya walaupun sepanjang hari berjalan menyelusuri bandar Seoul. Namsan Seoul Tower, lebih kurang serupa je dengan KL Tower...tapi masalahnya KL tower pun saya tak pernah naik. hehehehe....Pengunjung di Namsan Seoul Tower kebanyakannya warga tempatan. Saya dimaklumkan orang Korea selalunya lebih suka bercuti di dalam negara berbanding di luar negara. Kebanyakan tempat-tempat menarik di Korea dipenuhi pengunjung tempatan dan mereka akan mengunjungi tempat-tempat tersebut berulang-ulang kali tanpa jemu. Begitulah semangat kenegaraan mereka dan semangat menyokong industri pelancongan negara. Akhir waktu kami dihabiskan di Namsan Seoul Tower sehingga jam 10malam. Selesai eksplorasi di sekitar Namsan Seoul Tower, kami kembali semula ke Itaewon memandangkan kereta diletakkan di tempat parkir masjid. Jauh perjalanan luas pemandangan...perjalanan hari ini meluaskan horizon pemikiran kami dan mengambil iktibar dari warga-warga korea itu sendiri. Alhamdulillah.