20 December 2013

Travellingbie : Seoul & Everland - Part 4

"Though we travel the world over to find the beautiful, we must carry it with us or we find it not."~Ralph Waldo Emerson

"I took the road less traveled by, and that has made all the difference."~The Road Not Taken

Hari ke-4 kami di Korea (17 November 2013) - Seawal pagi kami terpaksa check out memandangkan pada malamnya kami perlu ke stesen Seoul untuk kembali ke Busan. Terima kasih kami ucapkan kepada tuan rumah. Penginapan yang selesa dan sesuai untuk seisi keluarga dan murah juga. Untuk 3 malam penginapan seramai 9 orang, setiap orang dari kami hanya berbelanja kurang dari RM150 bagi 3 malam tersebut. Jimat duit perbelanjaan kami daripada berbelanja lebih untuk penginapan. Hari ke-4 kami kali ini, kami memilih untuk ke Everland. Everland merupakan taman tema terbesar di Korea. Perjalanan dari Seoul ke Everland mengambil masa selama lebih kurang sejam. Lebih kuran jam 930 pagi kami tiba di Everland. Itupun pengunjung terutama warga korea sudah mula beratur membeli tiket masuk. Kami bernasib baik kerana tourist guide kami mendapat spesel diskon. Hasilnya tiket masuk kami lebih murah dari yang dijangkakan. Yahooo...opsss Alhamdulillah. Tiket asal 40,000 won, kami mendapat lebih murah dari itu. Alhamdulillah. Selesai pembelian tiket, kami menunggu dengan sabar untuk masuk ke Everland. Sahabat korea kami pula hanya lepak-lepak di luar kawasan bersama temannya. Masa telah diberikan kepada kami bermula dari jam 930am sehinggalah jam 4 petang. Sayangnya tidak sampai ke malam memandangkan kami perlu bergegas pula balik ke Seoul dan seterusnya ke Seoul Stesyen untuk kembali ke Busan. Menunggu dengan sabar....dengan cuaca yang sejuk beku walaupun hanya musim autumn, masing-masing dari kami menggigil kesejukan walaupun angin bertiup sepoi-sepoi bahasa.

Jam 10am, Taman Tema Everland pun dibuka...berpusu-pusu pengunjung memasuki Everland. Walaupun demikian tiada unsur-unsur tolak menolak ketika masuk. Sangat sistematik. Makanya bermulalah adventur kami di dalam Everland. :)






Solat dilupa jangan...
Jam 430 petang kami mula bertolak keluar dari Everland. Tersasar setengah jam memandangkan masih banyak lagi kawasan yang tidak diterokai. Saranan saya bagi yang ingin ke Everland, habiskan masa sepanjang hari sehingga malam agar anda dapat menjelajah keseluruhan kawasan.

Jam 6 petang kami tiba di Masjid Itaewon untuk solat dan seterusnya ke Stesen Seoul. Rezeki kami dapat kembali ke Masjid Itaewon untuk kali ke-2. Alhamdulillah. Pengalaman di Everland yang bermacam-macam ragam tidak akan dilupakan. Alhamdulillah.

"You don't need magic to disappear, all you need is a destination."

No comments: