28 March 2012

Kewangan : Kesilapan biasa yang kita lakukan dalam menguruskan $$$ - sambungan


Point 1 & 2 telah dibincangkan di dalam topik sebelumnya. Saya sambung untuk point yang seterusnya:

  1. Kegagalan di dalam merancang
  2. Tidak istiqamah atau tetap atau konsisten di dalam menabung atau melabur 
  3. Berbelanja melebihi kemampuan - Inilah yang selalu saya ingatkan kepada diri saya, "Jangan berbelanja melebihi kemampuan". Sekiranya gaji anda Rm2000, berbelanjalah dengan kadar kemampuan RM2000 dan janganlah mengikut-ngikut orang lain yang gajinya lebih besar dari anda. Anda lihat kawan anda beli beg baru, kasut baru dan segalanya baru setiap kali terima gaji. Anda masih lagi memakai beg kerja yang lama, kasut lama. Anda tidak rugi sebenarnya, malahan anda lebih untung kerana anda bijak menguruskan perbelanjaan anda dari mereka yang bergaji lebih besar dari anda. Sekiranya gaji anda RM10,000, tidak ada salahnya sekiranya anda berbelanja dengan kadar gaji RM2000, tetapi akan ada suara-suara yang tidak sedap didengar mengatakan anda kedekut, kikir dan sebagainya. Pedulikan suara-suara itu kerana akhirnya, mereka yang rugi dan anda yang untung. Penabungan dan pelaburan anda lebih besar dan bayangkan anda boleh membuat bermacam-macam dengan pelaburan tersebut. Sekiranya anda ingin menggandakan pelaburan tersebut dengan berganda-ganda, melaburlah ke jalan Allah dengan ikhlas dan terbuka hati. Bantulah anak-anak yatim, faqir miskin, keluarga dan sahabat-sahabat anda yang benar-benar memerlukan bantuan.InsyaAllah, akan dituliskan di dalam buku sebelah kanan anda pahala yang melimpah ruah sehingga mengalir keluar dari buku kanan anda itu...InsyaAllah :-)
  4. Berbelanja menggunakan kad kredit secara luar kemampuan - sepuluh tahun lepas, persepsi saya terhadap kad kredit amatlah tinggi. hebat kalau ada kad kredit nie. kad plastik yang boleh dibawa ke mana-mana di dalam wallet saya dan saya tidak perlu mengeluarkan wang atau tunai untuk berbelanja. Swipe sahaja...di akhir bulannya, saya pening kepala bila bil kad kredit sampai dan masa itu saya hanya mampu membayar jumlah minima pembayaran sahaja. Dari bulan ke bulan hutang tersebut semakin bertambah, bertambah dan bertambah. Cuba anda bayangkan bagaimana orang yang hutangnya sentiasa bertambah, adakah mereka akan tidur dengan nyenyak di katil yang empuk? TIDAK SAMA SEKALI. Sekalipun tilam itu sangatlah empuk dan selesa, anda tidak akan dapat tidur nyenyak memikirkan hutang-hutang yang perlu dibayar setiap bulan bertahun tahun. Maka dengan itu, janganlah berbelanja menggunakan kad kredit secara diluar kemampuan. Anda sebenarnya menyediakan tali gantung untuk diri anda sendiri secara tidak sedar. Sekarang ini, Alhamdulillah, saya telah berjaya untuk bebas dari hutang kad kredit dan semoga ianya berterusan InsyaAllah. Anda juga sebenarnya boleh untung dengan menggunakan kad kredit. Apa yang saya lakukan adalah, berbelanja dengan kad kredit hari ini dan keesokan harinya atau hari yang sama atau sebelum tarikh dikenakan interest tersebut, saya akan membuat pembayaran secara penuh. Dalam masa yang sama, saya dapat point, tiada hutang di dalam akaun kad kredit saya dan point tersebut boleh di'redeem' dengan voucher-voucher dari hypermarket dan lain-lain.
  5. Tidak menabung untuk waktu-waktu kecemasan
  6. Tidak menabung untuk jangka masa panjang atau untuk persediaan hari tua
  7. Mengambil sikap lewa untuk menabung
  8. Melabur di dalam pelaburan yang tidak bersesuaian
  9. Tidak mengkaji atau 'study' pelaburan yang hendak diceburi
Wealth after all is a relative thing since he that has little and wants less is richer than he that has much and wants more.~ Charles Caleb Colton

Saya sambung point-point yang seterusnya pada masa akan datang.
Allahu Ta'ala A'lam

No comments: