Adab-adab Solat dan Hari Jumaat.
Ia terdapat lebih kurang 15 perkara:
- Bersiap sedia untuknya iaitu bermula dari hari Khamis dan malam Jumaat dengan membersihkan diri dan membasuh pakaian serta semua persediaan yang sesuai untuk hari tersebut;
- Mandi sunat pada hari Jumaat;
- Menghiaskan diri dengan membersihkan badan, memotong kuku, memakai wangian, memberus gigi, memakai pakaian yang terbaik dan lain-lain yang disunatkan;
- Datang awal ke masjid dalam keadaan berjalan kaki;
- Jangan melangkah-langkah tengkok orang ramai dan jangan memisahkan antara dua orang;
- Jangan melalui di hadapan orang yang sedang solat;
- Berusaha untuk mendapatkan saf yang paling hadapan;
- Hendaklah menyempurnakan solat sunatnya atau zikir;
- Menunaikan solat sunat selepas Jumaat;
- Berada di masjid sehingga waktu Asar. Lebih afdhal jika boleh menunggu hingga waktu maghrib;
- Hendaklah berusaha untuk mencari waktu mulia yang ada pada hari Jumaat dengan hati yang khusyuk dan sentiasa berzikir;
- Memperbanyakkan ucapan selawat ke atas Nabi s.a.w;
- Membaca Surah Al-Kahfi. Disunatkan banyak membaca Al-Quran pada hari Jumaat;
- Bersedekah pada hari Jumaat dengan apa sahaja yang kita mampu;
- Sunat menjadikan Jumaat sebagai hari untuk amal-amal akhirat dan meninggalkan segala kesibukan dunia.
ALLAHU TA'ALA A'LAM.
No comments:
Post a Comment