20 December 2013

Travellingbie : Seoul dan sekitarnya - Part 3

"Leave your country in search of loftiness and travel! For in travel there is five benefits: Relief of adversity, earning of livelihood, knowledge, etiquette, and noble companionship."~Imam as-Shafi'e

"The happiest of people don't necessarily have the best of everything they just make the most of everything that comes along their way."~unknown

Kembara hari ke-3 (16 November 2013) dimulakan dengan bacaan doa di dalam kenderaan. Kali ini kami mengunjungi Dongdaemon dan Namdaemon Market - tempat membeli belah yang terkenal di kalangan Malaysian, Istana Geongbok, Masjid Itaewon dan sekitarnya. Tiada kata yang boleh menggambarkan kesejukan kami. Seawal pagi kami menuju ke tempat membeli belah. Sahabat kami bertanya apa yang hendak dibeli memandangkan tidak mahu menghabiskan masa mencari-cari barang-barang kiriman atau cenderamata di sana. Hasilnya, barang ditemui dan masa kami banyak dijimatkan dengan konsep "go straight to the point". Hasilnya, barang kiriman dapat dicari dan cenderamata pun dapat dicari memandangkan kami bersama dengan sahabat yang mahir dengan kawasan tersebut. :)





Selesai membeli belah sambil makan bahulu korea di dalam suasana yang sejuk-sejuk autunm ini, kami meneruskan perjalanan mengunjungi Istana Geongbok. Bayaran sebanyak 8000 won dikenakan ke atas setiap pengunjung. Kawasan istana tersebut tersangatlah luas. Bila dilihat dari hadapan pintu masuk, kami semuanya "underestimate", sekejap je kot dalam istana nie. hehehe...sekaliiiii....berejam kami di dalam memandangkan pemandangannya memang superb apatah lagi di musim daun-daun berguguran. Hanya gambar sahaja yang mampu menerangkan maksud keindahan tersebut.

Kami ambil masa yang lama jugak untuk menyelusuri istana ini, pemandangannya yang superb terutamanya di kawasan belakang istana membuatkan kami semua leka. Selesai eksplorasi kawasan istana dan museum-museum yang berdekatan walaupun tak sempat nak masuk ke dalam, kami teruskan perjalanan untuk makan tengahari + minum petang + makan malam. Sebelum itu, kami solat dulu di kawasan letak kereta di salah sebuah shopping mall berdekatan. Alhamdullillah, dapat solat jemaah. Makan tengahari kami dibelanja oleh sahabat di korea, termasuk di dalam kos transport kami. Makanannya amat sedap, bagi saya memang sedap kerna saya memang menunggu-nunggu kimchi :D. Kimchi di korea tidak sama dengan kimchi yang ada di Malaysia. Rasanya dan perasaannya lain...kalau tak percaya, datanglah ke Korea :)

Selesai makan tengahari, perut masing-masing dah kenyang dengan ikan bakar dan lauk pauk yang lain, kami teruskan perjalanan ke Masjid Itaewon untuk solat maghrib dan isyak. Masing-masing dah teruja untuk melawat masjid tersebut. Saya hanya melihat masjid Itaewon dan perkembangan masjid tersebut dari fb sahabat di korea. Setiap kali Jumaat, Masjid Itaewon ini akan penuh sehingga ke ruangan di luar masjid.

Sampai di masjid Itaewon, saya kagum melihat kesungguhan jemaah untuk menghidupkan aktiviti di masjid. MasyaAllah...semoga Allah memelihara rumah Allah ini dan umat yang memakmurkan masjid ini.

Kawasan sekitar masjid banyak terdapat makanan halal. Pengunjung Muslim tidak akan mempunyai masalah mendapatkan makanan halal di sini InsyaAllah. Sempat ambil 1 gambar sahaja memandangkan dari Masjid Itaewon kamek bergegas pula ke tempat menunggu bas untuk ke Seoul Tower.

Perjalanan seterusnya adalah Namsan Seoul Tower. Dari Itaewon kami menaiki bas ke Seoul Tower. Dengan kadar tambang 1000k won sehala, rasanya macam murah je, lebih kurang RM3.


Turun dari bas, kami perlu mendaki sejauh lebih kurang 500meter untuk sampai di kaki menara. Dengan cuaca yang sejuk dan berangin, dan dengan jemaah kembara yang sporting dan tourist guide yang happening, pendakian kami tidak terasa penatnya walaupun sepanjang hari berjalan menyelusuri bandar Seoul. Namsan Seoul Tower, lebih kurang serupa je dengan KL Tower...tapi masalahnya KL tower pun saya tak pernah naik. hehehehe....Pengunjung di Namsan Seoul Tower kebanyakannya warga tempatan. Saya dimaklumkan orang Korea selalunya lebih suka bercuti di dalam negara berbanding di luar negara. Kebanyakan tempat-tempat menarik di Korea dipenuhi pengunjung tempatan dan mereka akan mengunjungi tempat-tempat tersebut berulang-ulang kali tanpa jemu. Begitulah semangat kenegaraan mereka dan semangat menyokong industri pelancongan negara. Akhir waktu kami dihabiskan di Namsan Seoul Tower sehingga jam 10malam. Selesai eksplorasi di sekitar Namsan Seoul Tower, kami kembali semula ke Itaewon memandangkan kereta diletakkan di tempat parkir masjid. Jauh perjalanan luas pemandangan...perjalanan hari ini meluaskan horizon pemikiran kami dan mengambil iktibar dari warga-warga korea itu sendiri. Alhamdulillah.

No comments: